Monday 10 February 2014

Janji Allah


Suatu hari aku terlalu tertekan dengan dugaan yang Allah bagi.  aku menangis kerana Kuliah Iqrak aku yang kurang kehadiran itu.  aku hampir putus asa kerana merasakan aku seorang yang gagal.  abah teringat abah pesan.. bukan mudah nak buat kebaikan sebab manusia ni sifatnya sebegitu.  walaupun kelas itu percuma tapi sebab ianya kelas agama maka agak susah manusia nak berikan komitmen.  pada masa yang sama aku juga menghadapi masa sukar dengan perniagaan Takaful aku.  entah apa dugaan Allah.  aku masih tak dapat ajen code aku.  aku tak tau macamana ku nak buat dengan client yang ada di tangan aku.  

lepas satu.. satu dugaan Allah bagi.  air mata tu jangan nak kiralah.. hmm tiba-tiba Jidah bagi aku ayat ini.  berkali-kali aku baca.  Janji Allah pada umatnya setiap kesukaran akan sertakan kemudahan kemudiannya.  allahuakbar. dan ustaz kariman juga cakap.. orang yang beriman pada Allah akan sentiasa redha dengan ujian allah kerana dia tahu semua yang ada disekelilingnya milik Allah.  orang yang beriman jika diberi bala atau musibah atau kegembiraan tidak akan merasa terlalu gembira dan terlalu sedih kerana dia tahu semua itu datang dari Dia.

sahabat.. sapu lah air mata kamu andainya kamu berduka.  sesungguhnya bila kita berusaha ke Jalan Allah pasti kita akan di duga.  Dugaan itu diberi allah kerana dia sayangkan kita.  kerana dia mahu memberikan ganjaran yang besar kepada kita sekiranya kita redha akan ketentuannya.  itu janji Allah.  percayalah.. setiap yang sukar.. akan pasti ada kemudahan.  Allahuakbar.

Sunday 9 February 2014

Gulai Kawah

last Saturday persatuan penduduk kat tempat aku buat kenduri rakyat satu Malaysia untuk sambutan hari Wilayah.  so.. sebagai orang yang ada kedudukan.. ehehe cheeewaaaahhhh.. katanya lah kan..  terpaksa lah aku turun bersama pisau kesayangan aku.  ekeke.. potong bawang sampai tengah malam cik senah oii

so siang tu aku pun turun lagi sekali dok niat nak menolong.  eheheh kacau daging fresh.  3 ekor lembu ye! nak menjamu manusia-manusia kat PPR tu pnyer pasal especially cha ya nun kat situ.  depa kuat makan giler!  tak kisah kenduri apa pun dorang mesti sampai pnyer lah.  nak menolong memang haram la.. tapi menolong makan memang dorang rajin tahap gaban.  

rupanya dorang wat gulai kawah.  ehehe.. aku tukang kacau daging jer.  tetiba dorang decide nak buat kawah ketiga.  since sema orang cam kelam kabut nak makan tengahari dengan tahap kebuluran yang jitu (as if aku tak kebuluran tapi aku kena buat kerja) so.. aku dengan berlagak ala-ala chef diva took over the kuali.  cehh.. buat resepi sendiri ye.. aku gaul sema rempah guna tangan aku.  padahal sebelum ni aku tak pernah buat pun gulai kawah nieh. uhuhuhu acik-acik yang bijak bistari tu sema mengikut jer.  aku cuak gak tapi buat muka konpiden.  ehehe.. tarraaaaa.... petang tu bila aku pegi tengok kawah no. 3.. tau pakcik-pakcik tu cakap apa? "rose.. daging kawah 3 ni paling kau rasa kuah dia" eheheh.. aku cam.. aisshh kembang jantung aku.  sedap ye pakcik? makan lah yea.. ahaha

motif cerita? saja isi masa lapang sementara tunggu keta dibaik pulih.  tetiba lak dia x ley nak on la plak. huh.  nak gi opis jam gini memang tak de la.. nak parking payah giler.  hmm.. baik tunggu reda jem baru aku gi.  lagi pun da time cenggini parking berbayar la jawabnya.  yang free tu kompem tak de.  nak nek ketapi? baik abaikan... ahaha kurus aku nanti payah..

Tuesday 4 February 2014

mencari Rahmat Nya..

tiba-tiba aku dapat message dari wechat.  adik-adik jagaan tiba-tiba ajak jumpa.  ok.  jumpa.  tak jauh pun. dekat mamak area rumah jer.  aku tengok adik aku tu duduk dalam kegusaran.  muka tak ceria langsung.  dah bukan macam dia yang pernah aku kenal dulu.  

"ko napa der?  macam taik jer muka?"  opppssss.. ahaha  bahasa pasar malam aku keluar.  aku kalau ngan dorang nieh .. itu jer bahasa yang terbaik.  

"sis.. gua kena mintak tolong lu sangat-sangat nieh.  hidup ngan mati nieh"  aku tengok dia dalam-dalam.  ahh sudah .. lu nak paw gua payah la der.. dulu gua agak senang boleh la .. sekarang gua kena berjimat cermat nieh.  hati aku dok berdialog sendiri masa tu.. 

perlahan-lahan dia bercerita masalah yang dia alami.  air mata dia menitik laju.  air mata aku lagi laju.  

"gua nak taubat sis.  boleh tak gua nak belajar mengaji tempat lu?"  allahuakbar...!  ini anak seorang anak yang amat degil suatu masa dahulu.  mat rempit, kaki pukul, pemukul upahan yang berjaya tapi dia adik yang paling aku sayang.  dia amat jaga aku dalam apa sudut pun.  pernah raya tahun lepas bila geng-geng lama kami buat open house bila dia dengar aku sampai dia sanggup patah balik semata-mata untuk bertemu aku. tunggu aku habis makan semata-mata untuk cium tangan aku.  tapi bahasa.. ahahah tacing giler seh kalau dengar dari mulut dia.  tapi budi bahasa memang tip top.  dia banyak ajar aku tentang menghormati orang tua.  serius tak tipu.  lagi satu.. dia ajar aku erti persahabatan.  berkorban untuk persahabatan dan sebuah kasih sayang.

rahmat dan hidayah Allah siapa yang sangka.  budak yang tegar degil nya ini akhirnya kembali membuat pusingannya dengan memilih Allah.  Allah telah berjanji sesiapa sahaja yang mendapat hidayatnya akan mendapat tetapi sesiapa yang tidak mengambilnya maka dia yang rugi.  siapa sangka budak kaki pukul ini telah berubah?  cuma aku tidak boleh masukkan dia ke dalam kelas mengaji aku sebab .. kelas aku itu hanya untuk Lessy dan Peng.  tidak ada lelaki.  hmmm.. makanya aku terpaksa temankan dia pergi kelas iqrak disebelah petang yang dianjurkan oleh masjid tempat aku.  tak pe lah.. susah sedikit untuk senang di sana.  

tiba-tiba aku teringat pesanan Ustaz PHD (aku tak tau nma ustaz tu.  aku panggil dia ustaz phd sebab masa kenal dia.. aku ni bahan tesis dia on isu LGBT) bila aku sedih sebab kelas iqrak yang aku buat itu ahlinya tidak muncul.  pesan dia "kak.. jangan putus asa dalam berdakwah.  bayangkan ini bulan maulid  bagaimana nabi dahulu berdakwah? dia berdakwah berseorangan.  hanya yang benar-benar rapat yang ikut dia.  yang benar-benar mencari Rahmat Allah yang bersamaNya"

Alhamdulillah.  aku masih terus berjuang atas kekuatan yang diberikan itu.  aku melihat hari ini.. walaupun kehadiran kelas iqrak aku tidak ramai tapi mereka adalah pejuang yang sebenar.  moga Allah melindungi pejuang-pejuang fi sabilillah ini.  

hmm.. tiba-tiba aku teringat seorang kakak yang memberi ingatan pada aku.. "buat kerana Allah dik bukan kerana perkara lain"  aku agak tersinggung dengan kata-kata dia.  

tapi bila di ambil secara positif.. aku anggap itu satu nasihat yang baik. betul kata dia.. buat kerana Allah.  Hanya Allah yang tahu apa yang aku dan ustaz inginkan.  kami tidak punya sebarang dana.  aku tidak mendapat sebarang keuntungan.  kelas ini ditubuhkan untuk aku membantu diri aku sendiri dan mereka yang mahu membaiki diri.  wallahuaklam.  Moga Allah membantu perjuangan ini. Insya allah

Monday 3 February 2014

oh my Kelantan

ekekeke.. apa pun aku nak gelak dulu sebelum teruskan cerita.  sebab? sebab nya tetiba aku tak tau apa yang nak ditaipkan.  terasa diri aku ni amat budus! aduyai.. aisshhh.. sebelum bukak lappy jer banyak benda dalam otak.. da bukak jer.. aku da lupa dah apa yang nak distorykan.

aku just balik dari kampung.  ehehe balik kelantan.  bachok temmpat asal aku.  i was very excited sebab aku nak tengok salji kat kuala krai tuh.. ahaha mungux tak? as anak abah yang macho aku drove dr kl sampai KB.  tapi kali ni aku agak sopan.  ikut jer keta lain.  abah kata.. "akk.. jangan rempit.  maintain 120 jer" uhuhu okey abah.  and jem dia.. ya rabbi.. menyesal aku x memotong sesedap hati aku.  tapi nak buat pun teringat ustaz kariman cakap.. bila kita memandu dan memotong macam orang gila nanti kita akan menyusahkan orang lain.  maka hukum nya berdosa besar kerana menyusahkan orang lain.  huh.. ye jugak la kan.  so.. ikut je lah.  


jem kan? ahah.. amat sangat.  ni masa kat raub arah pergi.  hmmm.. kua umah lepas subuh.. malam baru sampai. osem giler.  ni mama pnyer kehendak.. ikut jer lah.  

malam tu bila sampai first ting aku cam biasa.. lepak tepi pantai.  sejuk giler angin dia. ombak besar.  perrgghhh... sejuk benar.. tak tahan.  tapi syok.  aku takut mandi laut tapi aku suka dengan bunyi ombak.  nama pantai kat kg aku tu Pantai Irama.  tenang.. boleh nampak pulau perhentian dari tempat aku lepak.  paling aku suka bila bangun pagi lepas subuh aku akan lepak tepi pantai tengok matahari terbit.  tapi i love nite breeze most.  best giler.  lagi best kalau ada orang kat sebelah... aiishhh.. ekeke.. berangan jer lah itu jer mampu. ekeke... 

and.. kan sekarang cuaca dipengaruhi oleh angin dari China? and.. trust me.. its true.  perrgghhh... umah aku bila tido x yah pakai kipas.  amat kesejukan.  siap pakai stokin bagai. ahaha aku yang saiz Pola Bear ni pakai stokin! ekeke...  hari last aku dok sana lagi kronik.  rasa cam ada ais kat depan hidung.  sejuk dia macam.. x macam tido dalam ekon.  amat lain. sejuk dia yang nyaman. sampai kul 10 pagi pun sejuk lagi. bayangkan .. bangun pagi subuh.. bukak tingkap and solat subuh.  perrgghh terbaik feeling dia.  tetiba bau orang sebelah goreng ikan masin. uhuhu kompem buat pulut pagi tuh. tiba-tiba aku teringatkan perth.  kat sana walaupun ada matahari tapi angin dia amat sejuk.  hmmm... arrgghh rindu Perth la pulopppp

umah aku umah kampung jer.  made from kayuness.  ahah.. hmm aku ingat nak buat homestay.  sayang umah tu terbiar.  kang roboh plak sebab takde orang stay.  so.. since aku jer yang bujang .. aku rasa aku akan stay sana.  ekeke.. bila? entah.. tapi dalam perancangan.  besh kalau kawan2 dari KL datang.  aku boleh bawak jenjalan sambil makan! bab makan memang aku menang. ekeke..  see my body lah kan.. ekek.. 




hmmm... ni umah aku..hmmm.. tetiba mati akal.. (to be continued)