Thursday, 15 August 2013

labaikallah hummalabaik...

pejam celik pejam celik.. tetiba dapat surat dari tabung haji yang flight mama ngan abah is on 17/9/2013.   sebulan jer lagi. dah x lama dah.  hmmmm.. aku x tau apa yang aku rasa.  sedih, gembira semua bercampur gaul.  rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada.  tiba2 terfikir.. mampukah mama mengharungi semuanya?  abah kelihatan amat bersemangat.  mama dah mula beremosi.  aku paling risau dengan kaki mama.  moga allah memelihara mama di sana.

hmmm.. raya haji kali ni.. aku akan bersendirian.  hmmm.. camana agaknya rasa itu?  aku akan cuba buat semuanya sendiri.  masa ni lah masa utk aku menjadikan rumah itu berseri.  konon.. ahaha... tp aku x nak kasi adik beradik datang umah.  i just wanna have my own space...

aiissshhhhhhhhhh... hari tu .. tengok citer di bawah lindungan kaabah. kisah saleha dan hamid. terkesan kata2 saleha.. "aku tidak menangis kerana kehilangan mu hamid. aku tidak kisah dengan dunia yang menentang hubungan kita.. tapi aku sedih kerana aku tidak dapat menjejak kan kaki ku ke sana.  biar dunia menentang hubungan ini asalkan allah merestuinya"

so sweet...  and .. tiba2 aku rasa mahu ke sana.  mahu menjejakkan kaki aku di sana.  mahu bersama2 orang yang di jemputnya.  aku ingin mencapai mu ya rab.  aku ingin bersama2 kesayangan2 aku ke sana. bersama2 merasa nikmat melihat kaabah di depan mata.  melengkapkan hidup ku sebagai muslimat  yang dirahmati allah.

mungkin di sini.. manusia tidak menerima aku.  memandang aku hina kerana siapa aku.  tapi di sana.. semuanya sama di sisi allah.  biar manusia membenci aku.. tapi jgn allah dan rasulnya memalingkan wajahnya dari aku.  aku sudah jauh kesesatan. allahurabbi... permudahkan perjalanan aku untuk menemui mu ya rab..


No comments: