Thursday, 17 October 2013

selamatkan mama...

buat masa ini .. aku hanya perlukan bahu untuk aku labuhkan kepala aku.  aku perlukan telinga untuk mendengar kesedihan aku.  you dun really have to say a words.  just be there for me. 

malam tadi .. aku dapat berita dari tanah suci.  kaki mama makin membengkak.  mama sudah tak mampu berjalan. lubang akibat diabetic nya makin membesar.  allahu rab.. kesian mama.  aku tidak mampu tidur.  tekanan pertandingan ini benar-benar membunuh aku dan ditambah dengan berita tentang mama.. aku amat tertekan.  ke mana aku hendak luahkan rasa ini?  bahu mana yang mahu aku pinjam? aku hanya mampu berdoa sepanjang malam.  menujukkan ketabahan aku dengan senyuman palsu. ketawa yanng dibuat-buat.  

sepanjang malam aku hanya mampu sedekah kan al-waqiah.  bila aku telefon abah.. abah juga demam. batuk.. ya allah... kau permudahkan lah urusan kedua mereka.  aku hanya mahu mereka kuat menghadapi dugaan mu ya rab.  ibu aku seorang yang rapuh.  dia tidak mampu menahan sebarang kesakitan seperti aku.  ya allah... ringankan bebanan ibu bapa ku.  permudahkan urusan mereka di tanah suci mu... 

**kesayangan.. saya tak perlukan apa-apa.. saya hanya perlukan pelukan awak..**

No comments: