Saturday 25 May 2013

berhenti mengejar

malam tadi tiba-tiba aku terjaga di tengah malam.
seolah2 ada satu sentapan di jiwa yang seolah2 menarik2 aku.
lantas terus aku terduduk di dalam gelap.  meraba2 mencari sesuatu yang aku x tahu apa.
kenapa tiba2 kau berlari2 dalam ingatan aku?  kenapa tiba2 kau mengganggu hdp aku? kenapa?
kenapa jiwa aku seolah2 dipanggil oleh kau?
kau buatkan air mata aku jatuh berderai di malam hari..

sayang..
aku mohon.. lepaskan jiwa aku.
aku mohon.. jgn lagi permainkan perasaan aku.
aku mohon... jgn tamak
jgn takut pada kesunyian.
aku mohon .. jgn biarkan aku mengejar sesuatu yang aku x pasti.
aku sudah penat...
aku sudah lelah

beb... maafkan aku
aku x mampu lagi jadi org yang bisa buat kau tersenyum dan ketawa
aku hanya mohon berikan aku ruang
untuk kembali jadi seperti dulu..
jgn cari aku ...
pls...
                                                                                                                                                                         




Friday 17 May 2013

jatuh cinta

kelmarin aku bagaikan diketuk dikepala apabila aku diberitahu oleh beliau yang aku boleh menyebabkan orang mudah jatuh cinta dengn aku.

huh... kenapa? mengapa? bagaimana? aku x cantik.. aku gemuk.. aku xd apa pun yang istimewa. aku seorang yang membosankan, aku x cerdik macam adik.. aku x pandai buat lawak macam yan.. hmmm i dun c anything in my yang boleh membuatkan org suka kan aku. issshhhhhhhhhhhhhhhh bila di tengok senarai menunggu ni mmg boleh tahan. isshhhhhhhhhhhhhh....

a.  alang - abang, adik mintak maaf.  adik x boleh terima abang.

b.  awin -  awak.. kita kawan sampai bila2 yea.. saya suka bila saya sampai je kampung awak akan bawa saya keluar berjalan2. layan saya macam princess... tapi hati saya untuk saya.

c.  naz - uhuhuhu aku x paham camana ko boleh jatuh cinta dengan aku sedangkan kita x pernah jumpa.  camana aku nak bagitau kau aku x penah menyintai kau?

d.  z - awak.. maafkan saya ye awak..

e.  affendi - ampun tuanku... uhuhu

f.  SR - kau xkan pernah mengerti kan?



baru 4.. xd lah banyak sangat.. tapi cukup memeningkan kepala.  pehal rasa cam banyak...

oh my mantan!!!!

kehadapan incek mantan...

beb.. tadi si adik kesayangan aku sms bagitau yang kau carik aku..
kata dia .. ko menyesal dengan perbuatan kau dulu yang meranapkan hati dan perasaan aku..
uhuhuhu...  kesal ke? muahahahah.. lawak apa kah yang ko buat itu?
errr the best part.. ko mintak balik hp nomo aku?
y? y? y? ko nak seksa jiwa aku yang da mmg terseksa sebab kena tinggal ngan ko dulu?
huh! ko tau x betapa seksa nya aku nak lupakan kau?
kau tau x berapa lama aku hidup macam zombie?
and.. ko tau x berapa macam haram rasanya bila ko ajak aku bersosial di fesbuk bsama kau kembali  dan bila aku kembali ko campak aku balik?
yyyyyyy???????????????????????????????????????????
ko boley citer kat sema org yang ko sayang aku
ko amat sayang kan aku
sebab aku amat baik dan memahami
dan amat menghormati kau walaupun kau lebih muda dari aku?
ko mmg cam haram kan?
ko nak nomo aku sebab ko nak aku join MLM ko kan? kan? kan?
ko ley lak rasuah adik aku tu siap cakap lagi.. kalu adik aku lepak ngan aku
nak soh ajak ko sekali lepak eh? eh? eh?
jgn harap beb!
ko kata ko nak bawak bini ko sekali?
ahahahahahaha nak rasa makan tapak kasut aku yang size 9 tu?
in your dream babe
mmg aku sayang sangat ngan ko sebab ko chenta aku...
tapi.. cukup ahhhh
aku da penat ngan budak2 macam kau
ko buat aku phobia
kau buat aku menderita
aku hidup macam zombie
xd perasaan.. hati yang sejuk beku
menangis bawah shower sampai jadi cam org giler
x kisah la apa pun alasan kau
tapi.. bila kali ke2 kau buang aku...
aku mmg rasa cam ....
anyhow.. pls.. dun call me or sms me.
aku bahagia dengan hidup aku hari ini
aku bahagia dengan mereka2 yang ada disekeliling aku
sumimasen.. sayonara...




Wednesday 15 May 2013

suatu masa dahulu

suatu masa dahulu.. aku manusia yang amat boros dan mewah.  i call myself as woman at leisure.  its always every 3 months once aku pergi bercuti.  every month aku akan ada spa treatment.  rambut plak every week cuci kedai.  everyday tiap petang aku akan makan di kopitiam.  woman at leisure

i dunno whether i miss dat kind of life or not.  tapi.. bullshit kalau aku x teringat. well.. its call rindu kan?  tiba2 aku rindukan life yang begitu.  bercuti selalu.  buat trip to nowhere.merayap ikut suka aku.. tido hotel sana sini..dem.. i miss slipping at big cozy room. i miss lying naked with cold room temperature.  i miss chilling in the room without doing anyting..  i miss chilling myself in the bath tub.  have scented candles in the room.. aromatherapy scented.  i love the warm blanket wrapping my naked body..

demm!!! its quite sometimes i havent had it..

aku juga rindukan pedicure manicure.  rindukan rasa tubuh dibelai dengaan urutan ala2 kuat x kuat tuh.. janji urut.  aku rindu bau minyak cengkih yang disapu di badan.. hmmm...watching the body of the messieurs peeerrrgghhhhhhhhhhhhhhh...!!! hooiiiiiiiiiiii... adehhhh

do i regret wif my life now? aku dah xd kebebasan seperti dulu.  aku dibelenggu dengan keadaan hidup ala kadar... hidup yang sesekali mampu.. adesss... aku pun da x tau hala mana. entah.. agaknya kalau life aku masih seperti dulu.. aku x berubah kot. masih lagi pakai baju yang menjolok halkum. uhuhuhu .. perangai macam tuttttttttttt... masih lagi kuat melawan mama .. masih x tau halal haram

adehhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ya allah.. kuatkan lah aku.. untuk menempuh dugaan mu ini.  mungkin satu hari nanti aku mampu mencapai kebahagiaan...

tetiba tringatkan dia lumut dalam. best giler scenery dia.. adesshhh


aku teringin sangat nak gi cuti kat tempat cenggini.. uhuhuhu bila la agaknya... adessssssss.... dis is palm goldcoast sepang.. yang kat pd tu pun besh gaks.. bila agaknya? hmmmm


Sunday 12 May 2013

ali haidar

ali haidar buah hati aku.. uhuhuh
mama da mula susah hati nak gi haji sebab ken tinggalkan buah hati dia nieh
mama takut xd org ley layan dia

kebencian

aku seorang yang amat susah untuk marah.  mungkin kerana aku lebih suka meletakkan rasional disebalik apa yang terjadi.  dan aku paling susah untuk membenci org.  aku selalu tertanya kenapa dan aku suka meletakkan "kalau lah".  aku suka mempertimbangkan setiap perbuatan itu.  "kalau aku jadi dia mungkin aku akan buat benda yang sama" sebab tu aku susah untuk marah

namun.. perkara yang paling aku takut adalah membenci.  aku x suka perasaan membenci itu kerana ia akan memberikan negative energy.  hmmm... tapi bila aku da mula membenci susah untuk aku berhenti membenci..

Saturday 11 May 2013

bahagiamu deritaku


trip to nowhere

im kinda person who love challenge.  suka g jenjalan ikut suka stereng aku.  bila aku stress aku akann start keta aku gi memana. but before start aku will set nak gi north ke south ke timur ke barat ke.. janji jalan. aku suka gi jenjalan ikut perasaan sampai ke destinasi pastu buat haru biru sket.. kalau cuti panjang stay for couple of days. makan kat kedai2 kampung.. best giler.. last gi genting.. breakfast kat mcd tun hussin on, lunch dekat kg sumatra kat gabai and tea dekat genting. besh... pastu turun. dinner dekat gombak

penah lepas niaga tu.. aku nak gi tengok matahari terbit la kunun.  gi bagan lalang. ahahah matahari ke mana apa pun ke mana.  bagan lalang tu tempat matahari terbenam.  tengok sunset la cantik.  kalu sunrise x lawa.. pastu lapa pnyer pasal gi lalu seremban. jenjalan. masuk ikut felda apa ntah.. singgah kedai tepi jalan makan nsi lemak. sedap giler.. tapi .. ehehe aku x sure mmg sedap or jz because of aku lapar.

on the way balik singgah nilai 3 shopping cermin.. ahahahah.. aduyai... 


dis is tok bali... cantik kan?

cameron Highland

rindu giler nak lepak Cameron Highland.  everytime pergi sana mesti lepak kat cameronian inn.  x tau napa tapi i just love the place.  i love to eat pancake.. scone.. environment dia cam mat saleh habis.  tapi x ley smoke dalam bilik tu.. tu yang boring tuh.. uhuhu.. everytime pergi sana the only ting yang aku suka buat is lepak breakfast dekat boh plantation.  tengok org dok plug daun teh.  minum tea cam mat salleh.  ahaha.. selalu kalu pegi mesti time bukaan cuti seolah sebab ku bosan kalau org ramai.  mesti harga mahal and jem.  pastu aku suka makan jagung bakar.  makan sampai lebam.  pastu gi makan stroberi cekelat. beli kat farm bukan kat pasar.  sebab? kat farm strawberi dia gemok2...





the room isnt dat bad.  rate? kalau public holiday its rm150.  so pergi hari biasa it just rm90..
yang penting ada bath tub.. boley mandi bunga.. ahahahah.. gitew


dis is the front.. amat english.. ahaha.. by the way i love english concept



ahahah dis is the best... yummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

pelangi senja

wahai sang pelangi senja muncul seketika
sayang tak ku lihat...

ku bermimpi dikau kembali...
sayang aku cinta...

~ dis song is very emotionally touched my memory.. adess

ku akui


ramlee awang murshid


im in the midst of reading this book.  its fun. org kata buku dia susah nak faham tapi aku rasa cam bisa jer.  first time aku baca buku dia btajuk Hati ku di Harajuku. terus jatuh chenta. best giler...

lara lagi

 kasih aku hanyalah untuk mu.. tiada lain dalam diri ku.. x kan berpisah walau di pisah laut biru..

Friday 10 May 2013

hepi mothers day

mama.. selamat hari ibu.  akk lupa hari ni hari ibu.  amat terlupa.  walaupun mama masih marah dgn akk, tapi akk tetap nak peluk mama.  sori terlupa mama. akk sayang sangat mama..

aku dan mama sering x seiring.  dari dulu lagi. mungkin sebab muka aku ngan mama sama. org kata panas. tapi aku sayang mama. apa pun mama kata tentang aku. aku tetap sayang dia.  mama, maafkan akk yea.  akk x mampu menjadi kebanggaan mama. aku tau mama malu nak bercerita tentang akk pada org tapi akk x kisah.  akk dah terbiasa hidup begitu. mama malu nak bercerita tentang apa kerja akk.. pendidikan akk.. dan macam2 lagi.  akk tau akk x sama mcm yang lain. mereka berjaya. mampu bagi duit yang banyak pada mama tapi akk x mampu.  biarlah apa pun anggapan mama.  sayang mama.. 
tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cinta ku..
aku pun ingin bahagia... 

bertanggungjawab

aku bertanggungjawab penuh pada diri aku atas segala perbuatan aku
apa saja yang terjadi kalau ianya melibatkan aku
maka aku anggap salah aku kalau ianya salah.
bagi aku... x guna salahkan org atas satu2 kejadian kalau aku ada ketika kejadian
bagi aku, kalau aku kuat aku dah boleh lari dari masalah sebab aku dah tau masalah akan timbul tapi aku
tetap melibatkan diri.  jadi.. mmg salah aku. terima saja lah.  mmg layak pun kena marah.
aku dah boleh agak pun apa yang akan terjadi tapi aku x mencuba lebih kuat untuk melarikan diri
alasan? sayang? jaga hati? huh...!!!!! its killing

sebab itu.. aku diam saja bila di marah oleh mama semalam kerana..
tak guna nak argue.. aku xd alasan untuk diberikan.
kalau bagi alasan lain aku takut  ia akan imenimbulkan musibah yang lagi besar
biarlah aku kunci mulut aku ketat2 biar dia terus tertutup
aku akan kembali pada dunia aku yang asal.  menjadi seorang yang reserve dan pendiam.
bagi aku baik aku berdiam diri dari aku berkata2 dan kata2 itu bisa menyakiti hati org lain.
kata ustaz aku.. lebih baik berdosa dengan allah dari menyakiti hati sesama manusia kerana
apabila kita berdosa dengan allah maka kita hanya perlu memohon ampun dari Dia tapi
berdosa sesama manusia walau sekecil hama pun selagi tidak memohon maaf dan dimaafkan oleh tuan punya badan maka tidak terbau syurga lah kita...
im scared of that.. yeaahhhhhhhhh...

damn!  kenapa lah ayat aku nie x sebaik ayat adik aku or org lain? mungux!!!
ahaha.. hanya aku sorang jer yang bca.. xp lah.. sekurang2nya aku ada tempat utk meluahkan perasaan aku.
and trust me.. i start not to believe anyone


mama.. maafkan aku..

mama...

ampun kan anak mu ini mama.  maafkan akak sebab tak mampu memenuhi impian mama.  maafkan akak sebab anak mama yang sorang ini lain dari anak2 yang lain. anak mu yang ini x berjaya seperti yang lain.  x mempunyai taraf pendidikan yang tinggi seperti mana yang lain.  ank mu ini tidak mempuyai kehidupan yang berjaya seperti yang lain.  maafkan akak sebab sering menghampakan mama dalam kehidupan.

mama..

akk telah mencuba sedaya nya untuk memenuhi kehendak mama.  akak cuba untuk tidak melawan mama.  akk cuba sedaya nya untuk menyenangkan kehidupan kita sekeluarga.  hancur hati akk bila mama menendang beg duit yang akk berikan pada mama.  mama.. duit itu duit halal. akak menyimpan agak lama. akk nak surprise kan mama .. tapi kenapa mama tendang? kalau x nak pun.  ampun kan akk mama

mama..

maafkan akk balik lambat hari ini.  akk x bermaksud langsung untuk menderhaka dengan mama.  mama, jgn dihukum akak hanya kerana kesilapan sehari.  mama.. mama.. tegur lah akk...  bebel lah macam biasa... akk x punya sesiapa untuk akk bersandar perasaan tolong lah akk mma....


Thursday 9 May 2013

tentang aku

malam tadi aku keluar dan ... aku pulang lewat. amat lewat. sudah aku beritahu.. aku tidak bisa untuk pulang lambat kerana mama ku akan marahi aku sebagaimana anak2 kecil.  mmg tiada siapa yang percayakan bila aku katakan pada umur aku yang akan mencecah 4 series ini aku masih lagi dalam kawalan mama.  aku tak boleh balik lambat. dan hari ini.. aku sampai rumah mama sedang mengambil wuduk.  mama nampak aku lambat.

perkara paling aku takuti berlaku.  mama menjerit tya aku pergi berniaga atau tidak.  bila aku katakan tidak mama marahi aku.  macam2 dikeluarkan dari mulut mama.  segala sejarah lama di ungkitnya.  paling aku x sangka mama melibas penyapu pada muka aku.  lepas tu x puas hati lagi mama angkat kerusi lipat besi itu dan membaling kerusi itu ke arah aku.  allahu akbar.. dah lama aku x kena marah macam ni.   sakitnya allah yang tahu.  mama terus memarahi aku.  mama kata aku pemalas macam babi
allah... mama kata aku penipu sebab kata nak sambung belajar tapi sampai hari ni x buat.  mama kata aku kerja politik x berbaloi.

aku naik bilik.  siap pakai baju untuk pergi berniaga.  aku cakap aku nak berniaga. mama x pandang aku.  aku hulurkan purse aku "mama.. ambil lah duit ini mama. duit halal ni ma.  mmg akk niat utk bagi pada mama dan abah untuk buat bekalan ke Haji. akk ingat nak simpan dalam akaun emas tapi xd kesempatan,"  guess wat.. paling sedih sekali mama tendang purse aku. 2x.   mama kata mama x nak duit aku.  mama.. duit akk halal ma.  akk mmg cari utk mama dan abah. bukan untuk diri sendiri.

kebetulan abah keluar dari bilik air.  aku cakap kan sama abah tentang duit itu.  abah kata ye abah tahu.  pastu aku cakap sama abah. abah kata.. abah percaya kan aku.  aku cakap dengan abah aku nak pergi kerja.  abah x bagi sebab x tido lagi.  aku cakap kat abah.aku nak pergi kerja sebab kalau x pergi nanti mama marah.  abah tiba2 keluarkan arahan " i command you not to go berjualan!"  abah.. anak mu ini keliru.

mama.. ampun kn anak mu ini  atas segala kekhilafan aku.

cham ais


this is my faberet drink ~ cham ice.  asal gi kopi tiam jer ni ler minuman yang wajib di order.  the best cham ais kat papa rich.  uhuhuhu addicted giler.  oppss.. wat is cham ais? its combination tea and coffee.  aku penah try wat sendiri masa lepak kat mcd.. tapi x jadi. x sama sikit pun.

uhuhuhuhu..  after minum cham ais mesti bersihkan ngan air kosong.  hmmm wholemeal bread err stim wholemeal bread dekat papa rich is the best. perrrggghhhhhhhhhhhhhhhhh addicted beb.  everytime pegi sana itu je la makanan feberet aku.  err.. mana2 kopitiam je lah. cham ais jadi perhatian.  tapi.. kengkadang rasa nak muntah gak. byk angin kot. uhuhu.. mesti amik ice lemon honey. lagi masam lagi sedap.  uhuhu.. bon apetite..

Wednesday 8 May 2013

politiking politikus

Pru 13 baru sahaja tamat tapi macam biasa suara2 burung tukang masih mematuk dan bising.  entah keadilan jenis apa lagi mahu mereka.  kenapa tidak mereka menerima kekalahan dan kemenangan mereka dengan tenang? berhenti lah membuat kecoh.  ini masanya untuk bekerja.  

aku muak melihat pembangkang menayangkan kununnya keganasan pemimpin sedangkan mereka sama saja. gamak mereka menahan org utk pergi mengundi? mereka sangkakan bangla sedang org tempatan!  aku muak dengan provokasi yang ada!  seolah2 mereka itu angel dan kerajaan itu semuanya  syaitan!  entah.. aku dah saksikan depan mata aku yang angel2 itu sebenarnya syaitan! xd beza pun.. hidup2 lagi da jadi pembohong

jenny ohh jenny

ari ni da hari ke 3 jenny kat spital. sik tuka dokto je.  hari ni tukar timing belt. tukar itu tukar ini .. sema sekali da dekat rm1k. uhuhuhu apa pun jenny.. demi cinta aku pada kau.. aku buat je lah walaupun terpaksa bawak ko jumpa specialist buat botox aku rela jer.  seb bek skg da lawa. huh. ley kita rempit balik kan sayang? ahahah... xmo xmo .. da janji xmo buat awak sakit lagi dah..