Sunday 13 July 2014

Ramadhan datang lagi - kelahiran semula

Ramadhan dating lagi. pantas betul masa berlalu.  salam ramadhan.  dah setahun aku dilahirkan semula.  mesti orang ingat aku giler cakap macam tu.. hmm tapi.. sesungguhnya ramadhan yang lepas merupakan titik tolak perubahan aku secara total. bagaimana? hmm.. satu malam.. allah gerak aku bangun. aku tak tahu nak buat apa.  aku cuba membuang masa aku dengan solat sunat.  nak tau macamana aku solat sunat? solat tapi henpon kat tepi aku.  belajar solat dari situ.  usai tahajud.. aku rasakan banyak lagi masa terluang.  aku piker.. nak buat apa yea?
 
tiba-tiba aku ternampak quran tafsir yang jidah bagi.  aku cuba membaca surah al-baqarah.  perlahan-lahan. tersekat-sekat.  esokkannya aku cuba lagi. aku hampir mengalah.  makin banyak aku baca makin sukar.  aku menitiskan air mata.  ya allah.. lidah aku dah keras.  aku tak mampu membaca.  aku tak kenal huruf pun.  aku malu dengan allah sebab aku dulu pernah menyara hidup aku dengan mengajar Quran tapi hari itu allah benar-benar menyedarkan aku.  aku membaca tafsir albaqarah.. aku menangis dan terus menangis.  sungguh banyak peringatan di dalam nya tentang manusia yang ingkar tentang suruhanNya. indah sungguh kalamullah... aku tak pernah tahu selama ini.  aku tak pernah ambil peduli pun.  tapi ramadhan itu benar-benar membuka mata aku.  betapa aku selama ini terlalu lama hanyut hingga aku tak sedar Allah telah mengeraskan lidah aku dari menyebut kalimah suci Allah.  betapa malunya huruf jawi itu pun aku tak kenal.  betapa jahilnya aku selama ini.
 
aku bersyukur kerana Ramadhan kali itu aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang benar-benar menyokong perubahan aku.  MGDA, Babang, Blue, Jidah .. terima kasih sebab menghadiahkan Handphone yang canggih tu.  Handphone itu banyak digunakan dalam proses perubahan itu. Dengan henpon tu aku blajar sembahyang, denga henpon tu juga aku meneruskan mengaji.  Alhamdulillah.. hari ni lidah aku dah mula lembut.  mengaji pun agak laju berbanding tahun lepas.  hmm... lately ramai artis yang dah berhijrah.  aku kagum dengan mereka yang berhijrah.  tak mudah untuk berubah.  lagi2 mereka tu artis.  tapi mereka teruskan.  hanya mereka yang berdosa saja tahu bagaimana rasanya Allah berada di tengkuk.  Allahuakbar.... doakan agar aku diberikan istiqamah.
 
moga berjumpa di Jannah.





No comments: