Thursday 28 November 2013

tentang mama

agaknya betul kata orang tua.. bila muka mak ngan anak pompuan sama hidup mereka mesti kepanasan! huh! aku rasa benda tu amat benar sebab muka aku ngan mama cam fotostat.  cuma yang beza kan kami warna kulit je.  kulit mama agak kopi susu sebab mama mix India + Arab (ayah mama is Indian and nenek is Arabic .. uuhuhuhuhu nenek aku lawa giler.. ahah) dan aku cerah banyak banding ngan mama ehehehe sebab tone kulit aku ikut abah (siam + mynmar).  ehehe.. cam best bunyikan? banyak sangat campurannya.. tapi tak de la lawa sangat pun aku nieh tapi boleh la.. ahahaha saja nak puji diri sendiri sebab.. xd yang nak puji. ekeke... err.. penah satu masa dulu kan.. masa tu raya tak silap.  aku pegi tesco beli barang umah.  aku pakai tudung mama (masa tu aku free hair lagi).  tetiba miang nak pakai tudung mama.  tetiba lalu kat ada tempat cermin besar.  aku boleh terkejut tengok cermin tu.  MAMA!!!! camana boleh ada kat sini? huh.. naik panik aku sebab ingat mama kat depan.. uhuhu.. seb bek sedar cepat.. ahahah.. mengong! err .. aku yang mengong

korang percaya tak.. sampai umo aku dah nak masuk 40 ni.. aku hanya pernah tidur rumah orang baru 2 kali?  mama aku terlalu mengawal anak-anaknya.  balik rumah tak boleh lambat. ehehe.. tapi .. aku ada cara aku untuk lepas.  anak paling nakal.  tapi aku hormat orang tua.. ehehe..

okeh.. tentang mama.. hmm.. sepanjang hidup aku .. aku mmg agak menjauhkan diri dari mama sebab asal kami jumpa jer mesti gado.  ada jer benda nak digaduhkan.  benda kecil boleh jadi besar.  in fact.. haiisshhh..aku ni jadi punching back mama.  asal dia nak membebel jer dia cari aku.  uhuhuhu... aku lah jadi tempat dia membebel.  dia nak marah orang lain pun aku yang kena.  dia nak marah aku.. lagi la teruk kena.  kadang-kadang aku jeles tengok orang yang ada mak yang agak sempoi yang tak terlalu strict sangat.  mama aku kalah abah yang da memang askar!  and.. aku tak pernah sedar pun selama hidup ni gaya bahasa aku ngan mama sama rupanya! ahaha.. thanx to incek yan sebab sedar kan aku.  kata yan.. mama kadang-kadang dia tak maksudkan apa yang dia cakap.  dia cuba being nice tapi bunyi sinis.  errr.. aku cenggitu ke yan? uhuhuhu.. kata yan.. sebab tu orang selalu salah faham dengan aku.  uhuhu ooooooo.... but aku rasa aku better sebab aku ada ramai kawan berbanding ngan mama.. mama memang tak de kawan sebab dia jenis malas berkawan dan tak percaya orang.  pergi haji baru-baru ni banyak mengubah perspektif dia tentang kawan.  kata dia.. orang-orang kat sana anggap dia macam mak sendiri.  *ada jugak orang macam tu ye? semua orang jaga mama - dialog mama* laaaa... uhuhu.. mama.. akak ada kawan yang begitu yang menjaga akak sebaiknya yang menyayangi akak lebih dari adik beradik akak sendiri. uhuhuhu... (tenkiu guys... terima kasih kerana jaga aku sebaiknya)

mama aku is result orientation jenisnya.  dia nak tau hujung taun jer anak2 mesti dapat top 3. aku sorang jer yang tak macam tu. hmmm.. aku lembab.  tak secerdik adik beradik lain.  tapi.. mama punya impian yang terlalu tinggi terhadap aku.  mama selalu kata.. dia impikan aku duduk kije kat bilik besar.. be someone.  hmmm.. entah lah.. aku kadang-kadang memohon pada allah agar berikan mama ketenangan jiwa.  dan aku memohon allah agar beri aku kekuatan untuk terus bersabar dengan mama.   sejak mama balik dari haji aku kesihatan mama makin teruk.  kaki dia berlobang akibat diabetik.  doktor dah tak kasi mama bergerak.  sekarang aku dah jadi suri rumah ahahaha.. memasak mengemas.. huhuhu sema nya kerja yang memenatkan rupanya.   aku berdoa setiap hari semoga allah berikan aku kekuatan agar dapat bersabar dengan kerenah mama.  agar aku tidak merungut.  agar aku diberikan kekuatan setiap hari kerana kata abah..syurga bagi aku adalah dari redha ibu dan bapa aku.  

sejak mama balik dari haji.. aku tengok mama cuba berubah.  alhamdulillah.  hari tu abah masa on the way balik kelantan abah bercerita pada aku betapa mama amat menyayangi aku.  abah kata.. masa di sana mama sentiasa membeli barang untuk aku.  setiap apayang dipegangnya disebut nama aku.  waaahhhhhhh.. cam terharu jer.  harus la kan sebab aku ni anak tunggal uhuhu katanya. abah kata.. mama tak akan balik kampung kalau akak tak ikut.  dia kata tak best kalau akak tak ada. uhuhuhu.. macam pelik kan statement mama.. bila aku amik keputusan berenti kerja dan jadi henbeg mama ngan abah dia marah.  sampai skg dia still marah aku.  suruh aku pegi kije makan gaji tapi.. bila aku kerja aku dah tak boleh jadi henbeg dia!!  konpius la mama!  abah kata lagi "awak kena jaga kesihatan.  awak tu bukan la sihat sangat"  abah kata mama cukup risau dengan kesihatan aku cuma.. mama tak pandai nak express dengan cara baik.  uhuhu.. yeap.. mama terlalu panas mulutnya.  aduiyaii.. kadang-kadang bila adik-adik terasa hati ngan mama aku sentiasa tenangkan mereka.  sebab.. hanya aku sorang jer faham gaya bahasa mama ahaha.. kadang-kadang mama terlalu dramatik.. drama queen sangat.  now i know la kenapa anak perempuan mama sema kaki buat drama ahahaha... abah pesan.. sabar je dengan mama.  kalau dia marah tu dia just nak release tense dia.  uhuhu.. boleh jer gitu kan?

aku percaya.. bukan aku sorang yang punya ibu sebegini.  nasihat aku.. sabarlah.  rahmat allah tu ada jika kita bersabar.  apa pun yang mama kata.. diam kan aje.  telan dalam-dalam.  percaya lah.. dia sayang kita sebenarnya.. kan mama kan? sayang kan? ahahaha.. akak sayang mama.. doakan kita jumpa di sana In Sha allah..

Wednesday 27 November 2013

1 juzuk lagi!!

alhamdulillah.  sedar tak sedar dalam sebulan ni aku dah naik 2 juzuk alquran.  pagi semalam lepas subuh aku tiba-tiba melihat ayat yang aku baca. surah An'am.  aku terkejut sebab macam aku tak sangka dalam merangkah-rangkak aku mampu beralih juzuk dalam masa yang dekat.  alhamdulillah.

hmm.. orang mungkin gelakkan aku sebab.. aku hanya baru juzuk ke 7 tapi bangga tak hengat.  ahaha.. aku punya alasan aku sendiri.  let me tell you a story.  its begin masa bulan puasa hari tu.  Masa tu da tinggal 2 minggu nak raya kot.  so satu hari aku terjaga jam 3 pagi. dekat seminggu macam tu sampai aku jadi macam penasaran sebab awal sangat bangun.  aku tak tau nak buat apa.  tiba-tiba aku teringat pesanan sahabat nama dia Blue (bukan nama sebenar ehehe) suruh solat tahajud dan sunat.  so.. aku pun buat lah dengan berpandukan henpon canggih tu. (belum solat tengok henpon dok hafal bacaan dan step ehehe pastu bukak henpon lagi sebab nak baca doa) dah habis semua tu tengok jam banyak lagi lebihnya nak sampai time sahur.  huwaaa.... nak buat apa nieh?  aku pun capai tafsir yang dihadiahkan oleh seorang sahabat gak.  asalnya nak baca gitu-gitu jer.  tapi.. entah macamana aku mula membaca.  meleleh air mata sebab.. aku sedar dah bertahun aku tak memegang alquran dan membaca isinya.  selama ini setiap kali bulan puasa aku hanya mampu baca sampai paling tinggi 5 muka surat sahaja sebab aku rasakan amat sukar.

betapa ketika itu aku rasa terlalu kecil badan aku yang besar ni bila membaca alquran.  Lidah aku dah keras.  aku tak mampu menyebutnya.  aku tak mampu membaca alquran selancar dahulu.  setiap ayat di dalam Al-Baqarah itu amat susah bagi aku.  tajwid aku entah ke mana.  menangis aku ketika mula-mula membacanya.  ya allah.. satu masa dahulu kau pernah berikan aku kelancaran lidah dalam membaca.  satu ketika dahulu aku pernah dimuliakan sebagai seorang guru yang mengajar Al-Quran tapi hari ini aku seperti kanak-kanak yang baru melihat huruf.  aku tak boleh nak bezakan sebutan.  suatu masa dahulu.. aku adalah johan tilawah tapi hari ini ... lidah ini tak mampu nak menyebutnya.  lebih 20 tahun aku tidak menjengah Al-Quran dan membaca setiap isinya.  Allahurabbi... banyak yang telah aku lupa.

betapa aku telah jauh hanyut dalam duniawi.  malam itu aku menangis.    sungguh... aku hanya boleh membaca alfatihah dengan lancar.  yang lain? susah.. amat susah. terbelit lidah rasanya (tetiba aku teringat sahabat aku MG suruh aku masuk kelas iqrak .. ahaha biasalah ego.. mesti cakap tak nak.  sori MG ehehe).  semuanya seperti baru pada aku. 

namun.. as a fighter aku teruskan mengaji walaupun merangkak-rangkak.  Alhamdulillah.  bulan puasa tahun ini benar-benar membuka mata aku.  aku berazam untuk khatam tahun ni (aku promis adik beradik jalan pulang nak masak laksam.. eheh)  Allah telah permudahkan dan melancarkan lidah ini semula.  aku sudah mula ingat sedikit demi sedikit apa yang pernah aku belajar dahulu dan setiap kali selepas membaca Al-Quran aku amalkan membaca tafsirnya.  allahuakbar.. setiap kali itu aku terpesona dengan isinya.  seolah-olah membaca satu naskah buku yang amat mengasyikkan.  selama ini aku benar-benar buta dan ego tapi Allah telah membuka pintu hati aku untuk melihatkan kebenaranNya.  bila di baca dan dikaitkan dengan dunia yang ada hari ini aku semakin rasa rugi kerana banyak membazir masa muda aku.  

hmm.. anyhow.. sekarang aku hanya nak baca iqrak balik.  aku akan belajar sekelas bersama Amanda (anak ex-gf aku) yang umo dia 5 tahun. and.. of course su (mak amanda wanita yang gojes dan menciurkan ehehe.. err.. alhamdulillah Su pun dah diberi Allah hidayah.  in sha allah dia akan berhijab tak lama lagi.  jom doakan dia).  bagi aku .. tak kisah pun sekelas dengan amanda..  i have put my ego under my foot.  and.. last Allah has listened to my prayer.  ada ustaz ni err.. aku tak tau nama dia (terukkan aku>) bagitau dia nak buat kelas mengaji Quran untuk aku dan sahabat-sahabat seperjuangan.  PERCUMA!!.  cuma aku kena cari tempat.  so.. kengkawan.. kalau minat just let me know.  sebarkan! mana tau ada sahabat-sahabat kita berminat.  no worry.. semunya geng senget.  (ehehe ada yang lurus ke dalam ni?)  moga kita berjumpa di Jannah. in sha allah. 


Tuesday 26 November 2013

periksa lagi

morning peps!  miss me? hmmm better dont.  aku tengah struggle baca buku.  periksa jumaat ni.  tapi aku macam tak ada semangat nak hbiskan bacaan aku.  semangat yang hilang!! sumber respirasi dah tak ada.  hmmm hilang tanpa jejak.. jejak? eheheh rasa macam sebut penjejak awan ngan penjejak badai dalam citer pedang setiawan jer.  agaknya dia pun ada hikmah angin kus2 kot.. kejap jer dah ilang.. asap pun tak de.. ekekeke.. 

huwaaaaa... cepat lah rasa sakit ni pergiiiii... mana nak cari semangat nieh...?  mamak!!! bagi semangat tarik gelas besar 1! kuah asing tau! 

hmm bai.. da x ley pk.. kecuali merapu.. 

Monday 18 November 2013

jika ajal menjemput

aku mengirai rambut aku.  aku lihat segenggam rambut di tangan.  aku tarik lagi.. hmm.. banyak lagi.  aku hanya menarik nafas panjang.  aku melihat tubuh aku yang semakin mengecil.  allahurabbi.. gusi aku membengkak teruk.  terasa semua gigi aku seolah-olah bergerak lari dari paksinya.  gusi semuanya lembik. aku tak boleh menggigit atau mengunyah.  aku hanya bleh menelan.  ini akibatnya jika nikmat allah telah ditarik.  sakitnya sukar diceritakan.  tidak ada makanan yang mampu aku telan.  tonsil aku masih lagi membengkak.  hmm.. demam tak susut.  allahhh.. dugaan apakah ini?  penyakit ini makin hari makin merebak keseluruh tubuh.  kata doktor.."penyakit awak ni jahat.  dia nampak cantik diluar tapi memakan semua organ awak.  memburukkan semua isi dalaman awak" kata-kata doktor terngiang-ngiang di telinga. muka aku telah mula sembab.  maknanya .. dia telah merebak ke jantung.. hmmm... *pegang dada kiri** sakit ini menyucuk-nyucuk.  tak tau nak describe macamana.  last aku ingat aku jumpa therapist aku.  kata dia .. semua dalaman amat teruk.  amat amat teruk.  hmmmm.. *tunduk melihat kuku*  kuku pun da x cantik.  rapuh.  bukan setakat kolejen jer dah hilang.. banyak yang dah hilang.  nasib baik jer kaki tak sembab.  kalau tak.. dialisis jawabnya.  tapi.. area groin ke peha pun sakit.. camana nieh..? tangan juga mula kebas. mata pun mula kabur.. aku sudah tak mampu melihat lebih baik.  hmm.. mungkin kifarah dosa bagi aku.  moga allah mensucikan dosa-dosa aku yang terdahulu dan terkini.  mungkin ini sahaja caranya.  *banyak sangat dosa aku nieh..*

atau.. adakah allah mendengar doa aku agar memindahkan separuh kesakitan mama dan kesayangan aku kepada aku?  seandainya benar ianya termakbul, Alhamdulillah.  i have no complaint.  aku tahu mereka tidak mampu menanggung kesakitan itu.  terutama mama.  dia seorang yang tidak pernah sakit selama ini.  balik dari mekah dia sakit teruk  aku dah jadi bibik of the day.  ahaha.. no complaint.  itu hanyalah sedkit contribution pada orang tua aku. alhamdulillah.. hari ni mama dah sihat..  dah tak batuk lagi.  dah tak demam lagi.  

tiba-tiba aku teringatkan mimpi aku minggu lepas.  selepas membaca surah Al-Mulk (tabarakallazi biyadihi) aku tiba-tiba rasa mengantuk sangat dan aku pun terlelap dalam keadaan qiam.  aku dapat merasakan aku seolah-olah keluar dari tubuh aku sendiri.  aku dapat mendengar bacaan alfatihah yang dibacakan ditelinga aku.  aku dapat melihat kesayangan aku memeluk tubuh aku yang sudah terbujur. menangis meminta maaf dari aku dan berlalu pergi.  kau katakan pada aku.. kau terpaksa meninggalkan aku untuk dia.  aku melihat wajah kesayangan aku.  untuk apa baru hari ini menyesal kerana mengabaikan aku sayang?  setelah tubuh aku tidak bernyawa kenapa baru kembali? aku melihat ramai orang yang mengelilingi aku.  aku menjerit ingin lari. tiba-tiba aku tersedar.  aku melihat jam.. pukul 6 pagi. subuh.  aku terasa letih sekali dan ketakutan.  terasa segalanya seperti benar.  pelukan itu, alfatihah itu.. yassin itu.. semuanya terngiang di telinga.

bangkit dari mimpi.. aku tertanya.. adakah ajal aku telah hampir dengan aku? kata orang jika mimpi sebegitu maknanya umur aku panjang? benarkah? tapi mimpi masa subuh kot.. uhuhu.. entah.. wallahuaklam. sejak dari mimpi itu hingga ke hari ini aku merasakan yang malaikat maut berada di mana-mana menanti aku.  ya allah ya rab.. berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan mu ini.  moga kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosa aku yang hari ini dan yang lalu.

sahabat-sahabat.. seandainya tiba ajal aku ampunkan segala dosa aku yang terlihat dan tidak terlihat.  yang di dengar dan tak didengar. andainya ada hutang yang tidak terbayar jumpalah adik aku; gyna 012-6898281.  minta lah kepadanya. kesayangan.. jaga diri baik2.  maafkan saya sebab saya tak sempurna.  halal kan segalanya.  

kalau anda punya dosa pada saya.. saya telah lama ampunkan.  saya tak suka hidup dengan dendam.

namun.. apa pun .. kita wajib berjuang sebelum ajal yang sebenarnya tiba seperti kata ustaz kariman.  itu qada yang boleh diubah.  insya allah.  doakan saya tau! chaiiyookkkkk




Sunday 17 November 2013

aku pas peksa !!!!

hmm 11/11/13 aku periksa lagi.  huhuhu berapa hari hidup tak tentu hala sebab bca buku.  i cant afford to fail beb.  its quite expensive to repeat the paper. so.. aku baca buku.. sampai tak hengat tido ke tak.  aku periksa pukul 5.30 pm.  so.. banyak ample time untuk study last minit. but normally aku will choose to do past question kalau dah hujung tanduk macam tu.  knowing that ilmu nak masuk pun memang susah kalau dah nak dekat-dekat periksa tu.  dengan penuh yakinnya lepas solat subuh aku pun on lappy aku just nak play CD sebab past questions dia ada dalam CD.  guess what? Lappy aku rosak! player tak boleh nak play! aku cuba dan cuba lagi .. dengan harapan yang lappy tu xd lah rosak sebenarnya.  tapi.. huhuhu.. almost 10 am.. still sama.  atas semangat kawan-kawan aku bersiap pergi ke cyber cafe kunun nak blajar kat sana.  uhuhuhuhu .. paling syiok.. keta tak boleh start la pulak.  nak pinjam kereta abah..dia keluar pergi mana tak tau lah.  aku dah nampak dah air mata kat hati aku tengah bertakung nak tunggu pecah.  tapi .. stay positif.. yes positif.. *jari telunjuk kat kepala macam dr. azizan othman*   
jadi.. aku pun membodek ayahnda untuk hantar aku ke CC di Taman Impian Ehsan (itu jer yang terdekat pun.  rumah aku jauh dipendalaman.  uhuhuhu rasa cam orang kampung pun ada tapi nak buat macamana sebab dulu aku pilih kedamaian dan kehijauan bumi.  err.. tapi skg sema tu da hilang... huhuhu)  ehh.. jauh citer.. eheheh..  sambung.  pastu kami pun menghala lah ke cc tersebut dan guess what.. CC tu tutup!!! huh! tutup!! y???????? y at this moment? huuwaaa... aku try pegi kat area impian maju yang jauh dari tempat aku.. dan.. yes!!!! tak ada! aku hati aku da menangis dah. diam tak mampu nak bercakap apa.  aku bukak.. tutup buku.. last2 cam biasa.. tembak jer baca.  buat spot question sendiri.  uhuhu

masa nak gi peksa tu.. aku suruh abah hantar dekat KL tempat peksa tapi abah refused.  abah sok naik ketapi.  tengok jam.. ada sejam lagi  kot.  hati dah gelisah.  tiba kat masjid jamek aku pun turun la sebab kawan kata hentian kat Sultan Ismail tu kena naik Putra.  aku pun berlari2 anak gajah pegi stesen Putra and guess what... sekali lagi.. perkara best jadi.  budak kat counter tu siap amik map tunjuk kat aku.. "akak kalau nak gi kat perhentian sultan ismail akak kena naik train yang sebelah sana tu *tunjuk arah STAR*" aku tengok budak tu tak terkelip-kelip.  errr.. itu ktapi yang aku nik tadi tu .. huh.. !!! da jatuh digolek stim roll.  tengok jam.. 20 minit lagi senah!!! aku pun.. hmm.. tetiba boleh jadi sprinter lak haritu.  sepantas kilat aku berlari. tngok train x sampai lagi.  air mata da meleleh dah. zikir.. zikir.. zikir.. tetiba nampak ketapi sampai!! yes! berlari sekali lagi! da x boleh duduk dah.  sampai jer kat stesen Sultan ismail aku berlari lagi.. ahaha aku lari? percaya lah.. aku lari yea..!! sampai jer kat tempat peksa.. ada 5 minit lagi. ahaha amazing giler!  boleh sempat kencing and cuci muka bagai.  

allahuakbar.. habis episode dua. masuk chapter 3.  bila pegawas peperiksaan kata key in ic, baca arahan dan mula menjawab aku da cam nak pengsan bila tengok soklan.  ya rabbi... apa jenis soklan nieh???? huwaaaaa.. nyesal kot jawab dalam bahasa melayu.  sepatah haram pun aku tak paham.  sabit tu dr. mahathir suruh belajar matematik dan sains dalam English. y?  ini lah jadi nya bila teks dlm bahasa inggeris di melayu kan.  sepatah haram aku tak paham! tapi orang melayu kita ego! siap cakap Jepun tu tak pandai cakap English pun negara dia maju.  itu jepun ngok!  tengok revolusi pembinaan dan rekacipta dorang bermula bila? sapa kata dorang tak belajar English? dorang belajar english dan teknologi dan sebarkan di negara sendiri tapi orang kita?  orang kita suka bangsa sendiri bodoh! suka sangat jadi ketam! khianat! dengki! tak ada displin.  tengok bangsa lain. tengok bosnia! dalam keadaan berperang pun tapi mereka tetap berdisplin.  aisseehhhh... kita suka jadi sang kitul jer.. ahah adeii melalut.  err..okeh.. 

ahaha aku sempat menangis depan pc.  sebab.. aku da bayang aku kena repeat paper.  uhuhuhu amat sadis bila baca.. underwrite jadi underait.  grace period jadi waktu senggang.. cam nak pengsan aku.  uhuhuhu.. and.. masa nak kena print result tu.. aku siap berdoa panjang2.. siap tahan nafas lama-lama.  and.. ehehe.. aku pas peksa! ekekeke.. rasa nak menjerit.  aku pas! masa tu rasa nak menjerit nak shuffle.. tapi.. aku xd sapa nak di share story aku.  hmm.. *tunduk...kesayangan ..?**

i ended my nite dengan berjalan kaki dari Jalan Sultan Ismail sampai Masjid Jamek.  it was spectacular nite because .. it has been sometimes i didnt walk that far.  i watched buskers busking wonderful songs. i bought 2 pairs of shoes.. and.. i feel wonderful.  

Sunday 3 November 2013

kifarah dosa

bila melihat mama sampai KL aku rasa sedih gila.  mama agak kurus.  batuk tak berhenti.  nampak letih sangat muka dia.  tapi.. bersih giler muka abah dan mama.  abah nampak kurus sangat.  bila polok abah rasa tulang. uhuhuhu.. masa kat airport tu abah cam tak nampak aku.  sedih gila rasanya. uhuhu abah boleh gi salam semua orang kecuali aku. uhuhu puas la aku tadah tangan nak salam. uhuhu... abah botak.. ehehe... comel abah aku yang sorang nieh.. err.. i dun have other abah 

back tu cerita kifarah.. aku tanya abah.. kenapa bila mama kena batuk?  kesian mama tu.  abah cakap.. mama kena baru tiga hari sebelum balik Malaysia.  sebab apa? sebab.. masa kat Mina dia dok dengar orang batuk dan berkahak.  (mama seorang yang amat penggeli)  dia pun cakap " hisshh.. geli la orang nie.  batuk tak berhenti"  terus esok nya mama demam panas dan batuk.  sampai sekarang mama batuk tak berhenti.  kesian tengok mama terbongkok tahan batuk.  tidur merengkot.  adoiii... kesian mama.  

abah pun sama.  masa kat sana masa abah kat arafah.. aku minta abah hantar gambar dekataku sebab rindu sangat nak tengok abah dan mama kat situ.  aku tringin nak tengok gambar tempat-tempat kat situ.  so.. abah pun jawab "abah tak nak ambil gambar.  abah nak ibadat. jangan ganggu abah sampai abah habis haji"  uhuhuhu.. and.. abah kata dua hari lepas tu bila abah nak amik gambar kat arafah tu hp abah langsung tak boleh nak on.  kamera handphone abah rosak terus.  sampai tadi abah cuba nak hidupkan hp dia tak boleh.  uhuhuhuhu.. terus aku sengih kat abah.. abah ngaku yang itu kifarah dosa abah.  tapi abah.. uhuhu sekeping gambar pun tak ada kot.. aduyai... nak nengok pun tak ley... 

len kali kalu abah ngan mama gi sana jgn cakap apa-apa tau...

Saturday 2 November 2013

carrot cake


this is carrot cake given by my close friend Su.  i love carrot cake very much.  rasa dia.. amat la sedap.. ada walnut lagi kat dalam. atas nya topped by creammy cheese.  meoowwww... uhuhuhu.. aku ley habis satu bijik nie sengsorang kot. uhuhu.. tapi.. x sempat nak makan dah orang lain makan.. ahaha... adehhh...


yang ni kek carrot secret resepi.. aku banjer diri aku sendiri for my besday.. eheheh.. kesayangan bizi sangat.. nak wat camana.. uhuhu banjer je lah diri sendiri...


 ini carrot cake made in swiss garden KL yang dibelanja oleh beliau.. beshhh yang paling osemmmm.. ahaha... seb bek aku x masuk spital sebab.. carrot cake all the way.. uhuhuhu..