Sunday 13 October 2013

Rahsia berniaga cara cina


RAHSIA BISNESS ORANG CINA (PART 1)

1.  Bisness bagi bukan satu kebolehan semulajadi.  berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari

2.  Peniaga tulen tidak takut kepada cabaran Peniaga palsu yang cari untung singkat dan tak peduli tanggungjawab sosial.

3.  Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan

4.  Orang Cina suka berhijrah

5.  Bangsa Cina paling fleksible.  mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan.  mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada

6.  kepercayaan orang cina .. orang berniaga tidak akan dipandang rendah malah duni perniagaan menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7.  Orang yang bekerja makan gaji di anggap belum lagi dewasa

8.  Orang yang berniaga di anggap golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan

9.  Orang Cina Percaya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh berjaya (huh.. ini yang aku tengah buat nieh... moga dipermudahkan)

10.  Kejayaan dan kegagalan bergantung pada SIKAP, USAHA DAN KEYAKINAN (means attitude ye rose.. jaga atitude)

11.  Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang

12.  Orang Cina mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka

13.  Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.

14.  Dalam Falsafah perniagaan orang Cina perniagaan tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaan.

15.  Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

16.  Konsep perniagaan orang cina tidak suka Makan ataupun mencari untung seorang.  mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan seorang sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain kerana mereka tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. mereka bergantung antara satu sama lain.  (hmm.. sebab tu mereka berkoperasi tak macam orang kita yang suka buat sengsorang)

17.  Peniaga Melayu suka berniaga ala mee maggi.  terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan.  peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

18.. Peniaga bermusim tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina

19.  Orang Cina menekankan kepentingan "Siapa cepat dia dapat"  orang kalah kerana lambat bertindak.  Fast Action Fast Result!






No comments: