Monday 30 September 2013

aku mohon...

krik.. krik.. *bunyi perut**

tiba-tiba perut aku rasa seperti di perah kering.  tekak terasa begitu perit.
adakah benar keputusan yang aku buat hari ini?

membungkam..

abah & mama.. 
aku mohon pada mu.. restuilah keputusan anak mu kali ini
aku amat ingin memberikan bahagia pada kamu
kerana itu aku memilih jalan ini..
cuma ..
apa yang aku mohon dari mu.. restui lah anak mu ini
doakan aku agar jalan ku dipermudahkan
agar impian 5 tahun aku jadi nyata

mama & abah

akak mula jadi risau.. adakah benar akak boleh melalui dan menghadapinya? 
mungkin agak sukar tapi akak percaya dengan restu dari mama dan abah akak mampu menghadapinya.. akak yakin kali ini akk pasti berjaya..

kesayangan..

tunggu aku dirumah tasik itu bila tiba masanya
pasti aku akan tunaikan janji kita..
untuk kita selamanya mengecapi bahagia di situ.. 

doakan aku sahabat
agar kali ini aku tidak lagi berputus
doakan aku berjaya dalam misi aku

aamiin


Sunday 29 September 2013

Jeritan batinku


kerna ku cinta kau...


bila orang tua tiada

assalamualaikum.. 

setiap kali aku melangkah masuk rumah yang besar godang ni aku akan merasa lega sangat sebab ... "home sweet home". last three days ago aku agak sibuk menghadiri kursus Intensif Jutawan Industri.  sebab? sebab nak berguru dengan cara sebenar bagaimana mahu berniaga dan menjadi jutawan!

jutawan? uhuhu.. yeap! itu cita-cita aku sekarang.  im giving myself .. 3 years to achieve the target.  err.. im not talking about that for now.  kemudian.  im having osem moment throughout the course.  

apa yang aku rasa lately.. everytime sampai rumah.. its empty.  adik aku dah mula tak balik rumah.  
kalau dulu dia setiap hari akan balik jenguk rumah ni.  now dah tak ada.  how do i know? sebab tak ada bau Ali dalam rumah ni.  it makes me think...  sekarang ni mama ngan abah pergi haji selama 45 hari je tapi.. adik beradik aku dah mula buat hal masing-masing.  cuma ada juga adik lelaki aku cuba nak datang tapi aku yang sibuk.  adik perempuan aku? dah mula tak balik.  kalau abah ngan mama meninggal .. macamana?  memang sorang lah aku nampak nya.

aku terasa sangat betapa sunyi nya hidup tanpa mama dan abah.  aku sakit tapi aku terpaksa bersendian.    entah kenapa.. sejak mama ngan abah pergi haji aku mula sakit kembali.  mudah benar aku sakit sekarang nieh.  adakah kerana makan aku sekarang ikut dan je? entah lah.. tapi yang pasti.. aku bayangkan kalau aku dah tua nanti.  duduk dalam rumah yang sebesar ini sendirian.  entah-entah aku mati sorang-sorang... itu pun kalau uncle sebelah rumah ni perasan rumah aku dah berbau busuk..dapat lah mayat aku keluar kalu tak.. mereput kat dalam rumah je lah.. uhuhuhu...

kesian aku..  tu la.. orang tua cakap.. rumah besar tak semestinya damai.. uhuh.. apa yang aku merepek nieh... bye...

Thursday 26 September 2013

berikan aku masa

hmm.. aku mula rasa tidak selesa dengan diri aku semula.
sakit lama menjengah semula...
Allahurabbi.. aku mohon.. jangan kau ujikan aku dengan sakit ini
aku tak mampu untuk menanggungnya buat masa ini...
terlalu banyak urusan yang perlu aku selesaikan

aku mohon ya rabb... 
kau tariklah sementara kesakitan ini .. 
berikan aku sedikit ruang masa hingga selesai segala urusan aku.. 
berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan mu ini Ya Rab
sungguh aku amat alpa untuk menjaga diri aku
aku lupa yang aku tidak sama seperti mereka 

ampunkan aku kesayangan..
kerana tidak menjaga diri ini sebaik yang mungkin


ampunkan aku.. 

Monday 23 September 2013

aku dah ok

setiap kali sahabat2 lama yang tau kisah aku dan polaris kalau terbaca entry aku pasal polaris mesti brtanya tentang perasaan aku terhadap dia.  kadang-kadang rasa mcm nak jer tulis kat status besar-besar pasal status kami.  

beb.. aku dah tak ada apa-apa dengan dia.  memang aku pernah menyayngi dia tapi itu dulu.  DAHULU!! hari ni aku dah tak punya rasa itu.  dah hilang dah..!!!  aku hari ini menyayangi diri aku lebih dari apa pun.  cukup bertanya tentang dia..

aku bahagia dengan ketenangan aku.  


Friday 20 September 2013

Pelangi

kata orang.. pelangi itu cantik.  ramai yang ingin mengejar dan mengecap pelangi.  tapi.. hakikat yang sebenarnya.. sifat itu hanya lah sementara.  pelangi hanya muncul ketika ada nya hujan.  seketika ada ia amat indah. tapi bila masanya ia akan hilang.  

pelangi itu .. makin dikejar makin tidak dapat dilihat.  di mana kaki pelangi? di mana awalnya? di mana hujungnya? ke mana hendak dicari? kenapa manusia sering ingin mengjar pelangi? kenapa ingin mengejar sesuatu yang tak pasti? sesuatu yang tidak dapat di capai dan disentuh? 

kenapa harus mengejar sesuatu yang muncul hanya seketika? kenapa kegembiraan yang seketika itu yang dicari2?  dan kamu.. gadis yang mengejar pelangi.. berhenti.  aku tiba2 memahami kesedihan itu.  kamu bagaikan kanak2 yang berlari ke sana sini mengejar sesuatu yang indah.. tapi pelarian itu tak bersempadan... dan akhirnya kamu akan lelah sendiri.. dan jatuh.. dan menangis sendiri... 

#sentap.. kunyah pelan2.. maafkan aku#

Thursday 19 September 2013

asalkan dia bahagia

tiba-tiba dalam keadaan kurang sihat ni aku mendapat wechat dari seorang kenalan lama.  hmm.. as always.. consultation hour.  believe me.. aku tak pernah rasa terbeban.  dia bercerita tentang kisah lara nya. putus cinta hingga menjejaskan kesihatan.  sampai gastrik bagai.  tak lalu makan sampai kurus.  aku tanya kan pada dia.. berbaloi ke perbuatan dia tu? gembirakah dia bila dapat masuk hospital dan kena drip? adakah dia melakukan semua itu kerana ingin mengambil perhatian ex girl friend dia? 

all i can tell her.. just get life.  what have happened had happened.  let bygone be the bygone.  kenapa mahu bersedih kerana seorang perempuan sedang kan ramai lagi yang bersedih melihat kesedihan dia?  hmm.. aku pernah suatu ketika dahulu masa cinta songsang pertama aku dahulu.. aku lebih mementingkan dia dari orang-orang dikeliling aku. aku lupa betapa terluka nya hati mama dan adik aku bila aku bgaduh dengan dia aku akan jadi seorang yang moody. aku akan jadi orang yang pendiam dan tidak pedulikan dunia.  aku akan cuba apa saja untuk mendapatkan perhatian dia semula.  betapa bodohnya aku.  apa lah nilai seorang orang itu yang pasti akan menyakiti aku berulang-ulang kali berbanding dengan orang lain yang lebih menyayangi kita.  tapi.. itu lah ironik nya cinta.  lagi sakit lagi sedap.  huhuhu bahasa apa kah ini...? 

bagi aku.. kalau dia dah dipunyai oleh orang lain.. lepaskan sahaja.  kerana bahagia dia hari ini bukan dengan aku.  namun.. kalau dia kembali pada aku dalam masa terdekat.. dia milik aku.  dan aku akan perjuangkan cinta itu kecuali dia putuskan untuk meninggalkan aku.  namun.. kadang-kadang akal luar sedar kita mahu bersama tapi .. kadang-kadang aku harus berkorban asalkan dia bahagia.  and.. aku bagitau kawan aku.. just let her go. she has someone else.. and she told u that the new partner is far better than u.  why must you wait for someone is not yours? kalau kita sayangkan seseorang.. biarlah dia bahagia dengan kebahagiaan dia.  asalkan dia bahagia... 

takes things for granted

hari ni tiba-tiba my so called bff.. aka best fren forever msg aku ngan nada sayu.  kata nya aku tak sudi lagi bertemu dengan dia dan nenek kawasan.  katanya aku dah mengabaikan mereka.  aku rasa  nak tergolek baca statement tu

sahabat.. kamu dan kakak berdiam diri dari aku amat lama.  dari kes kantin kamu meminggirkan diri dari aku padahal aku tak pernah berkata apa2  dan dari itu kamu berdua tak pernah mendekati aku.  kamu sahabat.. ketara kamu membenci aku.  tapi kenapa tiba2 hari ni kamu berasa hati dengan aku?  sahabat.. kamu lihat handphone kamu... pukul berapa undangan kamu? kamu nyatakan esok iaitu jumaat 20/9 dan bila aku lihatkan bukti aku pada kamu.. tidak sekali pun perkataan maaf itu keluar dari mulut kamu.  kamu hanya pelawa aku untuk bertemu bila-bila masa... 

dan kakak.. saya tahu tentang majlis kakak dari orang lain.  kalau benar saya ni sahabat kakak... kenapa saya tidak tahu dari awal?  malu saya dengan sahabat-sahabat lain dan mereka menempelak saya kerana kakak itu kakak saya!  dan tiba-tiba hari ini kakak terasa dengan ketidakhadiran saya.  adil untuk saya kah kakak? you guys have been taking me for granted all this while.  you tot i always there by yourside as im your good buddy.  tapi lupa.. yang saya juga punya perasaan!!  saya juga tahu kecewa  bila tidak lagi dipedulikan.  jgn mengadu pada aku yang kamu selama ini bergerak bersendirian dgn perjuangan kamu tanpa sokongan aku kerana kamu tidak pernah sekali mencari aku!!  

terus terang.. aku mula curiga dan ragu tentang kamu dan kakak.  sungguh.. ! 

sahabat.. kalau kamu yakin.. aku tidak pernah sekali berpaling dengan janji aku.  jangan risau tentang aku tapi.. belajar lah hargai aku.  

Monday 16 September 2013

they are leaving

tik.. tok.. tik.. tok...

masa berlalu dengan amat pantas rasanya.
tinggal beberapa jam lagi.. abah dan mama akan berangkat ke Madinah dan Mekah Muqarramah..
rasa mcm berdebar pun ada sebab.. this time abah ngan mama akan tinggalkan aku biiiiiigggggggggggg time pnyer
lama tu.. almost 2 months.  side kiri kata yeaaahh kita enjoy sebab x penah merasa ditinggalkan lama2 tapi sebelah kanan kata.. choii kau kiri.. memang kesetanan ko yea! hmm.. tapi aku merasakan amat sedih.

aku hilang kata2 tiap kali pandang muka abah dan mama.  tiap kali tengok beg2 yang da tersidai tuh.
aku cuba menjadi anak abah dan mama yang baik lately.  aku memasak mengemas tak berhenti.  tetamu datang tak berhenti sampai tengah malam.  tu tak jemput tuh. kalau buat kenduri betul tak tau lah.. but still... y abah tak buat kenduri..???? penat dia sekali je kot.. ni kang nak masak itu ini itu ini ahahaha.. seb bek da pandai sikit dari dulu dalam bab nieh

hmmm.. aku da tulis kat abah cerpen untuk bacaan abah dalam kapal terbang nanti.  tak de lah boring sangat nanti.. uhuhuhu..

hmmm moga abah dan mama dipermudahkan segala urusan ibadat.  moga mama dapat berjalan dengan baiknya.  moga abah dan mama belikan aku jubah yang cantik!!! ahahahahah.... konpem kalu mama beli mesti yang mahal..

moga abah ngan mama x kena kelencot ngan pak arab sana...

yang penting.. moga aku pun dapat gi sana...in sya allah.. err... bersama kesayangan saya..

Sunday 15 September 2013

antara dua darjat

*baring di atas katil melepaskan lelah**

allahuakbar.  penat giler rasa badan.  tak berhenti henti memasak mengemas membasuh pinggan mangkuk.  orang datang melawat abah dan mama tak berhenti-henti.  kadang-kadang hairan.. kenapa lah abah ngan mama aku ni tak buat kenduri?  kan mudah.. sekali jalan jer datang. ni tak.. tiap-tiap hari ada jer yang datang.  uhuhuhuhuhu...

kerja aku skg ni dok dapur masak.  tiap2 hari kena pikir menu apa nya ya.. ahahah.. dah jadi cam bibik pun ada aku rasa.  semalam aku keluarga Razak datang melawat abah ngan mama.  cam biasa dorang buat umah ni cam umah dorang.  jadi hab pertemuan adik beradik dia.  and.. it was Ali's bufday pun jugak.  tapi kali ni lagi grand la. bawak makanan sendiri yang maha banyak. campur ngan mee kari aku .. dah penuh meja.

tetiba masa tengah prepare mee kari tu dengar org bagi salam.  tengok2 ada orang tanya pasal razak.  aku pun kelam kabut lah menjawab ngan cari tudung sebab razak ngan adik aku gi spital sebab ali sakit cirit birit.  uhuhuhu sekali rupa-rupanya abang razak yang single tuh.. eh.. duda tuh.. ahahah kali ni dia datang la.. ensem rupanya.. ahaha.. err.. jatuh hati kah? *pengsaaannnn**

err.. jap.. sebelum full entree aku nak citer pasal mee kari yang amat kasihan. ahahaha... masa dorang datang tu kari tu dok btenggek atas dapur.  aku pandang mak aku .. nak angkat ke x ke.. sebab kali ni daging selalu kari ayam.  sekali tenggek pnyer tenggek sampai tengok kari dah kering.  tya mama.. nk masuk air ke santan ke.. *mana lah tau kan tu resepi baru mama... * uhuhu mama berangin sebab tak tutup api.. laaa.. mana la aku nak tau kan? tapi aku hidang kat toh puan ngn abg razak tu.. ehehe.. depa kata sedap.. aku cakap kat dorang.. tu rendang ikut suka aku nama dia.. ekek...

ehh.. citer pasal antara dua darjat.. so.. keluarga razak ni amat berjaya dan terkenal.  kak ngah dia pakai porsche cayenne tu hokeh...!! kalau adik beradik dia sema pakai keta bosa-bosa godang-godang.  tetiba sepupu aku dari bangsar yang agak marhain datang sb nak jumpa pakcik kesayangan dia.  aku tengok abah serba salah.  nak tinggalkan keluarga biras .. tak boleh. nak cakap ngan sepupu aku pun.. cam kurang boleh.  sepupu aku tu buta.  lupa lak nak bagitau.  hmmm.. anak dan mnantu dia datang gak tapi dorang pun x reti nak bergaul.  huhuhuhuhu aku nak kedepan da tak boley sebab aku adalah bibik hari tu.  serius ..... aku punya pinggan dan cawan amat bertimbun2

tapi kan.. eh.. pelik la kali ni.. abang razak yang duda tu nak berbual dengan aku!! waaahhhhhhhh.. cam pelik gitew.. pastu siap lagi cam bila aku dok ngan family kakak razak tetiba dia join.. ehh perasan tul nieh.. ekekek.. kalau ada jodoh.. errrrrr

ehhh dah melalut kat mana nieh.. err  okeh lah.. nak sambung memasak.. uhuhuhu.. menu hari isnin .. laksam.. *penggsaannnnnnnnnnnnnnnn

kenapa rezeki susah nak masuk

a reminder for myself


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik.
5. Riak bila bersedekah.
6. Banyak berbuat maksiat/ kemungkaran.
7. Tidak/kurang beristighfar.
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh.

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'.

Saturday 14 September 2013

rumah tasik

semalam .. hidup aku tidak ada hala tuju.  aku rasakan diri aku ini bagaikan layang-layang yang terbang tanpa tali.. ke sana ke sini.. ikut arah mana angin menolak aku.  aku tak tahu aku hidup untuk apa.  aku tak tahu nikmat dunia itu apa.  kalau tanya pada aku nikmat itu apa? nikmat itu pada masa lalu ialah dapat pergi bercuti bersama sahabat-sahabat.. berjimba tak kira masa.  bangun tidur bangun tidur.  pink lady, long island, virgin marry, pole dance, rm .. rm .. rm.. hmmm.. 

aku bekerja siang malam.  mencuba itu ini.  menjual itu ini.  tapi .. tidak pernah berhasil.  aku mula lelah.  badan aku mula tidak mampu menampung nya lagi. 

satu hari.. aku ke sana lagi.  mencari ketenangan dan berfikir tentang diri.. dalam erti kata lain.. muhasabah diri. tiba-tiba aku melihat sesuatu yang aku tak pernah impikan. kenapa selama ini aku tidak pernah melihat rumah itu sedangkan aku hampir setiap minggu di sini? rumah tasik itu.  ada sesuatu menarik mata aku untuk terus melihatnya.  

hati aku tergetus..aku ingin memilikinya.  aku ingin memiliki rumah tasik itu.  aku mahu menghabiskan masa tua aku di sana.  berada di beranda menikmati angin petang yang dingin dan segar.  menghabiskan secawan kopi sambil melihat orang berlari dan bergelak ketawa. aku juga mahu berjalan-jalan di waktu petang mengelilingi tasik itu bersama kesayangan aku.  

indah lagi angan aku bila membayangkan aku bersama kesayangan aku menghabiskan sisa hidup bersama.  meniti hari-hari tua kami bersama. menjaga antara satu sama lain.  membina harapan bersama. hmmm... indahnya angan-angan dan impian itu.  


aku ingin amat memiliki nya .. dan kerana itu.. aku akan berusaha keras untuk itu.  aku akan memulakan hidup aku yang baru.  aku akanbermula semula dari kosong.  aku tahu tak mudah tapi kali ini aku yakin aku boleh melakukannya kerana aku telah punya impian.  aku telah tahu apa yang aku mahukan.  aku telah meletakkan  sasaran 5 tahun untuk memilikinya. 

Yang mana satu? yang kelabu itu.  aku tak sabar untk berdiri di beranda itu setiap petang bersama kesayangan aku.  menghabiskan sisa hari tua kami bersama.  menikmati setiap detik yang berlalu dengan penuh keindahan.  

ya allah ya rab.. terima kasih kerana mengembalikan aku.  mawar yang lama telah kembali.  aku telah menemui nya kembali.  aku bersyukur kepada allah kerana menemuinya semula.  akhirnya aku tahu apa yang aku inginkan selama ini.  akhirnya aku sedar apa yang aku lalui selama ini hanyalah perjalanan.. aku tidak kesal melalui perjalanan kehidupan aku yang agak sukar.  aku telah melakukan banyak kesilapan.  aku telah memilih jalan yang salah hanya kerana mengikut perasaan.  itu bukan aku selama ini. rasa nya.. cukup lah apa yang aku sudah lalui.  masih belum terlambat untuk membina masa depan dan impian.  aku ingin pencen dengan bergaya .  aku mahu jadi lady in leisure. aku ingin punya kereta porche chyene. aku ingin membina empayar aku. hari ini aku telah melihat masa depan aku.  terima kasih allah .. mungkin Allah lambat memberikan jawapan pada doa aku tapi aku percaya dan amat percaya allah mempunyai alasan dia yang tersendiri.

ya allah.. permudahkan lah perjalanan aku kali ini.  aku berserah semuanya padaMu.  terima kasih atas pertemuan yang telah kau aturkan. terima kasih kerana mengaturkan kehidupan aku dengan cara yang indah. 

i won't give up with my life.. of course no.  dan aku tahu.. kesayangan aku akan berada di sana menanti aku.  ye sayang.. saya akan berusaha untuk impian ini! 



writers block

finally.. aku menulis dan delete.. tulis dan delete
its so many things in mind but not one i can write perfectly
ada 7 draft yang aku simpan.. taip.. and tinggal half way
banyak yang mengganggu minda kebelakangan ini... 


  • kegembiraan yang melampau yang mengganggu adrenalin sampai tak terurus yang mana satu
  • kesedihan yang melampau sampai jemari-jemari ini tidak mampu menitipkan apa pun
  • berlebihan idea sehingga tak tahu yang mana perlu di dahulukan
  • emosi yang tidak stabil kerana .. period.. ahaha.. 
  • kepenatan kerana.. jadi surirumah...
ada banyak lagi yang tak dapat nak dilist kan sebab... entah lahhhhhhhhhhhhh
kamu.. wahai kesayangan... saya sayang awak.. ketat2.. walau siapa pun kamu
kamu tak perlu jadi sempurna untuk saya terus menyayangi awak... 


Tuesday 10 September 2013

nenek dah tak ada

10/9/2013; 4.30 am
selasa

usai bacaan Yassin aku pagi itu tiba-tiba dapat sms dari Ita "M, nenek baru meninggal.  kami nak balik kampung. Nak ikut tak?"  aku tergamam.  nenek meninggal?  innalillahi wainnailaihirojiun... ya allah.. lambatnya pagi.  aku tak mampu melelapkan mata aku hatta sepicing pun.  dalam hati aku bercadang untuk ke Melaka pagi-pagi selepas abah dan mama bangun tidur.  kena minta izin dulu apa pun.  kalau dulu aku redah jer. tapi aku hari ni dah faham tentang restu illahi dan restu ibu bapa.  lagi pun.. aku satu-satu anak yang masih lagi tinggal bersama.  allahurabbi.. baru beberapa hari lepas aku bercerita tentang dia dan hari ini.. dia telah meninggalkan aku selamanya tanpa sempat aku bertemu.  

jam 8.30 am aku bergegas turun dari bilik aku dengan siap berjubah dan bertudung untuk menemui abah.  aku sampai kan berita kematian nenek. aku mohon izin dari abah untuk ke Melaka dan ... abah cakap "awak nak pergi untuk apa? yang dah mati tu sudah mati pun. nak jumpa pun bukan boleh buat apa pun.  awak lagi diperlukan disini.  abah perlu kakak untuk jaga rumah ni.  abah dah nak pergi haji minggu depan.  abah tak larat nak masak ke apa ke kalau orang datang.  abah dah kata.. tolong jangan ke mana"  

aku pandang muka mama.  mama memberi izin untuk aku pergi sebab mama memahami akrabnya aku dengan keluarga nenek.  aku pandang abah memohon pengertian.. untuk pertama kali abah berhati batu.  akhirnya aku mengalah untuk mengikut kata-kata abah memandangkan aku masih lagi bawah tanggungan abah.

allahurabbi.. sepanjang hari hati aku menangis.  walaupun nenek bukan nenek aku yang sebenar tapi aku menyayangi dia seperti nenek aku sendiri.  aku tak punya nenek dan datuk baik dari sebelah mama dan abah.  semuanya meninggal awal. tak sempat nak ingat macamana rupa mereka jauh lagi bermanja. pertama kali ita bawa aku ke Kampungnya di Melaka aku telah bertemu dengan nenek, Mak Lang dan Pak Lang.  

pertama kali melihat nenek aku jatuh hati.  hidungnya yang bulat, matanya, bibirnya membuat aku senang.  comel giler.  terus aku tanya dia.  boleh tak nenek jadi nenek saya?  saya tak punya nenek.  dan nenek terus ketawa.  dia panggil aku dak bebab.  asal aku balik Melaka dia akan panggil aku dak bebab dah balik. dia akan masak asam pedas.  kadang-kadang dia masak cucur cicah dengan sambal telur yg amat osem rasanya. *aku dah try banyak kali buat sambal ni tapi tak pernah jadi. and cucur nenek amat sedap dan lembut. banyak kali aku cuba buat tapi tak pernah jadi..

cuma.. apa yang aku kesal.. bila aku dah putus dengan ita dan aku bersama dengan yan.  aku jarang jenguk nenek.  yan tak bagi aku jenguk nenek tanpa dia sedangkan aku tak boleh ada dia bersama bila menjenguk nenek dan mak lang dan pak lang.  aku amat manja dengan pak lang.  yan orang yang amat tidak rasional dan cemburu buta.  yan kata bila dah putus means putus semuanya.  aku kesal dengan kebodohan aku. masa aku jumpa nenek last sekali tahun lepas.. aku rasa sedih sebab dia nampak uzur.  mungkin kencing manis nya dah merebak. kencing manis lagi..

and.. paling sayu beberapa bulan lepas nenek kena busung.  jumpa doktor tapi doktor kata tak ada apa2.  jumpa bomoh katanya ada orang dengki sebab nak tanah. entah la.. kenapa melayu ni suka dengki khianat.  kesian dekat nenek yang dah umur 85 tu. aku? kenapa aku tak jumpa gak nenek? entah lah.. kesibukan yang aku pun tak faham atas apa. sibuk duniawi sampai akhirnya.. aku hilang orang yang aku amat sayang. perginya tanpa sempat aku bertemu dan membahagiakan dia.  aku tak sempat mohon maaf. tak sempat nak bagi duit raya.  allah... ampunkan aku.  aku bukan tidak cuba tapi aku cuba untuk jumpa nenek raya hari tu tapi nenek amat sibuk jumpa anak2 dia. banyak sangat halangan untuk ke melaka.  allahhhhhhh... betul kata orang-orang dulu.. menyesal hari ni dah tak berguna lagi.  

jam 11 am.  dapat sms dari ita beritahu jenazah nenek telah disemadikan di kubur tabung naning.  ya allah.. akhirnya aku sudah tak dapat menahan tangis aku.  air mata mengalir tanpa henti.  selamat tinggal nenek.  selamat menempuh malam pertama di sana.  moga nenek bersama dengan mereka yang solihin. moga nenek berada di jannah.

ya Allah ya Rab.. kau peliharalah nenek ku di sana. masukkan dia ke dalam Jannah bersama ahli-ahli syuhada yang lain.  jauhilah dia dari azab kubur dan azab api neraka. aamiin.

*kesayangan.. saya berjanji untuk lebih menghargai mereka yang berada bersama saya hari ini kerana mati itu pasti dan tiba tanpa amaran.  allah mungkin akan mengambil saya terdahulu dan.. i dun wan to miss a thing**


Sunday 8 September 2013

DOAKU UNTUK MU SAYANG II

sepanjang malam aku ditemani oleh lagu Doaku Untuk Mu Sayang oleh Wali Band ini.  kenapa di Malaysia tak ada lagu yang sebegini? entah kenapa aku amat suka mendengar melodi dan liriknya yang amat nyaman.  bila mendengar bait-bait puitis lagu ini aku seolah-olah tenggelam pada satu tempat jauh dari sini bersama kesayangan saya.. *best betul berangan.. jom berangan sama2** 

beshnya kalu dapat kesayangan yang akan sentiasa menemani kita dalam susah dan senang.  yang akan setiasa menyayangi aku selama-lamanya dan bersama membina kehidupan hingga ke akhir hayat.  aku membayangkan aku dan dia dalam sebuah rumah yang mengadap tasik.  setiap petang ketika tea time atau nite supper kami akan menikmati udara segar dari tasik.  minum sambil berbual tentang hal semasa.  kadang2 berpegangan tangan. dia merangkul pinggang aku yang lebar nieh.. dan cium dahi dan kata "i love u sayang.  saya akan sentiasa untuk berdoa kepada illahi untuk satukan kita di syurga nanti".  ada masanya kami akan berjalan bersama breeze walking sambil berpegangan tangan dan menjaga antara satu sama lain agar sama rentak hayunan langkah kami.  **seriously aku mmg suka dicium di dahi sebab.. dapat rasa getaran itu.. uhuhu**

aku juga mahu menjaga dia dari hujung rambut sehingga hujung kakinya.  akan aku panjatkan doaku pada illahi agar menjaga dia sebaiknya demi aku agar kami dapat bersama mengharungi segala kesukaran di dunia dan dia menjadi pasangan aku di Jannah.  Aku mahu setiap malam berbaring di atas dadanya sambil merangkul erat diri dia.. aku juga mahu dia membelai rambut aku sampai tertidur.  pasti dia akan sentiasa memerhatikan lena ku sambil mengusap wajah aku.  akan aku bisikkan pada dalam setiap tidurnya "sayang.. you are my angel from heaven.  thank you for always be there for me and thank you for loving me endlessly" 

Indahnya andai dapat berjemaah bersama.  dia menjadi imam dan aku makmum.  mencium tangannya setiap usai solat dan dia mencium dahi aku.  dan sekali sekali berjakuzi bersama sambil ditemani cahaya lilin beraroma lavender dan lagu2 romantis.  sekali sekala menari lagu rentak perlahan ketika ulang tahun kami... dan bercuti di pulau yang terpencil yang jauh dari hiruk pikuk manusia dan kenderaan.  apa yang ada ketika itu.. hanya kami.. 

seandainya aku pergi dahulu sebelum dia.. aku hanya ingin dia mengingati yang terbaik tentang diri aku.  aku mungkin bukan yang pertama bagi nya tapi aku mahu menjadi yang terakhir untuk dirinya.  aku akan sentiasa ada ketika dia dalam keletihan.. peha aku sentiasa ada untuk pembaringannya bagi dia melepaskan lelah. telinga dan bahu aku untuk dia bercerita... dan jemari sentiasa aku untuk membelai dia bila dia kesedihan. yang pasti cinta kami akan utuh dan sentiasa mekar hingga ke akhirnya.

hmmm.. wahhh .. berangan gitu.. ahahahaha... terima kasih sebab turut serta dalam khayalan saya... *bertuah badan kalau dapat.. ahahahaha***

SOALNYA HATI - SAKIT II

sambungan..

Hasil diagnose prof Hashim cakap aku kena pnyakit yang di beri nama PCOS.  PCOS ialah Polycystic Ovarian Syndrome itu adalah peningkatan hormon Astrogen (hormon lelaki) yang menyebabkan penumbuhan Cyst di dalam rahim.  dalam erti kata lain yang lebih mudah hormon lelaki melebihi dari hormon perempuan.  

kata prof hashim.. aku berkemungkinan untuk mengalami salah satu dari 3 penyakit yang tak dapat aku elakkan iaitu 

a.  Diabetic
b.  kanser ovari
c.  Kanser Payudara a.k.a Breast Cancer

so.. a year or two after discharged suatu hari aku jadi pelik dgn badan aku.  aku jadi mudah letih.  dahaga yang amat dan paling aku tak tahan aku sentiasa terjaga malam untuk buang air kecil.  aku pergi klinik.  doktor kata aku berkemungkinan mempunyai diabetik.  dalam penafian aku pergi second opinion.  aku cuba sebulan untuk menurunkan paras gula.  and.. hasil nya.. doktor azhar mengesahkan aku menghidap Diabetic Malitus tahap 2.  doktor Azhar kata sakit ini lebih teruk dari HIV kerana ia tak mungkin sembuh dan tidak punya jangka yang boleh ditentukan.  ia merupakan penyakit yang jahat kerana ia makan segala organ secara diam.  pesakit akan kelihatan cantik diluaran tapi buruk di dalam. ia juga merupakan penyakit yang berkait antara satu sama lain iaitu jantung dan darah tinggi a.k.a penyakit tiga serangkai. 

rasa macam runtuh dunia bila doktor cakap begitu.  aku terpaksa meninggalkan semua nikmat dunia yang amat aku gemari.  aku agak pelik kerana dua atau tiga bulan sebelum itu aku ada membuat pemeriksaan kesihatan dan paras gula aku normal.  dan tiba-tiba hari ini aku sakit!! aku terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup aku!  aku amat kesal sebab makan durian yang amat banyak masa pesta durian.  aku pasti durian puncanya kerana selepas makan durian yang amat melampau banyak aku jadi dahaga melampau.  cuma aku tak tahu ketika itu durian itu buah yang paling bahaya dalam dunia kerana kadar gula yang amat tinggi.  

hmm.. apa yang aku perlu lakukan hari ini ialah untuk terus berjuang dari mengelak penyakit ini menyerang organ lain.  setiap hari aku mendengar kematian yang berpunca dari penyakit yang sama.  paling aku takut ialah breast cancer.  semua tandanya telah ada.  aku paling takut bila bisul tak bermata tumbuh di bawah ketiak kerana itu tanda awal kanser payu dara.  sakit nya hanya allah yang tahu.  sepupu aku telah hilang kedua payudaranya.  tak tertahan rasa sakit bila gusi mula membengkak tanpa sebab.  terasa sakit yang amat bila melihat gigi-gigi mula lari dari kedudukan asal.  terasa sakit hati bila melihat rambut mula gugur.  hilang segala keindahan dulu.  

pada ketika itu aku berjuang berseorangan menentang penyakit ini kerana aku terpaksa menyembunyikan sakit ini dari mama kerana mama pernah cakap kalau dia dapat tahu aku punya penyakit dia akan pukul aku.  aku tau mama tak mahu anaknya ini sakit. kerana itu aku memilih untuk berdiam.  aku memilih untuk bergembira setiap hari kerana aku amat percaya positive attitude will attract positive energy.  aku tak akan berhenti berjuang melawan sakit ini walaupun Doktor Azhar yang aku terserempak baru-baru ni berbisik pada aku "you are not suppose to sweat in aircond"  aku terdiam.  aku faham apa yang dimaksudkannya. 

Ya rabb.. kuatkan jiwa aku untuk terus berjuang.  aku akan terus berjuang demi kesayangan-kesayangan aku.  aku akan terus berjuang walaupun aku bersendirian. wahai kesayangan.. jangan putus asa dengan hidup.  aku amat yakin Allah memilih kita kerana dia tahu kita mampu menghadapi dan berjuang melawan segala kesakitan dan dugaan dari Nya.  Jangan tewas sebelum berjuang! CHAAIIYYYOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

*dengarlagudoakuuntukmu**



Saturday 7 September 2013

SHAKIRA

perkara yang aku suka buat di dalam bilik air adalah menari.  aku manusia yang amat suka menari and.. badan aku akan bergerak secara semula jadi kalau dengar lagu rancak.  believe me.. sesiapa yang kenal aku tahu perkara ni.  ahaha pantang dengar lagu rancak.  

My most favorite dance music is HIPS DONT LIE.  i can dance and dance again and again non stop.  the music killing me everytime im listening to it.  looking at the way she dance makes me feel like dancing.  the way she dance very sexy and inviting but not overdoing.  and.. though shakira tak lah secantik rihanna or JLO but she has perfect body, face, hair and .. hmm.. bila dia melentok.. aduyai.. ahaha *ketukkapla*

well.. masa zaman jahiliah dulu.. the only things yang paling aku suka buat ialah pergi club and menari.  and.. yeap.. im dance floor queen.  hmmm.. i love sexy dance. and i was paid for that. ahaha.. hmm.. masa lampau yang agak penuh dengan warna tapi.. aku tak akan ulangi lagi.  aku.. hmm.. earn a lot dengan menari.  but.. aku bukan penari.  aku menari.  aku lebih kepada.. entertainer and i was paid very well.  hmm..  i will not dance for free.  teruk kan? but .. itu yang membuat kan diriku amat bernilai ketika itu ahahaha.. haiisshh bukan bernilai tapi.. hmmm.. camana ea.. ahaha.. agak popular. isshh... ntah. forget it. 


Friday 6 September 2013

SOAL HATI - PELARIAN

CERITA 2

Tik tok tik tok.. aku menghirup perlahan2 cappucino panas. menggigit biscoti perlahan-lahan.  merenung sekeliling.  kat mana nie? mana-mana aja aku berhenti nieh.  asal ada coffee house je aku berhenti.  tiba-tiba jiwa penat menjadi pelarian.   berkelana di atas jalan raya ke sana ke sini demi merawat hati kunun.  kenapa tenat sangat tu mawar?  kenapa sanggup trade in jiwa dengan benda yang bukan2?

mana pergi segala ketenangan yang kau raih sepanjang ramadhan yang lepas?  mana kekuatan yang kau bina sepanjang ramadhan itu?  kenapa mudah sangat rasa tergugat hanya kerana perasaan? ingatlah mawar.. x mudah untuk membina kepercayaan dari Allah.  mana kata-kata mahu masuk syurga itu? kenapa digadai iman itu?  di mana tahajud mu? di mana subuh mu? di mana tadarus mu? kenapa? kenapa? kenapa?

kenapa yang kamu bayang hanya chivas, virgin marry, long island sebagai penenang? kamu ingat itu semuanya penyelesaian mawar?

*merenung langit*  "hmm... entahlah.. iman aku terlalu rapuh wahai suara.  aku hanya ingin berlari dan berlari tanpa henti.. semua yang ada dikeliling aku amat mnyesakkan.  apa yang berlaku setiap hari membuat aku mula goyah semula.  yang di kiri ini.. makin galak menari.  aku tak ingin hidup begini.  aku mula takut dengan bayang-bayang silam.  aku takut pulang kerana setan itu ada di sana. terasa seperti dirobek jika aku ke sana. 

hmmmm...aku rindukan ketenangan dulu.  aku tak ingin kembali ke zaman silam aku. aku tak mahu bersama sahabat-sahabat yang sentiasa mendorong aku untuk bersama mereka. tapi mana kan bisa kerana mereka sebahagian dari hakiki aku. dan yang kiri.. tolong berhenti melonjak dan menunjukkan rupa. aku tak ingin kan kamu. tolong jangan berdendam.

mawar.... u r fighter. remember? kau yang bilang Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim.  jangan menghukum diri sendiri sedangkan Allah tidak menghukumi kamu lagi.  Jangan dibebani diri dengan kesakitan yang bukan hak kau.  istiqamah mawar. ingat.. istiqamah. istiqamah.  ingat pesan pak akub.. orang yang berhenti berjuang mencari redha allah sama seperti lari dari peperangan!  

hmmm... terasa sakit bila tak dipedulikan.... tinggalkan aku atas kesilapan aku yang kecil. arrgghh.. !!! aku buntu. wahai jiwa... aku pasrah. biarkan lah.  mungkin ada baiknya kan? 

*menarik nafas panjang~ merenung kunci kereta*  its time to go home. serahkan semuanya pada DIA, mawar.  

yeappp...  serahkan semuanya pada DIA.  aku mahu pulang. aku rindu segalanya di sana...  Allahuakbar. Ampunkan aku ya rabb.. 


Wednesday 4 September 2013

soal hati - sakit

**melihat titisan hujan di tingkap**

terlalu banyak cerita yang nak diluahkan pada satu masa.  terlalu banyak cerita yang hendak diceritakan ketika ini.  tak tahu yang mana satu nak didahulukan.  semalaman aku tidak tidur gara-gara menyiapkan tempahan laksam dan berfikirin tentang sesuatu yang mengganggu hidup aku.  

cerita 1

SAKIT

suatu ketika .. bertahun yang lalu aku mengalami pendarahan yang tak berhenti.aku bertemu pakar2 di Hospital Assunta.  yang aku ingat doktor tu lawa.  pada hujung rawatan itu darah yang sepatutnya berhenti tiba-tiba mengalir semula dengan laju dan lebat.  doktor panicky.  doktor kata aku telah mempunyai ovarian cyst.  masatu .. rasa macam langit runtuh.,.. doktor minta aku tandatangan borang untuk buat prosedur cuci rahim dan mengambil tisu rahim. hati berbelah bahagi.. sain ke tak.. 

balik rumah.. aku tunjuk borang dekat abah.  abah kata sain jer kalau itu utk kebaikan.  mama dah mula menangis.  aku da mula panik bila tengok mama nangis.  mama kata jangan.  susah juga nak terima kenyataan.  tapi bila fikirkan semula.. allah beri dugaan ini untuk menyedarkan aku tentang kekhilafan aku.  tentang hidup aku yang amat BARAT sekali.  tentang konsep KETUHANAN yang aku lupakan.  untuk apa aku merungut sedangkan DIA telah lama memberikan aku kemudahan dan kesenangan?

anyhow.. im a fighter.  i will not let death taking me without fighting.  kebetulan dalam kekalutan tu ada sahabat mengunjurkan aku untuk cuba rawatan tradisional dan moden.  aku ke HUKM.. proff Hashim if im not mistaken. and.. alhamdulillah. god will aku back on track after few visits.  and i wen to traditional treatment and.. hmm.. 

therefore my dearest beloved.. dont stop fighting. jgn hanya redha dengan setiap dugaan yang diberi.  sakit itu satu peringatan dari DIA.  berjuang dan lawan kesakitan itu sebelum saatnya sampai.  jgn takut untuk berjumpa dengan doktor pakar, rawatan alternatif dan apa sahaja yang ada.  fight till end sebab allah tak suka umatnya yang hanya menyerah.  menyerah itu sama seperti membunuh diri.  membunuh diri itu berdosa besar.  samje?




aku dah biasa jadi nurse..

tak tau kenapa.. sejak kecil aku sentiasa menjadi orang yang menjaga orang2 sakit dikeliling aku.  seingat aku seawal umur aku 7 tahun aku dah menjaga abah yang sakit di hospital. Masa tu .. aku naik turun trak askar nak jumpa abah.  mama pulak aku tengok amat tabah naik turun bas yang tak pernah dia buat selama ni tapi atas nama cinta pada abah aku yang hensem tu dia redha jer. 

entah la yea.. entah kenapa abah tiap kali dia nak rebah sebab serangan jantung dia.. mesti dia panggil aku. sampai ke hari ini kalau dia sakit dia akan jerit nama aku.  tiap kali abah stroke kebetulan berlaku dengan adanya aku disisi abah.  aku ingat.. masa tu nak start sekolah tingkatan 1.  abah kena stroke.  abah jerit tepi pintu.  hmm.. aku x tu nak buat apa. aku bagi cpr.  and.. malam buta tu jugak aku meredah malam gi cari kereta askar untuk bawa abah gi RESAT (hospital askar) kat Kinrara. bayangkan lah anak gadis umur 13 tahun meredah gelap.. kenapa aku tak takut ek? musykil tul lah.                                                                        

dah la sekolah masa tu tak tentu hala. tak tau nak masuk sekolah mana sebab sekolah awal yang apply da penuh. kesian mama. sepanjang abah sakit tu.. aku kena jaga adik2 yang kecil masa tu.  kena masak lagi. dah la x penah masak.  tetiba aku boleh wat cokodok pisang. boleh lak masak ikan goreng. padahal sebelum ni aku tak pernah memasak.  tepung pun tak kenal.  tapi apa pun masa tu yang aku fikirkan..janji adik2 aku kenyang.

paling teruk rasa nya jaga adik aku masa dia operate dulu.  da la dia x sedar.  period plak tu.  kena cuci period? uhuhuhu.. xp lah. kerana allah kerana adik.. buat jer la...


Tuesday 3 September 2013

doaku untuk mu sayang

DOA KU UNTUK MU SAYANG

kau mahu apa pasti kan ku beri
kau minta apa akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih.. ini demi kamu sayang
aku tak akan berhenti menemani dan menyayangi mu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila ku mati
ku kan berdoa pada illahi untuk satukan kami di syurga nanti
tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hari ku
tuhan tolong aku
tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia...
aku tak akan berhenti menemani dan menyayanngi mu
hingga matahari tak terbit lagi.. 
bahkan apabila ku mati
aku kan berdoa pada ilahi
untuk satu kan kami di syurga nanti



Wali - Doaku Untukmu Sayang (HD)

Sunday 1 September 2013

Andai nya

#monolog#

andai benar kamu katakan yang dia itu hak kamu.. kenapa tidak kamu perlakukan dia sewajarnya?  

andai benar kamu menyayanginya .. mengapa pantas kamu melepaskannya? mengapa tidak kamu mempertahankan dia dan hubungan itu dari musnah?

andai kata benar kamu menyintai dia.. mengapa kamu berdiam diri? 


#tutup telinga# diam! diam! diam!  
kamu x bisa memahami..
kadang2 pengorbanan itu perlu.. 
#nikmatinya selagi ada#