salam eidul adha kepada semua. camana raya? banyak dapat daging? aku? hmmm... raya macam tak raya jer. semalam memang mula-mula tak rasa macam nak raya sebab.. memikirkan tak ada orang nak datang rumah. ingat nak tido jer lah. tapi ntah camana bila tengok orang prepare raya aku pun rasa nak buat someting untuk raya. for the first time la katakan. adik beradik pun kata nak berkumpul pagi-pagi raya. so.. amat eksaited lah.. macam-macam aku beli. bahan untuk buat lontong, sambal kelapa, ayam masak merah, kuah kacang.. huii.. ambitious giler.
tiba-tiba.. aku dapat message yang menarik. adik bongsu aku tak jadi datang. sebab laki dia soh pegi klang. adik lelaki aku pulak kata.. dia datang lepas habis potong lembu.. hmmm.. abang aku? ahahaha.. gelak dulu apa-apa pun. tanya kabar aku pun tak. tiba-tiba rasa penat. rasa cam sedih sangat bila tengok barang-barang yang dah dibeli tu. hmm.. sebagai kakak.. aku nak adik beradik aku bekumpul di rumah di pagi raya. bukan bawa diri merata-rata. aku tahu mereka ada hak untuk kemana pun tapi.. aku hanya ingin mengekal kan tradisi semasa abah dan mama ada.
benar kata mama.. kalau mama tak ada satu hari nanti semua adik beradik akan membawa haluan sendiri. yang tinggal hanya lah aku. ye.. hanya aku. allahu rabbi.. sunyi nya rasa. aku rasa amat down. aku hanya memerhatikan barang2 yang dibeli. pertama kali dalam hidup.. aku tak punya rasa untuk beraya. pertama sekali aku bersendirian. terasa pedih hingga ke jantung bila mendengar takbir. benar kata mama.. bila mama tiada aku akan kesunyian. esok kannya pun aku masih sendirian. kata adik.. dia akan datang selepas solat sunat raya.. tapi.. hingga petang.. hanya bila petang dia muncul. abang aku .. seolah-olah aku tidak wujud.
aku tahu apa yang perlu aku jangka kan bila mama dan abah tiada satu hari nanti. alone but alone.. no body but nobody. its only me..
p.s : terima kasih kesayangan kerana menenangkan hati ini...
No comments:
Post a Comment