Tuesday 4 February 2014

mencari Rahmat Nya..

tiba-tiba aku dapat message dari wechat.  adik-adik jagaan tiba-tiba ajak jumpa.  ok.  jumpa.  tak jauh pun. dekat mamak area rumah jer.  aku tengok adik aku tu duduk dalam kegusaran.  muka tak ceria langsung.  dah bukan macam dia yang pernah aku kenal dulu.  

"ko napa der?  macam taik jer muka?"  opppssss.. ahaha  bahasa pasar malam aku keluar.  aku kalau ngan dorang nieh .. itu jer bahasa yang terbaik.  

"sis.. gua kena mintak tolong lu sangat-sangat nieh.  hidup ngan mati nieh"  aku tengok dia dalam-dalam.  ahh sudah .. lu nak paw gua payah la der.. dulu gua agak senang boleh la .. sekarang gua kena berjimat cermat nieh.  hati aku dok berdialog sendiri masa tu.. 

perlahan-lahan dia bercerita masalah yang dia alami.  air mata dia menitik laju.  air mata aku lagi laju.  

"gua nak taubat sis.  boleh tak gua nak belajar mengaji tempat lu?"  allahuakbar...!  ini anak seorang anak yang amat degil suatu masa dahulu.  mat rempit, kaki pukul, pemukul upahan yang berjaya tapi dia adik yang paling aku sayang.  dia amat jaga aku dalam apa sudut pun.  pernah raya tahun lepas bila geng-geng lama kami buat open house bila dia dengar aku sampai dia sanggup patah balik semata-mata untuk bertemu aku. tunggu aku habis makan semata-mata untuk cium tangan aku.  tapi bahasa.. ahahah tacing giler seh kalau dengar dari mulut dia.  tapi budi bahasa memang tip top.  dia banyak ajar aku tentang menghormati orang tua.  serius tak tipu.  lagi satu.. dia ajar aku erti persahabatan.  berkorban untuk persahabatan dan sebuah kasih sayang.

rahmat dan hidayah Allah siapa yang sangka.  budak yang tegar degil nya ini akhirnya kembali membuat pusingannya dengan memilih Allah.  Allah telah berjanji sesiapa sahaja yang mendapat hidayatnya akan mendapat tetapi sesiapa yang tidak mengambilnya maka dia yang rugi.  siapa sangka budak kaki pukul ini telah berubah?  cuma aku tidak boleh masukkan dia ke dalam kelas mengaji aku sebab .. kelas aku itu hanya untuk Lessy dan Peng.  tidak ada lelaki.  hmmm.. makanya aku terpaksa temankan dia pergi kelas iqrak disebelah petang yang dianjurkan oleh masjid tempat aku.  tak pe lah.. susah sedikit untuk senang di sana.  

tiba-tiba aku teringat pesanan Ustaz PHD (aku tak tau nma ustaz tu.  aku panggil dia ustaz phd sebab masa kenal dia.. aku ni bahan tesis dia on isu LGBT) bila aku sedih sebab kelas iqrak yang aku buat itu ahlinya tidak muncul.  pesan dia "kak.. jangan putus asa dalam berdakwah.  bayangkan ini bulan maulid  bagaimana nabi dahulu berdakwah? dia berdakwah berseorangan.  hanya yang benar-benar rapat yang ikut dia.  yang benar-benar mencari Rahmat Allah yang bersamaNya"

Alhamdulillah.  aku masih terus berjuang atas kekuatan yang diberikan itu.  aku melihat hari ini.. walaupun kehadiran kelas iqrak aku tidak ramai tapi mereka adalah pejuang yang sebenar.  moga Allah melindungi pejuang-pejuang fi sabilillah ini.  

hmm.. tiba-tiba aku teringat seorang kakak yang memberi ingatan pada aku.. "buat kerana Allah dik bukan kerana perkara lain"  aku agak tersinggung dengan kata-kata dia.  

tapi bila di ambil secara positif.. aku anggap itu satu nasihat yang baik. betul kata dia.. buat kerana Allah.  Hanya Allah yang tahu apa yang aku dan ustaz inginkan.  kami tidak punya sebarang dana.  aku tidak mendapat sebarang keuntungan.  kelas ini ditubuhkan untuk aku membantu diri aku sendiri dan mereka yang mahu membaiki diri.  wallahuaklam.  Moga Allah membantu perjuangan ini. Insya allah

No comments: