Friday, 6 September 2013

SOAL HATI - PELARIAN

CERITA 2

Tik tok tik tok.. aku menghirup perlahan2 cappucino panas. menggigit biscoti perlahan-lahan.  merenung sekeliling.  kat mana nie? mana-mana aja aku berhenti nieh.  asal ada coffee house je aku berhenti.  tiba-tiba jiwa penat menjadi pelarian.   berkelana di atas jalan raya ke sana ke sini demi merawat hati kunun.  kenapa tenat sangat tu mawar?  kenapa sanggup trade in jiwa dengan benda yang bukan2?

mana pergi segala ketenangan yang kau raih sepanjang ramadhan yang lepas?  mana kekuatan yang kau bina sepanjang ramadhan itu?  kenapa mudah sangat rasa tergugat hanya kerana perasaan? ingatlah mawar.. x mudah untuk membina kepercayaan dari Allah.  mana kata-kata mahu masuk syurga itu? kenapa digadai iman itu?  di mana tahajud mu? di mana subuh mu? di mana tadarus mu? kenapa? kenapa? kenapa?

kenapa yang kamu bayang hanya chivas, virgin marry, long island sebagai penenang? kamu ingat itu semuanya penyelesaian mawar?

*merenung langit*  "hmm... entahlah.. iman aku terlalu rapuh wahai suara.  aku hanya ingin berlari dan berlari tanpa henti.. semua yang ada dikeliling aku amat mnyesakkan.  apa yang berlaku setiap hari membuat aku mula goyah semula.  yang di kiri ini.. makin galak menari.  aku tak ingin hidup begini.  aku mula takut dengan bayang-bayang silam.  aku takut pulang kerana setan itu ada di sana. terasa seperti dirobek jika aku ke sana. 

hmmmm...aku rindukan ketenangan dulu.  aku tak ingin kembali ke zaman silam aku. aku tak mahu bersama sahabat-sahabat yang sentiasa mendorong aku untuk bersama mereka. tapi mana kan bisa kerana mereka sebahagian dari hakiki aku. dan yang kiri.. tolong berhenti melonjak dan menunjukkan rupa. aku tak ingin kan kamu. tolong jangan berdendam.

mawar.... u r fighter. remember? kau yang bilang Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim.  jangan menghukum diri sendiri sedangkan Allah tidak menghukumi kamu lagi.  Jangan dibebani diri dengan kesakitan yang bukan hak kau.  istiqamah mawar. ingat.. istiqamah. istiqamah.  ingat pesan pak akub.. orang yang berhenti berjuang mencari redha allah sama seperti lari dari peperangan!  

hmmm... terasa sakit bila tak dipedulikan.... tinggalkan aku atas kesilapan aku yang kecil. arrgghh.. !!! aku buntu. wahai jiwa... aku pasrah. biarkan lah.  mungkin ada baiknya kan? 

*menarik nafas panjang~ merenung kunci kereta*  its time to go home. serahkan semuanya pada DIA, mawar.  

yeappp...  serahkan semuanya pada DIA.  aku mahu pulang. aku rindu segalanya di sana...  Allahuakbar. Ampunkan aku ya rabb.. 


No comments: