Thursday 30 January 2014

pensucian jiwa

okey... aku rasa aku dah tak boleh lagi menaip.  nope... bukan menaip tapi bercerita.  aku dah hilang punca.  aku nak bercerita yang aku melalui proses pensucian jiwa pun dah berjam-jam.  aku taip aku delete... aku taip aku delete... cam apa pun tatau.  huh... ni aku salah kan ke atas manja yang da tinggalkan aku tanpa sebab.  sejak dia tak de aku pun jadi cam takde jer.  cam lahanat gak rasanya.  ha.. kan da keluar bahasa pasar malam aku.  seksa giler kot sekarang ni aku terpaksa belajar jadi pompuan ayu.  perrgghhh.... penat siot.  bahasa amat lah kena sempurna.  kang tak pasal orang cakap aku amat immature dan childish.  uhuhuhu... aku immature dan childish?  itu aku pnyer introducer aku cakap sebab aku buat hal.  iye la... every morning Isnin, Rabu dan Jumaat ajen sema kena berkumpul jam 8 pagi.  aku plak sampai lambat. tapi tak de la lambat sangat.  jam 8.15 am aku da tengah search parking kat area Jaya 1 tu.  huiiiii... sampai jam 9.30 am tunggu tak de gak aku pun gi ler kat parking mahal kat opis Jaya 33.  and.. tak de.  aku tunggu sampai jam 11 am.  sakit ati plus rasa nak kencing pnyer pasal aku blah dari opis.  ekeke ... aku gi jupa si Nadya.

uhuhuhuhuhu... perrggghhh... tengok jer hp si Sara dok membebel panjang baiiiiikkkk pnyerrrrr.... lepas jupa nadya aku sakit hati aku balik jer lah umah.  mmg rasa pedih baca bahasa dia.  yeap... atitude aku teruk i have to admit that.  and .. i believe i born to be someone better than this.  sejak join benda ni aku amat tertekan.  tertekan kerana jiwa aku amat keliru.  penah tak korang rasa badan yang amat berat?  itu yang aku rasa sertiap hari.  aku rasa gelisah setiap hari kerana aku tak mampu solat sunat sebab takut bangun lambat pagi.  subuh tu biasa jer terlajak.  cam .. entah.lah.  aku penat jadi plastik.  aku tak tau camana nak bangunkan balik diri aku.  aku tak tau camana rasa nak punya keyakinan diri tahap dewata macam dulu.  aku hari ini seorang yang hopeless!!!!  aku rindu nak mengaji aku rindu nak bertadarus dengan abah.  aku rindukan ustaz kariman!  aku terpaksa meninggalkan semua itu kerana nak achieve target.  kena jumpa client

percayalah.. penah aku rasa aku amat tertekan hingga rasa aku ni tak berguna satu sen untuk hidup.  akibat yang ditinggalkan oleh Manja juga membuat aku tenggelam.  aku cuba pujuk anak kecil yang ada dalam diri aku untuk keluar untuk membuatkan aku lebih bersemangat untuk hidup.  tapi dia tak mahu.  aku sudah tak mampu untuk melihat dunia dengan lebih indah.  semua yang aku lakukan amat palsu.  tak campur lagi dengan tekanan dri mama.  itu tak payah cakap lah.  nak terjun bangunan pun ada rasanya.  and... kronik atau tak aku ketika itu.. aku cari pertolongan dengan telefon kaunselor masjid al Taqwa.  aku merayu mohon bantuan agar punya seseorang untuk mendengar dan memberikan bantuan pada aku.  aku nak allah balik.  aku nak ketenangan aku.  tapi aku tak dapat bantuan itu.  aku bertanya keliling mana nak cari kaunselor.  aku terpaksa mengaku yang aku dah sakit jiwa. 

dan.. akhirnya... kelmarin.. allah pertemukan aku dengan seseorang.  aku menjalani proses mensucikan hati aku.  untuk pertama kali aku membiarkan air mata aku mengalir depan publik.  aku manusia yang amat egois selama ini.  aku takkan biarkan orang melihat air mata aku.  aku menjadi manusia paling jujur ketika itu.  dan sepanjang malam aku menangis.  untuk pertama kali setelah beberapa lama .. aku solat taubat dan membaca al quran.  ya rabbi.. rindunya aku dengan Allah.  dan.. paling ajaib.. bangun pagi.. segalanya hilang

aku rasa seperti jatuh cinta.  aku jatuh cinta pada allah dan rasul.  aku jumpa diri aku semula.  allahhhh.... aku maafkan semua org dalam hidup aku terutama manja.  awak.. saya maafkan awak dengan nama allah.  dan rasa itu amat indah.  badan ini rasa amat ringan.  aku ketemu cinta aku yang hakiki.  dan aku telah menyerahkan segalanya pada Allah agar dia menguruskan segalanya tentang hidup aku.  dan ... sesungguhnya allah maha penyayang kerana tidak pernah meninggalkn aku.  menjawab segala doa aku.  dan ... untuk pertama kali.. aku tak risau lagi tentang duit... allahuakbar... 

sahabat... terima kasih kerana bersama dalam susah dan senang.  andai aku terpaksa pergi.. untuk berkelana mencari diri dan stabilkan emosi.. halalkan makan minum aku.  aku sayang kamu.  tunggu aku kerana aku akan pulang .... jazakallahukhairan...

(bahasa yang kelamkabut... maaf kan aku.. hmmm.. )

31/1/13 ... 5.41 am... 

Tuesday 28 January 2014

akak... tolong saya

semalam selepas balik jumpa client dekat Alam Damai (percaya tak.. aku boleh keluar tak bawak duit? henbeg bawak tapi duit tak de! jumpa lak kat paparich.. uhuhuhu.. seb bek dia blanjer.. tapi yang tak tahan tu minyak da merah.  and i got another apointment after dat and my house is very far from Alam Damai).. err.. jap.. reached home dalam kul 11 pm kot.  da lupa.  tetiba dapat message dari adik baiah aku yang da lama menghilangkan dir.  

ayat dia buat aku menangis.  sungguh.  "akak.. tolong miera.. tolong ajar Miera agama.  miera nak solat.  miera nak mengaji.  hidup mira kosong kak.  sekarang miera baru sedar yang hidup miera kosong lepas mak meninggal"

aku ... tergamam.  maha suci allah yang telah membuka hati budak yang paling ganas di kalangan awek peng boleh berubah!! dia dulu amat garang hokey.. ngan peng pun penah gado.  and hari ni aku amat terkejut kerana dia kembali ke jalan allah.  ya rabbi... maha suci allah yang membuka hati mereka yang begitu keras dengan kelessyan mereka. kun fayakun... hanya dia yang boleh membuka hati orang untuk bertaubat

Thursday 23 January 2014

kebetulan terindah

hari ni hari yang amat terkejut-terkejut untuk aku.  hari ni hari ahad dan ... hari iqraq.  cam biasa aku ponteng kelas.  aku ada seminar dr. azizan dekat mines.  mmg lambat sebab aku mekap lagi.. ahaha mekap la sangat. tapi konpem lawa la... ekekek .. yea.. aku puji diri sendiri lagi.

on the way masuk kelas dalam keadaan lemau tu tetiba aku ternampak satu kelibat! perrgghhhh.... aku pun jerit.. "Jerry!"  dia cakap.. "if u wan to talk about marketing, im so sory i will not talk about it."   stylo sangat nyah sorang tu.. uhuhuhu... aku tengok dia aku terus menangis.  dia tanya kenapa nak sedih2 sangat.  aku cakap..." i've been praying from the day one i saw you on the stage i wan to meet you personally and tell u how u have inspired me to be like you."  dia terus berpusing dan tanya.. wat do u mean?

aku "u r so brave standing in front 4000 people and admit who you are before and .. if you can be that brave.. so do i! i can be like you and i want to be like you!"

Jerry " its not easy dear.  you think its easy to wake up in the morning pergi masjid dan jadi tontonan orang sebab who i am?  but my ustaz says.. dont ever bother wat people said becoz allah telah memilih kita untuk kembali pada jalan Dia"

dia sambung lagi "  and.. you think its easy changing yourself from liking a man now i have to stop the feeling?  the outsider don't know how perit the feeling is"

i cant stop crying... looking at him.. "jerry.. i agree on that sebab manusia straight amat judgemental.  tapi.. alhamdulillah.  bila i berani mengaku siapa i.. i menerima banyak bantuan dari pelbagai sudut dari mereka yang benar2 memahami"  aku menceritakan pada dia grup iqrak yang sedang aku usahakan sekarang nie.  

dia pandang aku lama.. dan dia cakap.. dun cry.. just add me.  we chat dekat sana dan lihat macamana kita boleh bantu.  jerry.. i cried because im so happy with wat allah dah tentukan untuk i.  jumpa you personally like this is one of my doa.. and.. cepat allah tunaikan.

ya rabbi.. rezeki pejuang2 fisabilillah ini amat besar.  dan semalam abah bagitau yang pihak surau membenarkan kami menggunakan ruang belajar yang amat sempurna itu.  selama ini sesiapa yang menggunakan ruang belajar itu akan dikenakan bayaran sebanyak rm100.  alhamdulillah.  aku percaya.. yang hadir adalah pejuang sejati.  moga allah permudahkan perjuangan mereka. 

aamiin.  doakan untuk aku dan sahabat2 yang lain.  

p.s.  gambar ada .. nanti upload ea.. ehehe

tetiba la sangat...

ketuk.. ketuk... ketuk... 

hari tu.. masa pergi kursus Advance Power Marketing by Dato Dr. Azizan othman sifu marketing yang tersohor katanya.. aku tetiba .. ditegur oleh sorang kakak dari Singapore.  Mariam namanya.  ni kes mata bertentang mata sebenarnya.  tetiba cam ada letrik lak. boleh bertegur sapa.  and.. tetiba aku pening.  rasa nak muntah semua ada.  aku cuba untuk mencuci energy2 yang ada keliling aku.  dia tegur aku pasal 6th sense aku.  aisshhhh... dia cakap aku super sensitif dengan energy.  hmmm yeap... betul.  and sebenarnya aku dah shut down benda ni da lama.  tapi tertiba ter aktif la pulak.. haisshh... rimas sungguh sebab aku x suka rasa tenaga yang keluar dari orang sekeliling.  

kakak tu buat terapi untuk membuang negatif energy tapi amat mahal yea... rm500.  hmm... dia cakap.. ramai yang cari aku untuk berubat.  cuma aku tak tau nak salurkan ke mana.  hmmm.. aku just senyum.  yeap sis.  mmg lately ramai yang datang minta pertolongan tapi aku tak mampu berikan kerana aku memilih untuk tidak menggunakan deria ke 6 aku itu.  aku takut jatuh pada syirik.  tapi aku rasa seperti menderita sampai ke hari ni.  bukan derita tapi.. aku sakit.  hari ahad lepas lagi teruk.  aku da x boleh nak berdiri tegak.  sampai aku berdiri dekat dengan sales girl tu aku nak muntah.  bila aku tanya dia.. awak sakit ke? banyak angin dalam badan? dia mengiakan dan lepas satu demi satu terbongkar.  sekarang aku dah tak boleh untuk berada di tempat awam terlalu lama.  aku paling x gemar bila aku boleh merasai kesakitan seseorang.  camana nak cakap ek.. cenggini.. apa yang dia tengah rasa aku boleh rasa. haa.. cam superman la plak kan? tapi itu hakikat.  cuber tya budak nama tinta biru.  dia pun ada ability sama.  tapi x besh... sakit giler .. ahaha abaikan lah.. apa yang aku merepek nieh


sekarang setiap malam aku akan demam.  aku mohon pada allah berikan aku kekuatan.  aku jadi agak goyang sekarang dengan keputusan hidup aku.  sama ada aku patut teruskan dengan apa yang aku lakukan sekarang atau... sambung blajar dalam bidang reiki.  sebabnya dulu.. aku pernah bercita2 untuk menjadi seorang yang ... bukan merawat tapi therapist.  entah la.. aku konpius sekarang nieh.  tapi ada baiknya.. tetiba aku jadi macam sudah kembali on track tentang hubungan aku dengan allah.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... serabut la pulop... xp lah.. abaikan jer lah... aku just rasa lemah lutut jer skg nieh.  rasa tulang sema da lemah... adehhh... nanite

Thursday 9 January 2014

kelas iqra'

salam.. hai guys.  sihat? ahaha.. macam lah ada ramai followers dalam blog aku kan?  xp.. aku mmg suka syok sendiri.  uhuhuhu... ye la kan.. sapa nak puji aku melainkan diri aku sendiri kan? nek lif tekan sendiri.. ehh.. tapi .. aku gi keje ada bangla yang tekankan floor yang aku nk pergi.  so.. pribahasa ni dah tak relevan la kan? ekekeke...

hmmm just nak citer.. last ahad ada kelas iqra'.  kelas ni just untuk PLU (peng and lessy) yang ingin kembali ke jalan Allah.  alhamdulillah.  it was amazing.  amazing sebab.. aku baru tahu bacaan alfatihah aku salah.  bayangkan .. selama ini bacaan fatihah aku salah.  ustaz suruh kami baca sorang-sorang sampai bacaan kami betul.  pastu ustaz soh kami baca alif ba ta sampai habis.  uhuhuhuhu.. aku fail.  sampai jim jer aku ingat.  pastu fail.  for kelas next week ustaz kata kelas akan bermula dengan kenal huruf.  haaaa... padan muka aku.  da dekat 4 series baru nak blajar kenal huruf.  tapi.. aku amat bersyukur kerana masih tak terlambat untuk belajar.

lepas tu ustaz baca tafsir.  dia menerangkan setiap satu huruf.  kata ustaz bismillah hirrahmanirrahim itu merupakan ayat dalam alfatihah.  ustaz kata.. arrahman di dalam alfatihah bermaksud sesiapa sahaja yang berusaha baik muslim atau bukan akan mendapat rezeki yang dikehendaki kerana dia berusaha.  

pastu maksud ayat tujuh "jalan mereka yang dimurkai" merujuk pada nasrani dan "mereka yang sesat" merujuk kepada bani israel.  kata ustaz.. bani israel merupakan kaum yang banyk mendapat rahmat dari allah hinggakan makanan diturunkan dari langit untuk mereka.

err.. boring ke? ahaha nasib lah senah.  aku nak citer gaks.  so lepas tu ustaz bagi tazkirah.  dia pesan.. jangan sesekali menilai manusia kerana apa yang akan dihitung adalah bgaimana pengakhiran kita.  paham? tak paham tanya.  ahaha.. 

so.. next wik akan bermula kelas yang sebenar.  kepada sahabat-sahabat.. kalau nak join, datanglah.  x rugi cari ilmu akhirat nieh.  moga allah memberkati dan merahmati peserta-peserta yang hadir.









Wednesday 8 January 2014

azam tahun baru

*ketuk ketuk ketuk keybord**
\
pesan beliau.. keep blogging! aku cakap.. otak aku da tepu sesangat dah .. macam dah tak de sangat cerita nak keluar walaupun kat otak nie macam2 benda sebenarnya.  kata dia ketuk jer keyboard tu.. ikut rentak jari..

rentak jari? ehehe kalu ikut rentak jari... memang stakat ni je lah kan.. uhuhu.. anyhow.. HEPI NUYERRRRR!!!! isshhh... da jadi cam bebudak sangat sekarang nieh.  suka benar memendekkan apa yang panjang.  ehehe.. cam comel jer eja nuyer cenggitu.  ahaha.. mungux! errkksss... CM sekarang da kena blajar cakap ngan penuh kesopanan sebab .. bidang kerja yang dipilih hari ini amat memerlukan aku menjadi wanita melayu terakhir!! OMG!!! *tangan di bahu mata ke atas mulut ternganga**  isshhh bekerja kasar selama ni buat aku hilang kesopanan dan kesusilaan aku.  rasa cam nak nangis kot sebab kena jadi minah ayu ni memenatkan. ekekeke..

uols nyer azam baru apa? aku? okeh.. these are the wishing list aku ...

a.  nak menang challenge bulan ni.. Ipad air dan cash money

b.  nak buat sales 300,000 tpc

c.  nak menguatkan amal ibadat
     i.  nak bangun tahajud constantly
     ii.  nak sedekah lebih
     iii.  nak membalance kan dunia dan akhirat ; hablumminannas hablumminallah
     iv.  nak lebihkan ibadat
     v.  cari redha Allah .. x mo culas solatttttttt
     vi.  nak katam quran...

d.  nak buat persatuan untuk sahabat2 LGBT peng and lessy yang nak kembali ke jalan Allah.. *moga allah permudahkan*

     kelas iqrak dah start... best giler sebab blajar baca alfatihh balik and.. kenal huruf.  sentap giler masa blajar sebab baru sedar rupanya banyak buat silap.. and malu degan diri sendiri dan allah sebab banyak rupanya yang tak tau dari tau

e.  gi bercuti backpacking

f.  furnish umah kat kampung

g.  nak cat bilik

h.  nak bikin jenny kasik mantap balik.. kasik dia jelita.. ahaha mau kasik minum jamu mak dara nieh.. sabar ye jenny...

i.  nak jelita kan diri sendiri.  sentap hokey sebab sekarang orang tua pun pangge aku kakak! menambah kan kolejen dimuka dan badan adalah kemestian tau! uhuhuhu

j.  meninggalkan segala yang negatif dalam diri .. 

hmmm.. apa ye lagi? err.. hmmmm... tolong aamiin kan ek.!!! buat sekarang!! ekekekekekek thanx kengkawan.. love u so much.. maafkan segala dosa saya yea.. tau! moga kita boleh hidup dengan aman tanpa masalah jiwa.. ekeke



Sunday 5 January 2014

kisah tentang ILLI

Baru-baru ni aku mengenali seorang sahabat baru yang aku panggil Illi.  kami bersahabat dalam grup watsap.  mula-mula aku ingatkan dia bergurau bila dia cakap dia mencari suami sebab aku tau yang dia ni Pengkid.  makin aku kenal dia aku makin kagum.  dia amat muda tapi matang.  amat tersusun bila bercakap.

dia bercerita pada aku yang bagaimana dia boleh membuat keputusan untuk meninggalkan dunia gelap nya dan kembali kepada Allah.  mendengarkan ceritanya buat aku malu pada diri dan malu pada Allah.  dari seorang Pengkid yang amat kuat minum (maklumlah dia duduk di tempat yang mudah mendapat supply arak), gila sex, pakai binder, tak pernah solat btiba-tiba hari ni bertukar menjadi seorang muslimah yang sejati.  dia menunjukkan aku gambar terdahulu yang memang abang2 (istilah kami) dan sekarang sebagai seorang muslimah yang amat ayu.  siap berlipstik ye!!  aku amat tergamam.

kata dia perubahan itu bermula bila dia bermimpikan yang nyawa dia di tarik. dia menangis kerana kesakitan dan terjaga dalam keadaan yang sakit.  mimpi tersebut meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupannya.  lepas muhasabah diri dia mengambil keputusan untuk berubah.  yang mengkagumkan aku.. dia telah TAUBAT NASUHA!!  allahuakbar.  begitu sekali.  aku malu kerana merasakan yang selama ini aku dah berubah dan berjaya tapi bila melihat dia aku rasakan betapa aku sebenarnya hanyalah 1% dari dia.  kata Illi.. setiap hari dia akan beribadah di siang hari dan menampung lagi di waktu malam kerana takut amalannya tak diterima Allah.  Allahu rabbi.. benar kata Allah jika dikehendaki ke atas umatnya untuk berubah akan diberiNya.  aku menangis membayangkan betapa aku masih lagi tak mampu untuk menolak perasaan untuk menyintai kaum sejenis aku sedangkan aku katakan diri aku sudah berubah.  kenapa aku tak seberani dia untuk melakukan taubat nasuha iaitu ikrar pada Allah untuk Taat pada rasulnya dan menjauhi kemungkaran? persoalannya..sampai bila aku akan dibayangi ketakutan sedangkan aku mahukan syurga di sana.  aku ingin merasakan keindahan di sana seperti yang ditulis di dalam alquran... (to be continued)