Thursday 29 August 2013

ustazah vs motivator

dalam menyelak2 majalah ANIS keluaran terbaru mata aku tertancap kepada satu topik yang menarik hati aku.  bila melihat penulisnya tiba-tiba aku macam nak terlompat dari kerusi! ustazah tuttttt? huh!!!!!    ustazah la sangat beliau ni kan? beliau menyebut secara detail penuh tentang kursus yang pernah aku dan sahabat anjurkan.  beliau hadir sebagai motivator yang konon tersohor!!! tersohor ke beb? uhuhuhu..

sungguh longkang betul bahasa beliau dalam artikel tu! dia dengan x senonohnya menyebut "pilot projek golongan tomboi"!! itu projek grup aku dol!!  kenapa kau menyebut benda ni dalam magazine dol?  kau tau x sekarang ni kau dah buat org marah? dah mencabar kesabaran? ahah.. seriously aku faham dia ingin melakukan dakwah.  dia ingin membantu golongan-golongan PLU diluar sana tapi.. perlukah dia menyebut setiap inci apa yang jadi ketika kursus itu?



tiba-tiba aku tringatkan sesi ketika beliau menyuruh kami menepuk dada kami dan sebut "kami suka lelaki".  dalam artikel itu menyebut kami menggeleng menolak.  padahal tak ada pun dari kami yang menolak.  kami hanya tergamam sebab kami tidak ada rasa pada lelaki! dan ustazah yang budiman.. dalam ramai2 yang senget tu .. ada 5 org yang bukan budak2 PLU! dan sorang pun x mengikut apa yang ustazah cakap!!!!  tolong ustazah jangan propa sangat kalau stakat nak sedapkan story. berdosa tau!

and one more thing ustazah.. ni nak kasi ustazah faham..  *macam la ustazah baca blog saya ni kan** ustazah .. kami tak pernah anti lelaki! kami bukan benci lelaki!  kami faham lelaki tu khalifah yang membimbing kaum hawa. no doubt.  yang tu kami faham. kami faham konsep rasul itu lelaki.  membenci lelaki sama seperti membenci rasulullah.  kami amaaaattttt paham.  fyi.. KAMI X BENCI!!! kami hanya tak SELESA.. kami x selesa bila ada lelaki di dalam kursus kami!  tak suka bukan bermakna benci!!!  samje?

ustazah tau tak.. bila ustazah pergi kursus yang khas untuk pondan sahaja.. mereka mahukan fasilitator yang berjantina lelaki.  mereka juga tidak selesa jika ada wanita dikeliling. kerana apa? kerana itu sifat kami.  tidak mahu bukan bermakna membenci! tidak mahu bukan bermakna membenci!  jgn hukum kami tanpa mengenali kami.  kalau tak puas hati cakap depan2 ustazah yea tak mau publish artikel murahan seperti itu.  bikin hati panas tau tak?










bila baca yang lain ni saya rasa nak ketawa.  banyak perbualan kita secara personal di tulis di sini. ustazah.. ustazah... *geleng kepala** saya amat nak berperasangka baik dgn ustazah selama nieh.  tapi.. well ustazah... plis .. plis.. betul kan tulisan ustazah. tolong jangan jadi hakim yang menghakimi orang lain tanpa bahan bukti dan siasatan.  ustazah... kami juga manusia yang ada maruah.  golongan seperti ustazah akan menyukarkan usaha kami untuk menarik lebih ramai golongan PLU seperti kami untuk menghadiri majlis ilmu.

err.. cik puan.. kami nak puan tahu.. kami bukan menanam perasaan yang ada ini.  ia lahir dari hati. dari kecil lagi kami memang begini.  rasa cinta pada kaum sejenis itu dah memang wujud dari kecil.  bukan ikut2an.  cuma yang ada hari ni kami cuba kembali ke jalan allah secara perlahan.  kami suka mendapat ilmu agama dari orang yang telus kami juga ingin ke jannah.

ehh awak.. ehehe rasa cam x layak lak nak panggil ustazah.. perkara pertama.. audience awak hari tu bukann kecik2 anak. most of us are professional.  and cik puan..saya sungguh-sungguh menyampah membaca cara awak describe pasal kami dan kedunguan kami.  please prepare yourself sebelum memberi nasihat kepada orang.  saya faham niat awak untuk berdakwah tapi bila begini cara nya .. saya terpaksa pangkah awak. uhuhuhu.. call saya yea kalu nak paham lebih.. err.. cik puan.. berdoa ketat2 agar anak awak nanti x dilahirkan sebagai seorang PLU.. ehehe .. kalu terjadi datang la cari kami.. ekekek

err.. anyway.. ustazah.. u have nice shape.. ahahah!!!

Every Single Day - Echo


this story is named I hear your voice.  uhuhuhu... tgk vid ni rasa cam.. nak culik budak lelaki tu bawak balik.  romantik nyaaaaa

Monday 26 August 2013

standing alone..


                                     
*ketuk keyboard*

berkali2 aku membaca "quotation" ini. am speachless.  its hurt but true.  its hurts so much bila finally after so many years of soul searching kita menemui seseorang yang kita rasakan "DEAR GOD!! HE'S THE ONE FOR ME"!! tapi .. ia hanyalah bayang-bayang yang dapat dilihat tapi tidak dapat disentuh.  its painfull bila kita hanya dapat melihat dan melakarkan senyum dalam kepedihan.   the pain i so deep. rasa macam luka itu dicurah dengan limau nipis dan garam.. adoii..

Dan akhirnya kita terpaksa akur dan mengakui.. "kamu bukan hak aku.... bahagia kamu bersama dia bukan aku" ...







Wednesday 21 August 2013

seandainya...

*sepak batu2 tepi haiway.... **

kadang2 jiwa terkoyak bila memikirkan kehendak dan nafsu. realiti dan fantasi.  
kadang-kadang terfikir.. kenapa aku terjebak dalam dunia aku yang gila ni?  

hmmm.. awak.. seandainya kamu dijelmakan sebagai seorang lelaki yang halal bagi aku nikahi.. akan aku minta kamu untuk menemui ayahnda dan bunda untuk meminta izin bagi menghalalkan hubungan kita.  aku mahu menjadi milik kamu selamanya hingga ke Jannah kerana aku membayangkan kamu sebagai imam kepada diriku dan juga anak2 kita.. tapi.. hakikatnya.. seandainya kamu seorang lelaki sebenar.. belum tentu kamu akan menikahi aku kan?

##telan dan kunyah saja impian itu.. ##



Monday 19 August 2013

pasrah

kadang2 sahabat-sahabat melihat aku jarang sekali bersedih.  jarang sekali menunjukkan kerisauan.  bagi mereka aku ni manusia yang tidak pernah ada masalah.  wahai sahabat.. andai kau tahu betapa hati aku ni dah rabak teruk.. mesti kau tidak akan berkata macam2 pada aku.  sahabat2.. dulu memang aku seorang yang akan meluahkan segala rasa aku pada kamu tapi hari ini aku memilih untuk berdiam diri.  kerana apa? kerana kadang2 kata2 aku bisa mengundang kata maki dan kejian.  

sahabat.. saat paling seronok hari ini ialah bila tiba masa dating aku 5 kali sehari dengan Dia yang dah lama aku tinggalkan.  aku menyerahkan segalanya kepadaNya.  hidup aku juga mati aku.  aku mengadu segalanya pada Nya kerana .. dia tidak pernah prejudis kepada aku seperti mana kamu sekalian.  membaca setiap kalam Nya membuat kan aku rasa lebih bijak dan berilmu.  membuatkan aku insaf.

kekasih2ku... apabila kamu rasa kan kesulitan berdoalah agar dia permudahkan segala urusan kamu.  bila kamu kesakitan.. nikmatilah sakit itu kerana sakit itu penghapus dosa2 kecil yang ada.  apabila kamu hampir putus harapan.. kembalilah kepada dia.  tidak salah melepaskan segala ego yang ada pada diri demi tuhanmu.   menangislah kepada dia kerana hanya pada dia yang patut kau bersedih hati..

maaf kalau terasa aku begitu poyo saat ini tapi aku begitu terasa sedih kerana tidak dapat mencapai apa yang patut di capai.. aku rasa hopeless sebab tidak mampu menjalankan amanah yang telah allah berikan.  apa yang aku mampu .. mendoakan kamu di setiap sujudku disetiap akhir solat ku agar kamu sentiasa dilindungi allah dan juga aku mohon diberikan kepada kamu kekuatan untuk menghadapi setiap kesulitan yang diberikanNya. Amin ya rabb


Sunday 18 August 2013

suratan atau kebetulan

*termenung.. merenung langit**

setiap apa yang kita tempuhi dalam hidup ini telah ditentukan oleh Allah.  allah telah menentukan perjalanan hidup kita dengan sempurna dan amat misteri. Alquran pun dah kata .. 3 perkara milik Allah yang manusia x perlu pertikaikan iaitu Jodoh, Pertemuan dan Kematian.

kadang-kadang aku terfikir kenapa allah ketemukan aku dengan orang-orang yang tak terjangka dek akal aku.  pernah tak terfikir.. kenapa selama ini orang itu ada dihadapan kita tapi baru hari ini kita get close? kenapa tiba-tiba jer orang tu hadir?  kadang-kadang terfikir kenapa dengan dia kita mudah meluahkan apa yang terpendam di hati? meluahkan segala kekusutan yang ada sedangkan dengan orang lain termasuk cik partner pun kita tak terluahkan apa yang terbuku di dalam hati.  

setiap perkara yang terjadi itu mesti mempunyai asbab nya.  mesti telah ada baiknya. mesti ada hikmahnya.  cuma sebagai manusia kita kena guna akal kita untuk melihat kebenaran dan juga apa yang telah allah berikan pada kita.  kita x boleh untuk melawan fitrah kita sebagai manusia yang sebenarnya kita ni amat hopeless and kita perlukan bantuan seseorang.  Dan kerana allah itu maha pendengar maha penyayang terhadap umat dia yang berdoa maka dia berikan seseorang yang dapat meleraikan masalah yang membelenggu diri kita. paham tak?

maka.. janganlah terlalu egois sampai mengatakan "i dont need anyone in my life.  i can do everyting on my own" phuii... terel sangat la tu? ingat byk kudrat nak pikir sengsorang nak buat sema benda sengsorang? uhuhuhu anyhow.. how strong u r pun, u still someone by your side.  at least someone who can be your brain. ahah gitew kan?

but seriously.. allah knows wat u really want. allah knows wat is best for u.  and.. it takes so many years for me to understand this but its worth it. amat berbaloi.. allahu rab.. rindu giler nak mengaji nak bangun sepertiga malam.. uhuhu *aku period yea.. bukan koya**

err.. akhir kata.. x yah la nak poyo sangat.. bai.. ahahahah






Saturday 17 August 2013

silence reader

dalam dok belek rumah yang dah agak bsawang nieh baru aku perasan... da ada follower rupanya blog aku nieh! ahahaha.. aduyai... errr... paling aku x caya..  aku ada silence reader! ahaha... gitew kan?  silence reader means membaca dalam diam. entah apa lah yang dibacanya tak tau lah.  as long as she or he feels happy baik biarkan.  nak biarkan ke? ahaha. seram nieh...! habis rahsia peribadi aku terbongkar ... ekekekeke...

tapi.. eheheh.. aku segan gila sebab ..  bahasa cerita aku tak lah sehebat sahabat-sahabat lain yang menyentuh jiwa.  uhuhu... aku? ado!!  sebenarnya blog ni aku buat untuk diri aku sendiri.  tempat luahan perasaan.  aku x pernah pun expect it will have followers. tapi tu lah.. ada lak nama2 yang aku x kenal muncul. uhuhuhu... ikut suka kau lah cik senah.

katanya menulis cerita tu dari hati.  hmmm.. kalu x dari hati dari mana lak ek?  ahaha. cam poyo pun ada gak ngan soklan bodo aku nieh. but.. yeahh aku faham maksudnya. this is me.  errr.. masa kat sekolah dulu, believe me or not.. i once be an school editor.  ahahahaha... gila ke apa cikgu tu lantik aku jadi editor!!  since masa tu aku da x tau nak masuk club mana aku pun masuk je lah group journalist kat sekolah tu.  and.. masa meeting start tu cikgu kata dah terlebih ahli.  so, aku pun angkat beg la nak blah.  tetiba cikgu tu tahan.  dia cakap "awak stay.  Yang lain boleh pergi"  ewahh... ahaha panik kot masa tu. aku tya la cikgu tu kenapa lak aku kena stay?  cikgu cakap... dia suka gaya bahasa aku yang suka guna pasif words.  gila kan? ahahaha... ada gak yang suka pasif words.  aku pun tak tau sejak bila aku pakai pasif words nieh.  aku rasa cikgu tu sorang jer yang suka kot sebab.. gaya bahasa aku tidak memungkin kan aku diterima di mana-mana majalah atau surat khabar.  uhuhu pastu paling tak senonoh cikgu tu terus lantik aku jadi editor! ahaha kegilaan bertingkat2 cikgu tu.

huh.. start dari situ aku mengasah leadership skill aku.  katanya... ahaha.  dan aku rasa untuk tahun itu majalah sekolah aku tu penuh dengan kecelaruan.  sebab.. aku pun keliru.  hmm.. x habis-habis dengan keliru aku nieh.  blur memanjang.  aku penah cuba lari imej blur tu.  adoiii... !!!  for some people blur aku ni macam beban tapi ada plak org yang memandang blur aku tu cam comel.  uhuhuhu gilo!!!  puas aku kontrol muka aku supaya x kua muka blur tuh.. adehhh... but.. if u fall in love to me because of my blurness tenkiu because it shows im still cute.. ahah.. *penggsaaaannnnnn***

pastu bila dah dewasa dan tua aku amat terpengaruh dengan watak sarah dalam sex and city.  aku rasa macam seronok nya jadi editor.  aku nak buat cerita on daily basis.  aku rasa aku banyak sangat isu nak di ceritakan.  konon. katanya. huh.!  aku hantar artikel aku merata. tak satu pun magazine terima artikel aku.  tak macam adik aku.  asik naik jer cerita dia kat paper.  aku? kosong... kosong.  berangan je lah ko senah oii...  tulis blog pun tak lepas ada hati nak tulis kat megazine.  simpan jer cita2 tuh.

anyhow.. to my silence reader should you feels reading my blog will make u happy, i wish u happy reading. thank you for making me feels appreciated.  muaaaxxxxss... love u ..

Thursday 15 August 2013

labaikallah hummalabaik...

pejam celik pejam celik.. tetiba dapat surat dari tabung haji yang flight mama ngan abah is on 17/9/2013.   sebulan jer lagi. dah x lama dah.  hmmmm.. aku x tau apa yang aku rasa.  sedih, gembira semua bercampur gaul.  rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada.  tiba2 terfikir.. mampukah mama mengharungi semuanya?  abah kelihatan amat bersemangat.  mama dah mula beremosi.  aku paling risau dengan kaki mama.  moga allah memelihara mama di sana.

hmmm.. raya haji kali ni.. aku akan bersendirian.  hmmm.. camana agaknya rasa itu?  aku akan cuba buat semuanya sendiri.  masa ni lah masa utk aku menjadikan rumah itu berseri.  konon.. ahaha... tp aku x nak kasi adik beradik datang umah.  i just wanna have my own space...

aiissshhhhhhhhhh... hari tu .. tengok citer di bawah lindungan kaabah. kisah saleha dan hamid. terkesan kata2 saleha.. "aku tidak menangis kerana kehilangan mu hamid. aku tidak kisah dengan dunia yang menentang hubungan kita.. tapi aku sedih kerana aku tidak dapat menjejak kan kaki ku ke sana.  biar dunia menentang hubungan ini asalkan allah merestuinya"

so sweet...  and .. tiba2 aku rasa mahu ke sana.  mahu menjejakkan kaki aku di sana.  mahu bersama2 orang yang di jemputnya.  aku ingin mencapai mu ya rab.  aku ingin bersama2 kesayangan2 aku ke sana. bersama2 merasa nikmat melihat kaabah di depan mata.  melengkapkan hidup ku sebagai muslimat  yang dirahmati allah.

mungkin di sini.. manusia tidak menerima aku.  memandang aku hina kerana siapa aku.  tapi di sana.. semuanya sama di sisi allah.  biar manusia membenci aku.. tapi jgn allah dan rasulnya memalingkan wajahnya dari aku.  aku sudah jauh kesesatan. allahurabbi... permudahkan perjalanan aku untuk menemui mu ya rab..