Wednesday 28 December 2016

28 December 2016

2016 almost end.  So many things happened in this year.  Mawar hampir mati. Mawar juga hidup semula. Life is like a roller coaster.  You will be on top and bottom at any times.  I grow up tru times. Menyampah pulak tengok Fb sendiri. Ahahahaha... Gambar nak kena tukar. Very kekanak sangat.  Ngeri sangat dengan diri sendiri.  But.. I still love the girl on my DP.

Gosh... Bila baca and tgk gambar2 Dalam ni aku sendiri yang depressed. Well... Still depressing agaknya. Apa nak Jadi dengan kau ni kawan?  Ahahaha ok.. I'm growing up. Obviously. I have all night to write.

Wednesday 4 May 2016

Hollaaaaa!!

Assalamualaikum!!

Lama Betul tak menulis. Bertahun rupanya. Well... Bukan x Cuba tp tak boleh. Uhuhuhu... Sign of age kot. Cuba2 tp fail. Tapi... Bila si syakirin godak2 boleh La  Pulak. Cam tuuutttttttt! Nampak sangat aku tak IT savvy

Well... Mulai sekarang aku nak menulis balik. Byk sgt benda terpendam bertahun2 Nieh. Layaaaannnnn je tak sendiri sampai naik bengong sengsorang.

Ok lah out dulu. Ada tugas2 Khas nak kena Buat. Nanti Blakang aku cerita.

Wednesday 3 December 2014

Hikmah

Aku macam tak percaya yang dah almost 9 months aku been an agent.  Aku teringat masa kaunselor aku cakap aku tak fit utk kerja ini bukan kerana aku tidak layak tapi aku ditakdirkan utk lebih dari ini.    
Aku cuba untuk bertahan dengan melakukan istikharah tapi Allah tetapkan aku dengan kerjaya aku yang ini.  Setiap hari aku melangkah dengan kepayahan.

Aku tak faham dengan tingkah manusia yang pelbagai.  Mana gadoh ngn kapten.. Mana nak cuba mngubah diri. Maklumlah .. Dok kena kuarantin ngn abah dulu berbulan.  Tetiba keluar jer terus dengan dunia yang huru hara nieh.  Aku pernah berputus asa sebab dugaan untuk insan yang masih mencari Allah ini agak berliku.  Tapi.. Aku bertanya pada Allah.. Untuk apa kau menghantar aku pada dunia yang tidak sesuai untuk aku? Aku keliru bila ustazah Delilah kata aku ini Daie untuk orang lain melalui client aku. Aku menangis dan menjerit kerana tak faham.  Kenapa aku ya allah? Aku tak hebat seperti sahabat-sahabat yg lain.  Aku amat kecil kalau dibanding mereka yang lain..  Tunjuk aku jalan ya rab.. Aku amat ingin memahami kenapa kau campakkan aku ke sini!!!  Setiap hari aku merayu.

Sehingga suatu hari hampir setiap hari Allah membuka hijab aku untuk memahami satu persatu setiap persoalan.  Segala persoalan aku selama ini ketika jahil aku terjawab satu persatu.  Allahuakbar.. Hari ini aku faham kenapa kita perlu berkahwin.  Bukan setakat nafsu atau menuntut pahala yang dijanjikan Allah di akhirat tapi lebih dari itu.  Perkahwinan itu adalah associates. Penyatuan. Its how allah memberikan rezeki itu melalui togetherness.  Menjaga antara satu sama lain.  Bukan setakat menjaga antara suami isteri tetapi juga ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan  bapa sendiri atau mertua. Dan dari situ akan menguji kekuatan kita dengan melihat bagaimana kita menerima dugaan demi dugaan dalam mencari penyelesaian.  Dari dugaan ini akan wujud satu sifat yang di panggil ikhlas.  Ikhlas itu yang dilihat Allah.  Rezeki yg diusahakan bersama itu menjadi lebih berkat.  Allah akan memunculkan jalan penyelesaian dari pelbagai arah yang tak disangka.  Banyak keajaiban yang aku saksikan.  Hari ini kalau orang bertanya nak kawin tak?  Jawab aku.. Yea.  Kerana aku telah tmelihat majik nya  Dulu kalau soalan ini ditanya aku akan jawab.. I choose not to get married.  (Maaf mama... Dulu aku tidak melihat di mana pentingnya perkhawinan itu kerana bagi aku perkhawinan itu sekadar memperolehi anak dan melayan jantan yang tak senonoh)

Allahurabi ... Moga Allah ampunkan segala dosa aku yang lalu.  Moga allah permudahkan segala laluan aku...






Sunday 16 November 2014

Ubat penenang

After mengharungi ujian semester yang diberi Allah (sebab kerja of course).  Kali ni agak besar gak tapi moga allah berikan aku jalan keluar yang terbaik utk aku.  HUSNUZON....  haaa...talking about husnuzon.. Eversince kenal husnuzon aku banyak berubah dari sudut kesabaran dan perspektif terhadap Allah.  Padahal selama ni mmg dah ditanam pada setiap umat islam yang setiap apa berlaku itu dugaan Allah tapi.. Kita sebagai manusia ini amat suka dengan perkataan TIDAK dan TAK.  

Apakah itu husnuzon?  Husnuzon dalam bahasa jawa bermaksud bersangka baik.  Lebih spesifik lagi bersangka baik pada Allah.  Allah  dah kata "aku adalah apa yang engkau fikirkan". Maknanya kita kena kawal minda kita.  Akal kita adalah tools yang paling berkuasa.  Dia akan membentuk apa yang kita fikirkan.  Kita kena percaya apa saja yang berlaku dan menimpa kita adalah kerana Allah sayangkan kita.  Kalau dia tak sayang dia tak mnguji.   Bak kata mama.. "Orang yang menegur tu kerana sayang kan kita .. Org yg x sayang kita dia akan buat tak tau jer.  Paling bahaya ialah orang yang sentiasa memuji kerana pujian itu akan menghanyutkan kita"  cerdikkan mama?

Walaubagaiman pun tidak ramai yang mencapai husnuzon.  Kenapa?  Ramai yang masih belum dapat memahami sifat yang satu ini.  Tak percaya?  Kita amat percaya yang allah akan menduga mngikut kemampuan kita tapi berApa ramai yang bila terkena dugaan Allah kita akan cakap "Alhamdulillah.  Allah memberikan jalan untuk menghapus dosa-dosa aku yang kecil"?  Atau.. Berapa ramai dari kita yang melihat sesuatu tanpa berdetik dari hati dan terus merendahkan pandangan mata?  Atau .. Berapa ramai dari kita bebas dari judgemental?  Tya pada diri... Di manakah kita?

Sahabat.. Mari kita sentiasa bersangka baik terhadap apa pun. Gantikan segala ayat negatif kepada positif. Contoh -  Jika kita ditimpa dugaan allah.. Jgn sesekali menyebut BALA tapi sebut lah allah sedang menduga aku.  Jika dalam terhimpit.. Berzikirlah. Berdoalah pada allah agar diberikan jalan keluar kerana allah tidak sesekali menduga umat nya kecuali dengan kemampuan kamu (albaqarah). Yakin pada Allah.. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan ( alam nashrah).  

Paham kengkawan? X paham pm or we go for coffee hokeyyy




Tuesday 28 October 2014

Heppy Besday Rossy!!

Its 30 min pass 12 ... Heppy besday dear self.  Hmm .. Heppy besday to me ... Hepi besday to me... Hepi besday dear roseeeeeeee .. Hepi besday to youuuuuu... Ha... Krikk.. Krikk.. Krikk.. Its..39.  I turn 39 today.  Another 2 months nak jadi 4 series!!  Ohsemmmmmmm!!

Passing 12 am hari ni.. Mcm2 rasa ada tp paling sedih org2  Yang ngaku sayangkan aku pn lupa nk wish hepi besday kt aku.  Sedih kannnn? Its ok.. I is da berumur.  Ok.. Ok.. Da dekat ngn kubo dah.  Anyhow.. I nk hidup yg lebih baik. Ekonomi yg ganas.  Aku nk lbh beribadat

Wat to hv esok?  Nk rewards myself ngn kasut baru.. Nk g men pool.. Nk apa lg ek? Entah...

Well.. Ngntok sudah ..  Well.. Babai.. Nanite

Friday 24 October 2014

Istiqamah

Salam uols...

Lama x borak. Sihat? Ehehe... Mcm artis la pulop. Hmm hari ni segala amalan kita akn di angkat. Persoalan... Bagaimanakah amalan kita selama 365 hari yang lalu? Hmmm sedar x sedar dah 2 tahun aku berhijrah.. Well.. Banyak dugaan yang kena tempuh sampai kena jumpa kaunselor.  Uhuhuhu...  Maklumlah kan kije dalam bidang sales. Perrrgghhhh... Ketahanan mental melampau. Aku masih kena jugle antara kerja, amalan dan parents yang sentiasa sakit dan memerlukan perhatian yang melebihi.  Adik beradik? Hmmm setiap dari mereka amat bz. Aku? Ehehe.. Ni untung bisnes sendiri. Off  at anytime.  Pergantungan aku hanya dengan allah bukan dengan manusia.  Aku tak berhutang tenaga dgn sesiapa kecuali diri sendiri.

Haaa... Pasal hijrah.. Sebenarnya berubah itu satu cabaran namun cabaran terbesar adalah untuk istiqamah dalam perjuangan untuk berubah.  Aku merasakan cabaran itu.  Dalam masa untuk berubah aku mengalami terbulence beberapa fasa.  Allah akan sentiasa ingin tahu berapa kuat kemahuan aku untuk berubah atau beristiqamah.  Paling tak best dia akan beri sesuatu yang paling kita suka tapi dibenci oleh Dia.  Dalam fasa begini sesiapa yang lemah akan kembali pada yang asal dan yang kuat akan terus berjuang.

So guys who have decided to change... Please get prepared.  Istiqamah dalam perjuangan.  Andai rasa diri mahu tergelincir cepat-cepat bangun.  Tampar muka kuat-kuat.  Sentiasa lah bersama-sama sahabat yang positif dan dalam perjuangan yang sama sebab sahabat yang baik akan menarik kita bila jatuh.  Ingat kengkawan.. Teruskan perjuangan. Don't give up.  Lebih baik mati berjuang dari mati sia-sia.

Samje?


Sunday 13 July 2014

Ramadhan datang lagi - kelahiran semula

Ramadhan dating lagi. pantas betul masa berlalu.  salam ramadhan.  dah setahun aku dilahirkan semula.  mesti orang ingat aku giler cakap macam tu.. hmm tapi.. sesungguhnya ramadhan yang lepas merupakan titik tolak perubahan aku secara total. bagaimana? hmm.. satu malam.. allah gerak aku bangun. aku tak tahu nak buat apa.  aku cuba membuang masa aku dengan solat sunat.  nak tau macamana aku solat sunat? solat tapi henpon kat tepi aku.  belajar solat dari situ.  usai tahajud.. aku rasakan banyak lagi masa terluang.  aku piker.. nak buat apa yea?
 
tiba-tiba aku ternampak quran tafsir yang jidah bagi.  aku cuba membaca surah al-baqarah.  perlahan-lahan. tersekat-sekat.  esokkannya aku cuba lagi. aku hampir mengalah.  makin banyak aku baca makin sukar.  aku menitiskan air mata.  ya allah.. lidah aku dah keras.  aku tak mampu membaca.  aku tak kenal huruf pun.  aku malu dengan allah sebab aku dulu pernah menyara hidup aku dengan mengajar Quran tapi hari itu allah benar-benar menyedarkan aku.  aku membaca tafsir albaqarah.. aku menangis dan terus menangis.  sungguh banyak peringatan di dalam nya tentang manusia yang ingkar tentang suruhanNya. indah sungguh kalamullah... aku tak pernah tahu selama ini.  aku tak pernah ambil peduli pun.  tapi ramadhan itu benar-benar membuka mata aku.  betapa aku selama ini terlalu lama hanyut hingga aku tak sedar Allah telah mengeraskan lidah aku dari menyebut kalimah suci Allah.  betapa malunya huruf jawi itu pun aku tak kenal.  betapa jahilnya aku selama ini.
 
aku bersyukur kerana Ramadhan kali itu aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang benar-benar menyokong perubahan aku.  MGDA, Babang, Blue, Jidah .. terima kasih sebab menghadiahkan Handphone yang canggih tu.  Handphone itu banyak digunakan dalam proses perubahan itu. Dengan henpon tu aku blajar sembahyang, denga henpon tu juga aku meneruskan mengaji.  Alhamdulillah.. hari ni lidah aku dah mula lembut.  mengaji pun agak laju berbanding tahun lepas.  hmm... lately ramai artis yang dah berhijrah.  aku kagum dengan mereka yang berhijrah.  tak mudah untuk berubah.  lagi2 mereka tu artis.  tapi mereka teruskan.  hanya mereka yang berdosa saja tahu bagaimana rasanya Allah berada di tengkuk.  Allahuakbar.... doakan agar aku diberikan istiqamah.
 
moga berjumpa di Jannah.