sambungan..
Hasil diagnose prof Hashim cakap aku kena pnyakit yang di beri nama PCOS. PCOS ialah Polycystic Ovarian Syndrome itu adalah peningkatan hormon Astrogen (hormon lelaki) yang menyebabkan penumbuhan Cyst di dalam rahim. dalam erti kata lain yang lebih mudah hormon lelaki melebihi dari hormon perempuan.
kata prof hashim.. aku berkemungkinan untuk mengalami salah satu dari 3 penyakit yang tak dapat aku elakkan iaitu
a. Diabetic
b. kanser ovari
c. Kanser Payudara a.k.a Breast Cancer
so.. a year or two after discharged suatu hari aku jadi pelik dgn badan aku. aku jadi mudah letih. dahaga yang amat dan paling aku tak tahan aku sentiasa terjaga malam untuk buang air kecil. aku pergi klinik. doktor kata aku berkemungkinan mempunyai diabetik. dalam penafian aku pergi second opinion. aku cuba sebulan untuk menurunkan paras gula. and.. hasil nya.. doktor azhar mengesahkan aku menghidap Diabetic Malitus tahap 2. doktor Azhar kata sakit ini lebih teruk dari HIV kerana ia tak mungkin sembuh dan tidak punya jangka yang boleh ditentukan. ia merupakan penyakit yang jahat kerana ia makan segala organ secara diam. pesakit akan kelihatan cantik diluaran tapi buruk di dalam. ia juga merupakan penyakit yang berkait antara satu sama lain iaitu jantung dan darah tinggi a.k.a penyakit tiga serangkai.
rasa macam runtuh dunia bila doktor cakap begitu. aku terpaksa meninggalkan semua nikmat dunia yang amat aku gemari. aku agak pelik kerana dua atau tiga bulan sebelum itu aku ada membuat pemeriksaan kesihatan dan paras gula aku normal. dan tiba-tiba hari ini aku sakit!! aku terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup aku! aku amat kesal sebab makan durian yang amat banyak masa pesta durian. aku pasti durian puncanya kerana selepas makan durian yang amat melampau banyak aku jadi dahaga melampau. cuma aku tak tahu ketika itu durian itu buah yang paling bahaya dalam dunia kerana kadar gula yang amat tinggi.
hmm.. apa yang aku perlu lakukan hari ini ialah untuk terus berjuang dari mengelak penyakit ini menyerang organ lain. setiap hari aku mendengar kematian yang berpunca dari penyakit yang sama. paling aku takut ialah breast cancer. semua tandanya telah ada. aku paling takut bila bisul tak bermata tumbuh di bawah ketiak kerana itu tanda awal kanser payu dara. sakit nya hanya allah yang tahu. sepupu aku telah hilang kedua payudaranya. tak tertahan rasa sakit bila gusi mula membengkak tanpa sebab. terasa sakit yang amat bila melihat gigi-gigi mula lari dari kedudukan asal. terasa sakit hati bila melihat rambut mula gugur. hilang segala keindahan dulu.
pada ketika itu aku berjuang berseorangan menentang penyakit ini kerana aku terpaksa menyembunyikan sakit ini dari mama kerana mama pernah cakap kalau dia dapat tahu aku punya penyakit dia akan pukul aku. aku tau mama tak mahu anaknya ini sakit. kerana itu aku memilih untuk berdiam. aku memilih untuk bergembira setiap hari kerana aku amat percaya positive attitude will attract positive energy. aku tak akan berhenti berjuang melawan sakit ini walaupun Doktor Azhar yang aku terserempak baru-baru ni berbisik pada aku "you are not suppose to sweat in aircond" aku terdiam. aku faham apa yang dimaksudkannya.
Ya rabb.. kuatkan jiwa aku untuk terus berjuang. aku akan terus berjuang demi kesayangan-kesayangan aku. aku akan terus berjuang walaupun aku bersendirian. wahai kesayangan.. jangan putus asa dengan hidup. aku amat yakin Allah memilih kita kerana dia tahu kita mampu menghadapi dan berjuang melawan segala kesakitan dan dugaan dari Nya. Jangan tewas sebelum berjuang! CHAAIIYYYOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
*dengarlagudoakuuntukmu**
*dengarlagudoakuuntukmu**
No comments:
Post a Comment