semalam .. hidup aku tidak ada hala tuju. aku rasakan diri aku ini bagaikan layang-layang yang terbang tanpa tali.. ke sana ke sini.. ikut arah mana angin menolak aku. aku tak tahu aku hidup untuk apa. aku tak tahu nikmat dunia itu apa. kalau tanya pada aku nikmat itu apa? nikmat itu pada masa lalu ialah dapat pergi bercuti bersama sahabat-sahabat.. berjimba tak kira masa. bangun tidur bangun tidur. pink lady, long island, virgin marry, pole dance, rm .. rm .. rm.. hmmm..
aku bekerja siang malam. mencuba itu ini. menjual itu ini. tapi .. tidak pernah berhasil. aku mula lelah. badan aku mula tidak mampu menampung nya lagi.
satu hari.. aku ke sana lagi. mencari ketenangan dan berfikir tentang diri.. dalam erti kata lain.. muhasabah diri. tiba-tiba aku melihat sesuatu yang aku tak pernah impikan. kenapa selama ini aku tidak pernah melihat rumah itu sedangkan aku hampir setiap minggu di sini? rumah tasik itu. ada sesuatu menarik mata aku untuk terus melihatnya.
hati aku tergetus..aku ingin memilikinya. aku ingin memiliki rumah tasik itu. aku mahu menghabiskan masa tua aku di sana. berada di beranda menikmati angin petang yang dingin dan segar. menghabiskan secawan kopi sambil melihat orang berlari dan bergelak ketawa. aku juga mahu berjalan-jalan di waktu petang mengelilingi tasik itu bersama kesayangan aku.
indah lagi angan aku bila membayangkan aku bersama kesayangan aku menghabiskan sisa hidup bersama. meniti hari-hari tua kami bersama. menjaga antara satu sama lain. membina harapan bersama. hmmm... indahnya angan-angan dan impian itu.
aku ingin amat memiliki nya .. dan kerana itu.. aku akan berusaha keras untuk itu. aku akan memulakan hidup aku yang baru. aku akanbermula semula dari kosong. aku tahu tak mudah tapi kali ini aku yakin aku boleh melakukannya kerana aku telah punya impian. aku telah tahu apa yang aku mahukan. aku telah meletakkan sasaran 5 tahun untuk memilikinya.
Yang mana satu? yang kelabu itu. aku tak sabar untk berdiri di beranda itu setiap petang bersama kesayangan aku. menghabiskan sisa hari tua kami bersama. menikmati setiap detik yang berlalu dengan penuh keindahan.
ya allah ya rab.. terima kasih kerana mengembalikan aku. mawar yang lama telah kembali. aku telah menemui nya kembali. aku bersyukur kepada allah kerana menemuinya semula. akhirnya aku tahu apa yang aku inginkan selama ini. akhirnya aku sedar apa yang aku lalui selama ini hanyalah perjalanan.. aku tidak kesal melalui perjalanan kehidupan aku yang agak sukar. aku telah melakukan banyak kesilapan. aku telah memilih jalan yang salah hanya kerana mengikut perasaan. itu bukan aku selama ini. rasa nya.. cukup lah apa yang aku sudah lalui. masih belum terlambat untuk membina masa depan dan impian. aku ingin pencen dengan bergaya . aku mahu jadi lady in leisure. aku ingin punya kereta porche chyene. aku ingin membina empayar aku. hari ini aku telah melihat masa depan aku. terima kasih allah .. mungkin Allah lambat memberikan jawapan pada doa aku tapi aku percaya dan amat percaya allah mempunyai alasan dia yang tersendiri.
ya allah.. permudahkan lah perjalanan aku kali ini. aku berserah semuanya padaMu. terima kasih atas pertemuan yang telah kau aturkan. terima kasih kerana mengaturkan kehidupan aku dengan cara yang indah.
i won't give up with my life.. of course no. dan aku tahu.. kesayangan aku akan berada di sana menanti aku. ye sayang.. saya akan berusaha untuk impian ini!
No comments:
Post a Comment