Wednesday, 4 September 2013

aku dah biasa jadi nurse..

tak tau kenapa.. sejak kecil aku sentiasa menjadi orang yang menjaga orang2 sakit dikeliling aku.  seingat aku seawal umur aku 7 tahun aku dah menjaga abah yang sakit di hospital. Masa tu .. aku naik turun trak askar nak jumpa abah.  mama pulak aku tengok amat tabah naik turun bas yang tak pernah dia buat selama ni tapi atas nama cinta pada abah aku yang hensem tu dia redha jer. 

entah la yea.. entah kenapa abah tiap kali dia nak rebah sebab serangan jantung dia.. mesti dia panggil aku. sampai ke hari ini kalau dia sakit dia akan jerit nama aku.  tiap kali abah stroke kebetulan berlaku dengan adanya aku disisi abah.  aku ingat.. masa tu nak start sekolah tingkatan 1.  abah kena stroke.  abah jerit tepi pintu.  hmm.. aku x tu nak buat apa. aku bagi cpr.  and.. malam buta tu jugak aku meredah malam gi cari kereta askar untuk bawa abah gi RESAT (hospital askar) kat Kinrara. bayangkan lah anak gadis umur 13 tahun meredah gelap.. kenapa aku tak takut ek? musykil tul lah.                                                                        

dah la sekolah masa tu tak tentu hala. tak tau nak masuk sekolah mana sebab sekolah awal yang apply da penuh. kesian mama. sepanjang abah sakit tu.. aku kena jaga adik2 yang kecil masa tu.  kena masak lagi. dah la x penah masak.  tetiba aku boleh wat cokodok pisang. boleh lak masak ikan goreng. padahal sebelum ni aku tak pernah memasak.  tepung pun tak kenal.  tapi apa pun masa tu yang aku fikirkan..janji adik2 aku kenyang.

paling teruk rasa nya jaga adik aku masa dia operate dulu.  da la dia x sedar.  period plak tu.  kena cuci period? uhuhuhu.. xp lah. kerana allah kerana adik.. buat jer la...


No comments: