Tuesday, 10 September 2013

nenek dah tak ada

10/9/2013; 4.30 am
selasa

usai bacaan Yassin aku pagi itu tiba-tiba dapat sms dari Ita "M, nenek baru meninggal.  kami nak balik kampung. Nak ikut tak?"  aku tergamam.  nenek meninggal?  innalillahi wainnailaihirojiun... ya allah.. lambatnya pagi.  aku tak mampu melelapkan mata aku hatta sepicing pun.  dalam hati aku bercadang untuk ke Melaka pagi-pagi selepas abah dan mama bangun tidur.  kena minta izin dulu apa pun.  kalau dulu aku redah jer. tapi aku hari ni dah faham tentang restu illahi dan restu ibu bapa.  lagi pun.. aku satu-satu anak yang masih lagi tinggal bersama.  allahurabbi.. baru beberapa hari lepas aku bercerita tentang dia dan hari ini.. dia telah meninggalkan aku selamanya tanpa sempat aku bertemu.  

jam 8.30 am aku bergegas turun dari bilik aku dengan siap berjubah dan bertudung untuk menemui abah.  aku sampai kan berita kematian nenek. aku mohon izin dari abah untuk ke Melaka dan ... abah cakap "awak nak pergi untuk apa? yang dah mati tu sudah mati pun. nak jumpa pun bukan boleh buat apa pun.  awak lagi diperlukan disini.  abah perlu kakak untuk jaga rumah ni.  abah dah nak pergi haji minggu depan.  abah tak larat nak masak ke apa ke kalau orang datang.  abah dah kata.. tolong jangan ke mana"  

aku pandang muka mama.  mama memberi izin untuk aku pergi sebab mama memahami akrabnya aku dengan keluarga nenek.  aku pandang abah memohon pengertian.. untuk pertama kali abah berhati batu.  akhirnya aku mengalah untuk mengikut kata-kata abah memandangkan aku masih lagi bawah tanggungan abah.

allahurabbi.. sepanjang hari hati aku menangis.  walaupun nenek bukan nenek aku yang sebenar tapi aku menyayangi dia seperti nenek aku sendiri.  aku tak punya nenek dan datuk baik dari sebelah mama dan abah.  semuanya meninggal awal. tak sempat nak ingat macamana rupa mereka jauh lagi bermanja. pertama kali ita bawa aku ke Kampungnya di Melaka aku telah bertemu dengan nenek, Mak Lang dan Pak Lang.  

pertama kali melihat nenek aku jatuh hati.  hidungnya yang bulat, matanya, bibirnya membuat aku senang.  comel giler.  terus aku tanya dia.  boleh tak nenek jadi nenek saya?  saya tak punya nenek.  dan nenek terus ketawa.  dia panggil aku dak bebab.  asal aku balik Melaka dia akan panggil aku dak bebab dah balik. dia akan masak asam pedas.  kadang-kadang dia masak cucur cicah dengan sambal telur yg amat osem rasanya. *aku dah try banyak kali buat sambal ni tapi tak pernah jadi. and cucur nenek amat sedap dan lembut. banyak kali aku cuba buat tapi tak pernah jadi..

cuma.. apa yang aku kesal.. bila aku dah putus dengan ita dan aku bersama dengan yan.  aku jarang jenguk nenek.  yan tak bagi aku jenguk nenek tanpa dia sedangkan aku tak boleh ada dia bersama bila menjenguk nenek dan mak lang dan pak lang.  aku amat manja dengan pak lang.  yan orang yang amat tidak rasional dan cemburu buta.  yan kata bila dah putus means putus semuanya.  aku kesal dengan kebodohan aku. masa aku jumpa nenek last sekali tahun lepas.. aku rasa sedih sebab dia nampak uzur.  mungkin kencing manis nya dah merebak. kencing manis lagi..

and.. paling sayu beberapa bulan lepas nenek kena busung.  jumpa doktor tapi doktor kata tak ada apa2.  jumpa bomoh katanya ada orang dengki sebab nak tanah. entah la.. kenapa melayu ni suka dengki khianat.  kesian dekat nenek yang dah umur 85 tu. aku? kenapa aku tak jumpa gak nenek? entah lah.. kesibukan yang aku pun tak faham atas apa. sibuk duniawi sampai akhirnya.. aku hilang orang yang aku amat sayang. perginya tanpa sempat aku bertemu dan membahagiakan dia.  aku tak sempat mohon maaf. tak sempat nak bagi duit raya.  allah... ampunkan aku.  aku bukan tidak cuba tapi aku cuba untuk jumpa nenek raya hari tu tapi nenek amat sibuk jumpa anak2 dia. banyak sangat halangan untuk ke melaka.  allahhhhhhh... betul kata orang-orang dulu.. menyesal hari ni dah tak berguna lagi.  

jam 11 am.  dapat sms dari ita beritahu jenazah nenek telah disemadikan di kubur tabung naning.  ya allah.. akhirnya aku sudah tak dapat menahan tangis aku.  air mata mengalir tanpa henti.  selamat tinggal nenek.  selamat menempuh malam pertama di sana.  moga nenek bersama dengan mereka yang solihin. moga nenek berada di jannah.

ya Allah ya Rab.. kau peliharalah nenek ku di sana. masukkan dia ke dalam Jannah bersama ahli-ahli syuhada yang lain.  jauhilah dia dari azab kubur dan azab api neraka. aamiin.

*kesayangan.. saya berjanji untuk lebih menghargai mereka yang berada bersama saya hari ini kerana mati itu pasti dan tiba tanpa amaran.  allah mungkin akan mengambil saya terdahulu dan.. i dun wan to miss a thing**


No comments: