sepanjang malam aku ditemani oleh lagu Doaku Untuk Mu Sayang oleh Wali Band ini. kenapa di Malaysia tak ada lagu yang sebegini? entah kenapa aku amat suka mendengar melodi dan liriknya yang amat nyaman. bila mendengar bait-bait puitis lagu ini aku seolah-olah tenggelam pada satu tempat jauh dari sini bersama kesayangan saya.. *best betul berangan.. jom berangan sama2**
beshnya kalu dapat kesayangan yang akan sentiasa menemani kita dalam susah dan senang. yang akan setiasa menyayangi aku selama-lamanya dan bersama membina kehidupan hingga ke akhir hayat. aku membayangkan aku dan dia dalam sebuah rumah yang mengadap tasik. setiap petang ketika tea time atau nite supper kami akan menikmati udara segar dari tasik. minum sambil berbual tentang hal semasa. kadang2 berpegangan tangan. dia merangkul pinggang aku yang lebar nieh.. dan cium dahi dan kata "i love u sayang. saya akan sentiasa untuk berdoa kepada illahi untuk satukan kita di syurga nanti". ada masanya kami akan berjalan bersama breeze walking sambil berpegangan tangan dan menjaga antara satu sama lain agar sama rentak hayunan langkah kami. **seriously aku mmg suka dicium di dahi sebab.. dapat rasa getaran itu.. uhuhu**
aku juga mahu menjaga dia dari hujung rambut sehingga hujung kakinya. akan aku panjatkan doaku pada illahi agar menjaga dia sebaiknya demi aku agar kami dapat bersama mengharungi segala kesukaran di dunia dan dia menjadi pasangan aku di Jannah. Aku mahu setiap malam berbaring di atas dadanya sambil merangkul erat diri dia.. aku juga mahu dia membelai rambut aku sampai tertidur. pasti dia akan sentiasa memerhatikan lena ku sambil mengusap wajah aku. akan aku bisikkan pada dalam setiap tidurnya "sayang.. you are my angel from heaven. thank you for always be there for me and thank you for loving me endlessly"
Indahnya andai dapat berjemaah bersama. dia menjadi imam dan aku makmum. mencium tangannya setiap usai solat dan dia mencium dahi aku. dan sekali sekali berjakuzi bersama sambil ditemani cahaya lilin beraroma lavender dan lagu2 romantis. sekali sekala menari lagu rentak perlahan ketika ulang tahun kami... dan bercuti di pulau yang terpencil yang jauh dari hiruk pikuk manusia dan kenderaan. apa yang ada ketika itu.. hanya kami..
seandainya aku pergi dahulu sebelum dia.. aku hanya ingin dia mengingati yang terbaik tentang diri aku. aku mungkin bukan yang pertama bagi nya tapi aku mahu menjadi yang terakhir untuk dirinya. aku akan sentiasa ada ketika dia dalam keletihan.. peha aku sentiasa ada untuk pembaringannya bagi dia melepaskan lelah. telinga dan bahu aku untuk dia bercerita... dan jemari sentiasa aku untuk membelai dia bila dia kesedihan. yang pasti cinta kami akan utuh dan sentiasa mekar hingga ke akhirnya.
hmmm.. wahhh .. berangan gitu.. ahahahaha... terima kasih sebab turut serta dalam khayalan saya... *bertuah badan kalau dapat.. ahahahaha***
No comments:
Post a Comment