Thursday, 9 May 2013

tentang aku

malam tadi aku keluar dan ... aku pulang lewat. amat lewat. sudah aku beritahu.. aku tidak bisa untuk pulang lambat kerana mama ku akan marahi aku sebagaimana anak2 kecil.  mmg tiada siapa yang percayakan bila aku katakan pada umur aku yang akan mencecah 4 series ini aku masih lagi dalam kawalan mama.  aku tak boleh balik lambat. dan hari ini.. aku sampai rumah mama sedang mengambil wuduk.  mama nampak aku lambat.

perkara paling aku takuti berlaku.  mama menjerit tya aku pergi berniaga atau tidak.  bila aku katakan tidak mama marahi aku.  macam2 dikeluarkan dari mulut mama.  segala sejarah lama di ungkitnya.  paling aku x sangka mama melibas penyapu pada muka aku.  lepas tu x puas hati lagi mama angkat kerusi lipat besi itu dan membaling kerusi itu ke arah aku.  allahu akbar.. dah lama aku x kena marah macam ni.   sakitnya allah yang tahu.  mama terus memarahi aku.  mama kata aku pemalas macam babi
allah... mama kata aku penipu sebab kata nak sambung belajar tapi sampai hari ni x buat.  mama kata aku kerja politik x berbaloi.

aku naik bilik.  siap pakai baju untuk pergi berniaga.  aku cakap aku nak berniaga. mama x pandang aku.  aku hulurkan purse aku "mama.. ambil lah duit ini mama. duit halal ni ma.  mmg akk niat utk bagi pada mama dan abah untuk buat bekalan ke Haji. akk ingat nak simpan dalam akaun emas tapi xd kesempatan,"  guess wat.. paling sedih sekali mama tendang purse aku. 2x.   mama kata mama x nak duit aku.  mama.. duit akk halal ma.  akk mmg cari utk mama dan abah. bukan untuk diri sendiri.

kebetulan abah keluar dari bilik air.  aku cakap kan sama abah tentang duit itu.  abah kata ye abah tahu.  pastu aku cakap sama abah. abah kata.. abah percaya kan aku.  aku cakap dengan abah aku nak pergi kerja.  abah x bagi sebab x tido lagi.  aku cakap kat abah.aku nak pergi kerja sebab kalau x pergi nanti mama marah.  abah tiba2 keluarkan arahan " i command you not to go berjualan!"  abah.. anak mu ini keliru.

mama.. ampun kn anak mu ini  atas segala kekhilafan aku.

No comments: