Monday 18 November 2013

jika ajal menjemput

aku mengirai rambut aku.  aku lihat segenggam rambut di tangan.  aku tarik lagi.. hmm.. banyak lagi.  aku hanya menarik nafas panjang.  aku melihat tubuh aku yang semakin mengecil.  allahurabbi.. gusi aku membengkak teruk.  terasa semua gigi aku seolah-olah bergerak lari dari paksinya.  gusi semuanya lembik. aku tak boleh menggigit atau mengunyah.  aku hanya bleh menelan.  ini akibatnya jika nikmat allah telah ditarik.  sakitnya sukar diceritakan.  tidak ada makanan yang mampu aku telan.  tonsil aku masih lagi membengkak.  hmm.. demam tak susut.  allahhh.. dugaan apakah ini?  penyakit ini makin hari makin merebak keseluruh tubuh.  kata doktor.."penyakit awak ni jahat.  dia nampak cantik diluar tapi memakan semua organ awak.  memburukkan semua isi dalaman awak" kata-kata doktor terngiang-ngiang di telinga. muka aku telah mula sembab.  maknanya .. dia telah merebak ke jantung.. hmmm... *pegang dada kiri** sakit ini menyucuk-nyucuk.  tak tau nak describe macamana.  last aku ingat aku jumpa therapist aku.  kata dia .. semua dalaman amat teruk.  amat amat teruk.  hmmmm.. *tunduk melihat kuku*  kuku pun da x cantik.  rapuh.  bukan setakat kolejen jer dah hilang.. banyak yang dah hilang.  nasib baik jer kaki tak sembab.  kalau tak.. dialisis jawabnya.  tapi.. area groin ke peha pun sakit.. camana nieh..? tangan juga mula kebas. mata pun mula kabur.. aku sudah tak mampu melihat lebih baik.  hmm.. mungkin kifarah dosa bagi aku.  moga allah mensucikan dosa-dosa aku yang terdahulu dan terkini.  mungkin ini sahaja caranya.  *banyak sangat dosa aku nieh..*

atau.. adakah allah mendengar doa aku agar memindahkan separuh kesakitan mama dan kesayangan aku kepada aku?  seandainya benar ianya termakbul, Alhamdulillah.  i have no complaint.  aku tahu mereka tidak mampu menanggung kesakitan itu.  terutama mama.  dia seorang yang tidak pernah sakit selama ini.  balik dari mekah dia sakit teruk  aku dah jadi bibik of the day.  ahaha.. no complaint.  itu hanyalah sedkit contribution pada orang tua aku. alhamdulillah.. hari ni mama dah sihat..  dah tak batuk lagi.  dah tak demam lagi.  

tiba-tiba aku teringatkan mimpi aku minggu lepas.  selepas membaca surah Al-Mulk (tabarakallazi biyadihi) aku tiba-tiba rasa mengantuk sangat dan aku pun terlelap dalam keadaan qiam.  aku dapat merasakan aku seolah-olah keluar dari tubuh aku sendiri.  aku dapat mendengar bacaan alfatihah yang dibacakan ditelinga aku.  aku dapat melihat kesayangan aku memeluk tubuh aku yang sudah terbujur. menangis meminta maaf dari aku dan berlalu pergi.  kau katakan pada aku.. kau terpaksa meninggalkan aku untuk dia.  aku melihat wajah kesayangan aku.  untuk apa baru hari ini menyesal kerana mengabaikan aku sayang?  setelah tubuh aku tidak bernyawa kenapa baru kembali? aku melihat ramai orang yang mengelilingi aku.  aku menjerit ingin lari. tiba-tiba aku tersedar.  aku melihat jam.. pukul 6 pagi. subuh.  aku terasa letih sekali dan ketakutan.  terasa segalanya seperti benar.  pelukan itu, alfatihah itu.. yassin itu.. semuanya terngiang di telinga.

bangkit dari mimpi.. aku tertanya.. adakah ajal aku telah hampir dengan aku? kata orang jika mimpi sebegitu maknanya umur aku panjang? benarkah? tapi mimpi masa subuh kot.. uhuhu.. entah.. wallahuaklam. sejak dari mimpi itu hingga ke hari ini aku merasakan yang malaikat maut berada di mana-mana menanti aku.  ya allah ya rab.. berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan mu ini.  moga kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosa aku yang hari ini dan yang lalu.

sahabat-sahabat.. seandainya tiba ajal aku ampunkan segala dosa aku yang terlihat dan tidak terlihat.  yang di dengar dan tak didengar. andainya ada hutang yang tidak terbayar jumpalah adik aku; gyna 012-6898281.  minta lah kepadanya. kesayangan.. jaga diri baik2.  maafkan saya sebab saya tak sempurna.  halal kan segalanya.  

kalau anda punya dosa pada saya.. saya telah lama ampunkan.  saya tak suka hidup dengan dendam.

namun.. apa pun .. kita wajib berjuang sebelum ajal yang sebenarnya tiba seperti kata ustaz kariman.  itu qada yang boleh diubah.  insya allah.  doakan saya tau! chaiiyookkkkk




No comments: