Wednesday 30 October 2013

Hepi Besday!!

lepas aku publish entry pasal demam aritu ramai yang tanya dekat aku kenapa aku nak skip 29/10.  nak tau napa? it was my birthday.  aku memang mengelak untuk mengingati tarikh 29/10.  aku tak nak tarikh tu ada.  kalau blh aku simpan ketat2.  normally tiap2 tahun aku celebrate dengan parents aku. mama akan selalu belikan aku hadiah.  aku just nak handbag dari dia sebab mama selalu beli yang mahal dan cantik.  taste mama on handbag is very good.  dia pernah try beli benda lain cam kain and.. ahaha i dun like.  pernah aku return kan balik dekat dia hadiah yang dia bagi.  ever since that.. aku cakap beli handbag sudah la.. beli sesuatu yang dia tahu.  bak kata Dr. Azizan Othman .. kalau mahu kaya dan berjaya buat sesuatu yang kita tahu. 

why am i trying to avoid my birthday?  hmmm.. dulu masa muda-muda aku tak pernah avoid pun.  i will enjoy the gifts. ahaha.. dulu me will force my siblings to give me gift and i have to gift to them la kan.  nak buat macamana.  pecah kaca pecah gelas.  tapi bila meningkat berubur ni aku macam nak lari.  its sign of age kottt ekekekeke.  

ok.. back to subject.. first aku tak suka birthday sebab .. umur yang meningkat.  ahahaha.. im getting older and not wiser.  kalau boleh aku nak tahan umo aku 28 forever (bagi aku umur 28 ialah umur paling sexy sekali dalam hidup setiap orang.  sexy is very subjective yea! tak mau ingat fizikal jer).

second.. aku benci nak tunggu.. sapa nak buat surprise dekat aku. ahahah.. aku tak nak berharap ada orang ingat its my birthday.  aku malas nak letak date of birth kat fb sebab yang wish to sema fake jer.  dorang wish sebab ada notification.  kalau tak.. ada ke dorang nak wish? yang betul-betul sahabat tahu bila birthday aku.  ahaha .. diva sangat ke ko senah sampai sema orang nak kena tahu birthday kau bila kan?  *sentap ngan statement sendiri*  bila nak dekat kul 12 jer aku bdebar sebab nak tengok sapa wish first.  ahaha of course la aku harap kesayangan yang akan jadi orang pertama (kalau ada) uhuhu. normally aku akan tido awal.  tapi kalu dulu masa dengan ita dia akan ajak minum kat luar pastu buat surprise and bagi hadiah.  esoknya spent time sama-sama lagi.  masa aku ada team futsal dulu.. uhuhu jangan cakap la.. azab dikerjakan dorang.  bukan setakat telur tapi dorang bagi tepung ubi. habis rambut aku.  surprise paling best aku penah dapat dari budak-budak downtown.  tengah lepak dok tunggu time poco-poco tetiba yusnedi.. budak paling kurang ajar paling kurus sekali kat situ buat skipping dengan wayar dia sambil nyanyi lagu hepi birthday.  ajim pulak tonggeng kat aku dengan bukak seluar.  and.. lorong jagaan aku (aku bunda kawasan ya!)  belanja aku makan untuk sehari.  pilih jer nak makan apa! ahaha.. and i got handphone black berry.  gilakan? dorang kumpul duit and beli.  aku cam terkejut. gila ke apa korang nieh?!!!!

tahun ni aku agak kesedihan sebab keseorangan.  mama ngan abah tak ada.  kalau tak bila aku bangun pagi mama ngan abah akan wish dulu. but mama ngan abah tak lupa.  dia ada wish dari sana.  suwitkan? eheheh tapi kan.. aku dah sms abah mintak izin nak kuarkan duit dia bagi dulu.  aku nak beli someting.  but.. aku ingat aku alone this time but am not. kesayangan aku wish aku. ahahah besh.. aku dapat jadi apprentice to one of speakers yang aku suka and dia banjer kek carrot yang sedap di swiss garden ye!  and.. again petang dia banjer dinner.  ko ada? ahaha.. cuma.. aku nak sangat kesayangan aku ajak aku keluar makan bersama.  hmmmm... itu yang aku benci.. berharap. saya benci untuk berharapkan awak ada di sisi dan meraikannya.  entahlah.. maafkan saya.  

p/s : semalam aku belanja diri aku sendiri.  makan carrot cake, minum lemonade, beli buku and.. pen. ehehe aku nak beli perfume tapi terlupa.  err.. talking about perfume.. my mantan suka belikan aku perfume.  ehehe... 


  


Tuesday 29 October 2013

L.O.V.E


teringat semalam .. tengok citer Korea.  its about a writer yang nak cari idea untuk menulis.  so.. dia cari girls nak jadi bahan menulis.  finally dia jumpa a girl yang cantik dan agak weird.  dia gunakan awek ni untuk plot citer dia.  dia fall into her. ahaha.. yang comelnya.. masa first time dia make love dengan awek tu.  macam biasa la bila dah nak orgasm awek tu angkat tangan dia. punya lah terkejut jantan ni bila tetiba tengok ketiak awek tu berbulu.  ahaha.. jantan ni tak hensem okeh.. but  ahahaha.. comel giler expression muka jantan ni bila tengok bulu ketiak tu.  alasan awek tu ialah.. people at Alaska dont shave their underarms.  comel kan? ahahaha.. alasan tu amat chomel.  errr.. awek tu dari alaska dalam citer tu. and.. lagi comel bila jantan tu pujuk pompuan tu untuk teruskan to have sex.  siap berbual ngn bebuluan itu. anyhow perempuan tu pun gunakan jantan tu untuk photography gallery dia. so .. kira dalam citer tu.. mereka saling menggunakan antara satu sama lain untuk berjaya. the guy berjaya menjadi writer terkenal dengan tajuk citer "wanita berbulu" ahaha cute..

may be life memang macam tu kot.  kita akan menggunakan antara satu sama lain hingga kita tak sedar kita menyayangi orang yang kita sayangi.  menyayangi dalam erti kata sebenar.  or lagi tepat.. IN LOVE.  asalnya hanya untuk bergembira dan  akhirnya hati tidak boleh menipu akan perasaan yang hadir.  bila lelaki itu sedar yang perempuan itu menggunakan dia, dia terasa marah dan piss off.  the best part awek tu rupanya tahu yang jantan tu juga gunakan dia cuma dia tak reveal sebab dia hanya ingin menikmati cinta. the guys like tergamam bila tau yang perempuan tu tau siapa dia sebenarnya. dia rasa macam terpukul bila perempuan tu cakap.. "kau gunakan aku untuk karya kau jadi aku juga gunakan kau untuk karya aku tapi aku lebih mencintai kau dari kau mencintai aku.  tidak ada siapa yang keji dalam konteks kita" 

finally they broke up and.. the guy just realise that he in love with the girl bila awek tu decide to quit job and return to alaska.  lelaki ini amat ego sampai kan dia tak cari pun awek tu dekat airport.  and .. bila the girl dah tak ada baru dia sedar yang dia amat menyayangi perempuan tu dan dia meroyan.

for all this while dia ingat dia rasakan tak mencintai awek tu.  bukan tak cinta tapi just untuk mengisi hati dia.  dia katanya bosan dengan bulu ketiak perempuan tu. bosan dengan itu bosan dengan ini. sepanjang the relation, dia macam buat tak endah dengan perempuan tu.  perempuan tu yang beria minta dia buat surat, buat note untuk perempuan tu dengan alasan.. bila lelaki itu tiada dan sibuk dia akan baca note itu again and again. (errr.. i how how it feels.  believe me).  lelaki tu just ignore dengan bagi alasan ketandusan idea.  

finally.. bila perempuan tu dah tak ada.. dia amat merindui wanita berbulu ketiak itu. its too late bila awek tu rasa.. lelaki tu dah tak perlukan dia and she walked away back to Alaska. hmm..sedih.. love is someting.. u have to keep it wen u really in love.  you will never find someone like that.  u will never have the same feeling anymore.  u will never meet the same girl.  belajar menghargai sesuatu itu sementara ia masih ada.  jangan hidup dengan bertiangkan ego kerana ego itu yang akan membunuh diri.

for me.. when i really in love.. saya akan pertahankan hubungan itu dengan apa cara sekali pun.  saya hanya akan berhenti bila dia tidak lagi mahu bertahan. 

Sunday 27 October 2013

demam


lama dah hidup tak kena demam teruk.  masuk hari ni dah 4 hari kena demam.  malam tadi temperature  agak tinggi. menggigil dalam comforter. semuanya serba tak kena.  dengan batuknya.. dengan bersin nya.. segalanya menyakitkan.  dan.. yang menyakitkan apabila terpaksa melalui segalanya sendirian.  selalunya aku ada mama dan abah yang sabar layan kerenah aku bila demam tapi sekarang mereka di Mekah.  uhuhu.. balik ni haji rasidi dan hajah mariah la mama aku ek.. !!  camana agaknya mama.. entah2 kurus sangat sebab mama tengah demam teruk sekarang kat sana.  mesti mama ngan abah terkejut tengok aku makin besar.. uhuhuhu...

hmm.. entah apa yang merasuk tekak aku nieh nak ais lemonade dengan bubur nasi papa rich.  macam nak menangis sebab tak boleh bangun.  cari panadol tak jumpa.  entah mana mama letak semuanya.  aku gagahkan diri bangun.. cuba buat bubur nasi lain pulak yang jadi.  jadi nasi!!! uhuhuhu aku silap bubuh beras.  patut letak segenggam ni aku letak satu pot.  memang tak jadi la kan.  lambat nak jadi nya.  last-last aku just makan sayur.  sup sayur yang ada dalam peti ais. uhuhu... jadi lah kot dari tak de langsung.  

hmm.. aku tahu bukan aku sorang yang mengalami keadaan begini.  ada ramai lagi yang menghadapi masa sakit bersendirian dan keseorangan.  cuma.. kesakitan ini mengajar aku untuk memahami perasaan sahabat-sahabat aku yang yatim piatu.  hmm.. sedih.  bila mama dan abah tak ada.. semuanya berbeza.  segalanya kena hadapi sendiri.  adik beradik pun dah lain.  semuanya berbeza.  cuma.. rindukan ali terubat sebab abe panggil adik beradik berkumpul.  dapat la merasa nasik goreng.. ehehe.. hari sabtu .. yea.. hari sabtu abe panggil semua adik beradik berkumpul.  ada ke patut dia soh aku yang tak larat ni masak!  abe mmg suka mengarut.  aku rasa hepi sebab.. abe aku menjalankan tanggungjawab dia.  untuk pertama kalinya. *aku dah penat menjadi anak sulung*.  cuma.. sekarang ni aku dah tau apa yang aku akan hadapi kalau benar abah dan mama meninggal.  hmm.. 

balik pada cerita demam.  aku rasa .. aku tahu kenapa aku demam.  selain dari perubahan cuaca, stress buat aku kena gastrik dan demam.  cuma malam tadi aku agak over la.. entah apa kenanya malam tadi aku meroyan kejap.  entah kenapa aku rasa.. aku mahukan lengan besar untuk bersama dengan aku.  aku hanya mahukan seseorang berada di sisi aku.  berbual dan ketawa.  aku hanya ingin seseorang untuk tidur bersama dan membelai dan memeluk aku sehingga aku tertidur.  mungkin aku amat rindukan kesayangan aku.. entah lah.. aku rindukan dia sampai aku boleh menangis malam tadi!! menangis beria .. sampai terlelap.. hmm..   sakitnya tulang temulang nieh.. tapi .. hari ni aku nak tidur. aku rasa cam tak mau bangun sampai esok.  aku nak bangun selepas esok.  uhuhuhu.. kalau boleh aku nak skip esok.  kalau boleh aku tak nak esok ada dalam kalendar aku. boleh ke? 

p/s  :  awak bz kan? saya amat memahami tau... nanti dah tak bz awak hello saya tau.. saya tunggu tau.. 

Wednesday 23 October 2013

this is the day

so.. hari ni tiba masanya yang menentukan nasib aku.  hari ni peperiksaan PCE dan CEILI untuk mengesahkan aku sebagai ajen tapi.. aku kesal sebab ia berlangsung tidak seperti aku minta.  aku telah minta supaya peperiksaan di postpone ke tarikh 11/11/2013 sebab aku tak bersedia untuk periksa.  setelah sign segala dokumen mereka kata ok.  tiba-tiba tengahari tadi manager aku cakap aku kena menduduki peperiksaan itu hari ini juga sebab undang-undang baru mengatakan aku tak boleh postpone.  

aku tergamam.  aku memang tak habis baca lagi.  orang lain mungkin boleh baca satu hari dengan laju tapi aku tak boleh.  aku slow.  aku have to study all nite long.  dengan penyakit yang ada ni aku tak pasti.  tambahan aku tak ada CD player.  aku terpaksa pergi rumah abang aku ambil lappy lama aku.  hmm besar gila bila bukak laptop tu.  maklumlah skg dah terbiasa hidup dengan notebook yang comel.  sekali kena pakai laptop lama. humaaaakkk aii bosa yo.  err.. anyhow..  entahlah.. aku just wonder.. kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat? lembap tu just alasan atau memang aku ni memang slow?  or aku just beralasan? or aku just pemalas dan tak fokus?  kalau orang lain boleh kenapa aku tak? semua kata aku ada masa lagi.. semua kata aku boleh buat..tapi.. entah lah... just... wish me luck.  hmmm... 


Tuesday 22 October 2013

jet lag

aku terkena jet lag!  mata tak boleh nak tidur seperti sebulan yang lalu.  puas aku cuba memujuk otak aku untuk mengisyaratkan pada mata .."tido la weeeiiiiii" .. uhuhuhu.. kempen dah habis.. tapi otak ni tak boleh lagi nak tido.  ni akibatnya kalau dah sebulan tido pukul 4 pagi.  rose.. u are in reality.. wake up..!!! resume life as before!!  

bangun pagi cam biasa la wei.. uhuhuhu ni dah biasa tido jam 5 lepas tu bangun tengahari.  nasib baik mama dan abah takde.  kalau ada? pengsan aku.  ni masa untuk fokus pada kerja

kesayangan.. gerakkan saya pagi nanti sebab saya ada appointment.. boleh tak?

Thursday 17 October 2013

selamatkan mama...

buat masa ini .. aku hanya perlukan bahu untuk aku labuhkan kepala aku.  aku perlukan telinga untuk mendengar kesedihan aku.  you dun really have to say a words.  just be there for me. 

malam tadi .. aku dapat berita dari tanah suci.  kaki mama makin membengkak.  mama sudah tak mampu berjalan. lubang akibat diabetic nya makin membesar.  allahu rab.. kesian mama.  aku tidak mampu tidur.  tekanan pertandingan ini benar-benar membunuh aku dan ditambah dengan berita tentang mama.. aku amat tertekan.  ke mana aku hendak luahkan rasa ini?  bahu mana yang mahu aku pinjam? aku hanya mampu berdoa sepanjang malam.  menujukkan ketabahan aku dengan senyuman palsu. ketawa yanng dibuat-buat.  

sepanjang malam aku hanya mampu sedekah kan al-waqiah.  bila aku telefon abah.. abah juga demam. batuk.. ya allah... kau permudahkan lah urusan kedua mereka.  aku hanya mahu mereka kuat menghadapi dugaan mu ya rab.  ibu aku seorang yang rapuh.  dia tidak mampu menahan sebarang kesakitan seperti aku.  ya allah... ringankan bebanan ibu bapa ku.  permudahkan urusan mereka di tanah suci mu... 

**kesayangan.. saya tak perlukan apa-apa.. saya hanya perlukan pelukan awak..**

bila mama tiada - salam eidul adha

salam eidul adha kepada semua.  camana raya? banyak dapat daging? aku? hmmm... raya macam tak raya jer.  semalam memang mula-mula tak rasa macam nak raya sebab.. memikirkan tak ada orang nak datang rumah.  ingat nak tido jer lah.  tapi ntah camana bila tengok orang prepare raya aku pun rasa nak buat someting untuk raya.  for the first time la katakan.  adik beradik pun kata nak berkumpul pagi-pagi raya.  so.. amat eksaited lah.. macam-macam aku beli.  bahan untuk buat lontong, sambal kelapa, ayam masak merah, kuah kacang.. huii.. ambitious giler.

tiba-tiba.. aku dapat message yang menarik. adik bongsu aku tak jadi datang.  sebab laki dia soh pegi klang. adik lelaki aku pulak kata.. dia datang lepas habis potong lembu.. hmmm.. abang aku? ahahaha.. gelak dulu apa-apa pun.  tanya kabar aku pun tak.  tiba-tiba rasa penat.  rasa cam sedih sangat bila tengok barang-barang yang dah dibeli tu.  hmm..   sebagai kakak.. aku nak adik beradik aku bekumpul di rumah di pagi raya.  bukan bawa diri merata-rata.  aku tahu mereka ada hak untuk kemana pun tapi.. aku hanya ingin mengekal kan tradisi semasa abah dan mama ada.

benar kata mama.. kalau mama tak ada satu hari nanti semua adik beradik akan membawa haluan sendiri.  yang tinggal hanya lah aku.  ye.. hanya aku.  allahu rabbi.. sunyi nya rasa.  aku rasa amat down.  aku hanya memerhatikan barang2 yang dibeli.  pertama kali dalam hidup.. aku tak punya rasa untuk beraya.  pertama sekali aku bersendirian. terasa pedih hingga ke jantung bila mendengar takbir.  benar kata mama.. bila mama tiada aku akan kesunyian.  esok kannya pun aku masih sendirian.  kata adik.. dia akan datang selepas solat sunat raya.. tapi.. hingga petang.. hanya bila petang dia muncul.  abang aku .. seolah-olah aku tidak wujud.  

aku tahu apa yang perlu aku jangka kan bila mama dan abah tiada satu hari nanti.  alone but alone.. no body but nobody. its only me.. 

p.s :  terima kasih kesayangan kerana menenangkan hati ini... 






Sunday 13 October 2013

do wateva you wanna do



i am now do wat i wan to do.. and careless of pleasing people because.. they will not be at your side wen u really need them..

Rahsia berniaga cara cina


RAHSIA BISNESS ORANG CINA (PART 1)

1.  Bisness bagi bukan satu kebolehan semulajadi.  berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari

2.  Peniaga tulen tidak takut kepada cabaran Peniaga palsu yang cari untung singkat dan tak peduli tanggungjawab sosial.

3.  Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan

4.  Orang Cina suka berhijrah

5.  Bangsa Cina paling fleksible.  mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan.  mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada

6.  kepercayaan orang cina .. orang berniaga tidak akan dipandang rendah malah duni perniagaan menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7.  Orang yang bekerja makan gaji di anggap belum lagi dewasa

8.  Orang yang berniaga di anggap golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan

9.  Orang Cina Percaya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh berjaya (huh.. ini yang aku tengah buat nieh... moga dipermudahkan)

10.  Kejayaan dan kegagalan bergantung pada SIKAP, USAHA DAN KEYAKINAN (means attitude ye rose.. jaga atitude)

11.  Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang

12.  Orang Cina mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka

13.  Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.

14.  Dalam Falsafah perniagaan orang Cina perniagaan tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaan.

15.  Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

16.  Konsep perniagaan orang cina tidak suka Makan ataupun mencari untung seorang.  mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan seorang sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain kerana mereka tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. mereka bergantung antara satu sama lain.  (hmm.. sebab tu mereka berkoperasi tak macam orang kita yang suka buat sengsorang)

17.  Peniaga Melayu suka berniaga ala mee maggi.  terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan.  peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

18.. Peniaga bermusim tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina

19.  Orang Cina menekankan kepentingan "Siapa cepat dia dapat"  orang kalah kerana lambat bertindak.  Fast Action Fast Result!






Karma

semalam 12/10/2013 adalah hari penentuan bagi usaha aku selama beberapa minggu.  hasil yang menentukan maruah aku di mana sebagai seorang strategist.  result..? kalah. ehehehe.. well.. expected.  maklumlah anak didik aku lawan dengan giant kot. tok guru lawan juga tok guru aku.  hmm.. melihat keadaan hari tu.. aku dah boleh agak keputusan.  kenapa?

pertama nya.. aku dah suruh datang awal si Ju dan askar dia datang lambat.  aku dah cakap.. kena datang awal sebab nak counter balik mangkuk-mangkuk ayun hari tu.  so.. bila lambat advantage akan diambil oleh pihak lawan.  so.. true enuf sebab apa yang aku lihat pihak lawan sempat mempengaruhi undi.

kedua .. bila aku suruh buat list perwakilan.. dia tak buat.  so.. kelam kabut yang amat sampai pihak lawan boleh kacau meeting.  aku suruh bantah dia boleh lak dok diam.  bagero tul. uhuhu..  orang lain yang bertanding aku lak yang sakit perut.  tapi seronok tengok kawan-kawan pemimpin haluan kiri semua datang untuk memberi kata semangat pada ju.

punya lah lama tunggu keputusan,.  pukul 11 malam baru dapat keputusan.  yeap.. memang benar telahan aku yang Ju kalah.  dan.. paling best.. achik yang bertanding naib pun kalah tipis 9 undi.  aku hanya tersenyum mendengar berita itu.  well achik.. wen u called me looser i told myself i'll show u the way out.. now the table turned to you.  marah jugak si achik nieh.  siap dia tuduh lawan dia pakai bomoh.  hmmm.. bab tu aku tak masuk campur.  tapi aku seronok bila tau achik kalah.  hakikatnya.. aku tak tau nak express perasaan. 

tapi.. aku tak nak gak lawan dia menang sebab mangkuk tu hanya akan bawa kepada kemusnahan manusia sejagat.  jadi nak tak nak aku terpaksa menyokong achik sebab aku tak mahu lawan menang.  tapi .. macam aku cakap.. senjata makan tuan.  dia sendiri kempen memburukkan ju. jadi.. bila dia kalah dengan 9 mata dan .. 9 mata tu dari kawan-kawan kecintaan dia.  

ahaha..aku hanya mampu memulangkan paku buah keras aku.  kau selama ni panggil aku looser now siapa yang looser kan? ko buat komplot jahat last-last.. kau kalah sebab mulot kau je cik senah weh..   kalau dia dengar cakap aku.. aku nak nasihatkan dia.. "dik, kau paham tak.. dalam politik tak de kawan tak de lawan.. sema sama jer.  yang ada adalah diri sendiri.  kalau kau tolong si A pun.. kau hengat dia tak tolong si B? mesti dia akan tolong sebab si B sparring dia.  tapi kau.. dok sokong si A tapi mengutuk si Jue."  sekarang.. amacam? besh tak?  hidup la korang ngan si khinzir tuh.  ahahahaha.. opppssss kasar bahasa aku nieh.  jangan marah ye kesayangan.. saya amat teruja.

so dik.. len kali orang tua cakap ko kena dengar.  jangan suka-suka nak menikam.  salah tikam ko gak yang tertikam diri sendiri.  ni yang orang kata karma.  best tak dik?  len kali buat jahat lagi yea.. lalalalalalal..

Friday 11 October 2013

murah tapi mahal

yesterday aku pergi AEON Jusco member card sale. the sale wasnt that good this time.  tak ada yang menarik sangat this time. but.. dalam tak ada yang menarik tu pun aku end up buying 3 pieces bra and 2 pairs of shoes.  aku agak cerewet dalam memilih kasut and handbags. 

bagi aku .. bila beli sesuatu hendaklah berbaloi.  biar murah tapi nampak mahal.  jangan beli mahal tapi bila pakai nampak amat murah.  i used to have an officemate yang suka sangat pakai selvatore ferragamo or gucci but bila dia sarungkan jenama tu it looks like .. jenama cap gombak.  anyhow.. jenama cap gombak akan kelihatan cantik kalau kena cara pemakaian dan juga warna.  always.. design juga penting dalam melihatkan penampilan seseorang.

terus terang.. ramai yang kurang faham tentang membentuk penampilan.  tak semua barang mahal akan nampak kan anda mahal.  percaya lah.. warna itu memainkan peranan dan juga design. dalam hidup saya.. saya amat menjauhi warna hitam kerana hitam banyak mempengaruhi personality seseorang.  jujur.. handbag saya tidak ada berwarna hitam.  people say.. it looks menawan? ahaha.. cut the craps!  tengok majlis mana la kau masuk senah oii.  hitam will not make you look rich and stunning.







Wednesday 9 October 2013

i feel numb


i cant move myself..
suddenly it feel stiff everywhere..
i cant breath correctly
tiba-tiba rasa numb ..
someone... please wake me...
i cant move myself...

Monday 7 October 2013

kau kata aku looser?

meh nak citer sikit pasal satu budak nieh.  ahahaha menahan perasaan jer la ngan budak sorang nieh.  bajet bagus gituh. hmm.. camana nak start ek.. ahaha.. macam nieh.  dalam kalangan kumpulan aku.. aku dikenali sebagai pemimpin haluan sayap kiri dan seorang strategist.  dalam erti kata lain aku ni pengatur dan pengacau.  so.. bab membangkang ngan buat kije tak senonoh ni memang kerja aku la.  dalam bab pusing undi tu lagi la hebat. so.. dalam grup aku nieh tetiba ada pertandingan.  jap.. aku sebenarnya dah tak pegang jawatan tau.. da berhenti.  

so.. tetiba satu hari budak yang menentang nieh call aku mintak khidmat nasihat. ngan dia aku tak de masalah sangat sebab dia memang mendengar cakap.  yang bermasalah nie yang pegang naib.. ahaha.. bila Ju (budak yang btanding ketua yang mintak tolong aku tu) ajak si senah nie pegi jumpa aku untuk meeting dan kaunseling.. tau dia cakap apa? "buat apa nak jumpa si Looser tu?!" uhuhuhu sentap mak! pangge aku looser? LOOSER ke senah?  hebat ye ko senah? ahahaha 

tunggu lah ye dik.. kita tengok sapa mandi.. sapa banjir. isshh.. sabar je la akak nie dik.. konpiden ko sekarang ye dik? ehehe.. malas aku nak cakap banyak dik.. kalau kau x mandikan lawan kau tu.. aku tanda kat dahi kau huruf L yea.. ramai yang tunggu nak tanda.. ehehe.. dik.. ambo lejen dik.. mu kalu stakat tau sakau duit orang jer.. x yah nok pikir boleh menang dik.. adeii .. err dik.. kalau mu nok tau.. latok yang konon payung ang tu sebenarnya kudukut.  dia sponsor org comel jer.. ehehe.. err.. ** ko ada ke senah? malas akk nak citer.. **  err.. dik.. xmo men bkolam2 dik.. nanti lemas.. 

err.. mahap ye pada yang tak paham citer aku.  aku sekadar melepas geram pasal budak ingusan nieh.. . ehehe.. 

untuk mu


bila tidak cinta

pesan aku pada sahabat..

andai nya kamu tidak lagi mencintai dia..
apabila rasa itu makin hilang..
jangan kamu terus tinggalkan dia.. semarakkan rasa itu semula
andainya tidak mampu diselamatkan juga..
lepaskan lah dia..
tapi.. andainya kamu memilih untuk melepaskan.. 
lepaskan lah dia seperti seorang lelaki
jangan jadi dayus
jangan pergi begitu sahaja
jangan berdiam diri membiarkan dia mencari jawapan sendiri
kamu tahu kenapa? 
kerana dia juga berhak untuk tahu..
yang dia bukan lagi di hati kamu



*kesayangan.. .. .. pesanan utk kamu juga dan diri saya juga*

cantik..

setiap malam bila keluar menemui orang itu .. orang ini .. aku suka memerhatikan perangai-perangai lelaki yang aku temui.  semuanya sama.  bagi aku.. bila melihat mereka tidak ada satu pun perkara yang boleh membuat aku teruja.  tidak ada satu pun yang boleh membuatkan aku merasakan bukan semua lelaki itu jahat atau bla.. bla.. bla..

hmm.. setiap malam aku akan bergerak bersama Nana.  dan kadang-kadang bila kami bergerak dalam satu kumpulan akan ada perempuan yang bernama wati bersama kami.  hmmm.. apa yang aku lihat.. hanya yang cantik ini akan mendapat perhatian.  Nana dan Wati amat mudah diingati.  Wati walaupun budak baru dalam kumpulan kami tapi mudah-mudah saja Dato'-dato' ni berikan job atau apa saja.. rasa macam bangsat pun ada kadang-kadang bila melihatnya.

kadang-kadang aku terfikir.. dalam dunia yang penuh dengan lelaki yang berkuasa ni.. adakah kecantikan itu amat diperlukan?  harus seksi? harus apa? memang lumrah lelaki .. *bukan lelaki jer.. mana-mana kaum pun* memang sukakan yang cantik.  biar lah otak macam keldai sekali pun tapi asalkan cantik dan boleh mengangkang maka orang itu akan diberikan kelebihan. well.. mind my language. aku memang kasar.  hmm mungkin sebab tu kot.  kadang-kadang aku rasa serba salah dengan lelaki-lelaki yang aku temui.  bagaimana kita nak berdepan dengan mereka? haruskan kena gedik? atau bila kita bersifat tegas kang kena pangkah terus.  lagi-lagi kalu kena muka cam aku yang tak lawa nie.  dah la tak lawa.. gemuk lak tu. kulit tak cantik.. hmmm

entahlah.. kadang-kadang pikir.. kena kuruskan badan ea baru ada prospek? baru ley nak deal business? kena buat facial hari-hari kasik kulit gebu melampau baru senang nak dapat job? kalau ikut jalan federal mmg susah nak dapat la? huh! sialan tuh nama dia...  kira orang yang cam aku ni stakat ley amik serpihan jer? memang dasar jantan agaknya.. hanya melihat yang cantik jer. 

huh.. aku jeles ke? tak lah.. tak jeles pun bila tengok jantan-jantan tu sema senyum dan melirik pada nana dan wati.. ahaha.. rasa nak hampok jer.. to be positive.. mungkin ada area lain yang masih belum aku baiki.  hmm.. ye la.. maybe cara aku bcakap agak kasar.  aku belum pandai sangat nak berbaik ngan orang nieh. kan? kan? ha.. baik gi kelas grooming kalu gini gayanya kan? 

ahahahahhaha... *ketuk kepala ngan senduk**


cerita tentang mural

masa di zaman sekolah dulu aku antara team mural.  apa mural? mural tu adalah lukisan di dinding sekolah dan lain-lain dinding.  nak kata aku pandai melukis tu .. tak ada lah. cuma aku pandai membancuh warna dan pandai membuat shading pada lukisan.  itu kelebihan aku.  cikgu suka melihat shading yang aku buat dan kebolehan aku menggunakan berus tanpa mencomotkan kertas.. uhuhu tapi camana bila makan aku comot ea? ahah ehh.. sambung citer mural.  

untuk makluman.. cikgu lukisan aku ini amat garang yea.  dia suka mabuk dalam class but .. hasil ajaran dia amat osem! tapi .. dia suka menggelar melayu ni gundu cow.. maksud nya lembu gumuk atau chunna chew.. err .. maksudnya bodo cam babi.. hmm racist kan? aku dah biasa dibesarkan dalam golongan org yang racist sebab.. masa sekolah aku berkawan dengan golongan bukan melayu. aku rasa orang melayu amat lagha lain citer takde sik pasal boipren. kawan ngan budak-budak India aku belajar bahasa Inggeris dengan cepat.  berkawan dengan budak-budak Cina membolehkan aku jadi bonda kawasan dengan pantas.. ahahah! not that.. tapi aku perlukan mereka untuk jadi lebih cerdik.  aku sering dicabar oleh mereka dalam subjek matematik dan Inggeris. itu aku.. cuma bila masuk ITM aku bgaul ngan melayu.. err.. yes.. im not 100%  Malay.

cerita tentang mural.. setiap kali pelukis mural mula melukis.. kami berpandu kan gambar yang diberikan.  kami perlu pandai mendapatkan tone warna yang sama seperti yang diberikan.  kami ada kepala yang akan melukis di dinding dan yang lain akan mewarna.  so.. pada satu hari yang indah tapi tak indah sangat.. tengah syok mewarna.. aku kena jerit ngan monster from hell tu.

ticer :  "marry!! (dia pangge aku marry) see wat u have done! u have wrongly colored the piece"  

aku  :  mem.. i dont see anything wrong with it.  

dan the monster dengan merah muka marah aku beria2

ticer : tapi awak nampak kan? awak tau kan itu color salah kan? 

aku : yes mem tapi itu kan tak menjejaskan mural ni? orang tak tau pun color tu salah.. as long as it look pretty on it  I dun think its wrong.

Ticer :  Thats the point! memang cakap mudah.  orang lain memang tak tau di mana kesilapan lukisan kamu tapi kamu yang tahu.  setiap kali kamu lalu tempat ini kamu akan melihat kesilapan itu. kamu akan rasa bersalah setiap kali kamu melihat kesilapan itu walaupun orang lain tidak tahu. aku akan dihantui rasa bersalah itu selamanya

aku terkedu dengan kata-kata cikgu aku tu.  dalam kegarangan dia .. aku belajar tentang satu perkara yang amat berharga.  iaitu amanah dan tanggungjawab.  

sampai ke saat ini aku memegang apa yang dia katakan.  Ketika aku melakukan sebarang kesilapan baik dalam memasak atau membuat air atau sesama manusia aku akan cuba membaikinya kerana walaupun orang lain tidak tahu di mana silapnya .. tapi aku tahu kerana aku yang melakukannya.  Diri aku yang melakukan kemusnahan itu.  kerana itu aku tidak mahu terus rasa berdosa dan bersalah atas kesilapan yang aku telah lakukan.  aku bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang aku lakukan.  aku tidak akan lari.  walaupun sakit aku harus menanggungnya.  


*maafkan aku jiwa-jiwa yang aku pernah sakiti** 

Thursday 3 October 2013

bila mama tak ada

apa angin melanda perut dan otak aku lately.  tiba-tiba tekak aku rasa macam nak makan macam-macam.  kalah pompuan ngandung kot. uhuhuhu pompuan ngandong rasa cenggini ke? sesedap rasa jer cakap.. tak pasal kena tembak nanti! ngandung la sangat kan...

entah kenapa tetiba rasa cam nak makan cucur tepung ala-ala si echah buat.  err.. soft cucur dia dan sedap of course.  so.. dengan resepi yang diberi echah aku pun buat lah cucur tepung gebu tu. cicah dengan sambal telo half cook and telor pecah .. *of course yang half cook tu aku punya.. ehehehe*.. pastu tengok kat dapo ada pulak mihun hasil peninggalan mama sebelum gi haji tu.  apa lagi.. uhuhu memandangkan rasa tak puas hati melampau makan mihun goreng si nunu tiga suku yang ngaku mihun goreng akak dia sedap.. maka aku pun buat la mihun goreng resepi aku. peduli apa orang nak cakap la kan.. janji tekak aku kata sedap. ahah sedap ke sayang?  *sedaaap .. cik senah.. ai tak tipu!!* pastukan.. tetiba masa tengah masak tringat mama .. ahaha apa lagi .. masak nasi pastu goreng ayam ala-ala resepi aku sendiri la. nama ayam tu .. ayam goreng ikut suka hati aku.. ahahah.. err.. aku rasa sedap je kot.*kata aku memuji diri sendiri** 

ahah.. pastu dengan penuh ketidak puasan hatinya aku telah memaksa adik aku dan laki dia termasuk Mohd Ali Haidar untuk balik dinner ngan aku.  semata-mata nak puaskan nafsu makan aku. ekekek.. well.. as always.. *sedap akak masak - pujian dari razak adik ipar aku*  

and .. hari ni.. bilis garing ngan potato masak sambal dan ikan kari.  err.. rendang daging juga.  ehh.. ini lah akibatnya masa mama ada malas masak tetiba bila mama tak ada rajin masak.  motif? rindukan mama dan abah yang selalu jadi juri masakan aku.  abah kata.. *abah kata bukan aku kata* aku da pandai masak!! ekekeke *pengsaaaaannnnn**  err.. abah.. anak mu skg da blajar ilmu campak mencampak yer.. harap maklum.

anyway.. i miss my mom dearly.  baru hari ni terasa.. sepinya hidup tanpa bebelan mama.  rindu nya ngan orang yang selalu kol kul 11 malam tanya aku kat mana.  

mama.. abah.. bila nak balik? rindu dah nieh.. but.. enjoy yourself masa kat mekah tu.  buat ibadat betul2.  jangan leka shoping pulak.. err nak jubah kaler pink..!

Wednesday 2 October 2013

out from closet

semasa kursus Intensif Jutawan Industri hati aku teruja dengan kata-kata regional CEO yang bernama Jerry.  keberanian dia mengakui dihadapan 5000 peserta yang dia dahulu seorang pondan dan skg telah melalui zaman transformasi amat mengkagumkan.  bagi aku.. bila mendengar kata-kata dia membuat aku terfikir.. tak salah kalau aku berani keluar dari kepongpong aku untuk mengakui kekhilafan lalu bagi pengajaran untuk generasi akan datang.

Dia mengakui ketika dia mula mengenali Dr Azizan dia hadir dalam keadaan berupa wanita yang gojes amat  tapi dengan menghadiri kursus IMKK dia telah berubah sepenuhnya dengan mengenali Allah.  aku tersentap bila dia berkata .. "skg saya tengah buat revision untuk question and answers di akhirat nanti".  aku hanya melihat kedalam diri aku.  kesian org tua aku yang membesarkan aku kalau dia tahu yang anak perempuannya yang seorang ini juga tidak sempurna.  

aku teringin menjadi seperti dia.  aku kagum dengan keberanian dia mengakui segala nya.  aku kagum melihat dia berdiri dengan suara dan gesture yang masih lagi ala-ala tu.  tak salah mengaku kekhilafan kita. aku harap satu hari nanti aku mampu jadi seperti nya.  dan .. rasanya aku berani untuk tampil mengakui siapa aku.  kalau cara ini dapat membantu golongan seperti kami.. tak salah rasanya.