masa di zaman sekolah dulu aku antara team mural. apa mural? mural tu adalah lukisan di dinding sekolah dan lain-lain dinding. nak kata aku pandai melukis tu .. tak ada lah. cuma aku pandai membancuh warna dan pandai membuat shading pada lukisan. itu kelebihan aku. cikgu suka melihat shading yang aku buat dan kebolehan aku menggunakan berus tanpa mencomotkan kertas.. uhuhu tapi camana bila makan aku comot ea? ahah ehh.. sambung citer mural.
untuk makluman.. cikgu lukisan aku ini amat garang yea. dia suka mabuk dalam class but .. hasil ajaran dia amat osem! tapi .. dia suka menggelar melayu ni gundu cow.. maksud nya lembu gumuk atau chunna chew.. err .. maksudnya bodo cam babi.. hmm racist kan? aku dah biasa dibesarkan dalam golongan org yang racist sebab.. masa sekolah aku berkawan dengan golongan bukan melayu. aku rasa orang melayu amat lagha lain citer takde sik pasal boipren. kawan ngan budak-budak India aku belajar bahasa Inggeris dengan cepat. berkawan dengan budak-budak Cina membolehkan aku jadi bonda kawasan dengan pantas.. ahahah! not that.. tapi aku perlukan mereka untuk jadi lebih cerdik. aku sering dicabar oleh mereka dalam subjek matematik dan Inggeris. itu aku.. cuma bila masuk ITM aku bgaul ngan melayu.. err.. yes.. im not 100% Malay.
cerita tentang mural.. setiap kali pelukis mural mula melukis.. kami berpandu kan gambar yang diberikan. kami perlu pandai mendapatkan tone warna yang sama seperti yang diberikan. kami ada kepala yang akan melukis di dinding dan yang lain akan mewarna. so.. pada satu hari yang indah tapi tak indah sangat.. tengah syok mewarna.. aku kena jerit ngan monster from hell tu.
ticer : "marry!! (dia pangge aku marry) see wat u have done! u have wrongly colored the piece"
aku : mem.. i dont see anything wrong with it.
dan the monster dengan merah muka marah aku beria2
ticer : tapi awak nampak kan? awak tau kan itu color salah kan?
aku : yes mem tapi itu kan tak menjejaskan mural ni? orang tak tau pun color tu salah.. as long as it look pretty on it I dun think its wrong.
ticer : tapi awak nampak kan? awak tau kan itu color salah kan?
aku : yes mem tapi itu kan tak menjejaskan mural ni? orang tak tau pun color tu salah.. as long as it look pretty on it I dun think its wrong.
Ticer : Thats the point! memang cakap mudah. orang lain memang tak tau di mana kesilapan lukisan kamu tapi kamu yang tahu. setiap kali kamu lalu tempat ini kamu akan melihat kesilapan itu. kamu akan rasa bersalah setiap kali kamu melihat kesilapan itu walaupun orang lain tidak tahu. aku akan dihantui rasa bersalah itu selamanya
aku terkedu dengan kata-kata cikgu aku tu. dalam kegarangan dia .. aku belajar tentang satu perkara yang amat berharga. iaitu amanah dan tanggungjawab.
sampai ke saat ini aku memegang apa yang dia katakan. Ketika aku melakukan sebarang kesilapan baik dalam memasak atau membuat air atau sesama manusia aku akan cuba membaikinya kerana walaupun orang lain tidak tahu di mana silapnya .. tapi aku tahu kerana aku yang melakukannya. Diri aku yang melakukan kemusnahan itu. kerana itu aku tidak mahu terus rasa berdosa dan bersalah atas kesilapan yang aku telah lakukan. aku bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang aku lakukan. aku tidak akan lari. walaupun sakit aku harus menanggungnya.
*maafkan aku jiwa-jiwa yang aku pernah sakiti**
No comments:
Post a Comment