Wednesday 3 December 2014

Hikmah

Aku macam tak percaya yang dah almost 9 months aku been an agent.  Aku teringat masa kaunselor aku cakap aku tak fit utk kerja ini bukan kerana aku tidak layak tapi aku ditakdirkan utk lebih dari ini.    
Aku cuba untuk bertahan dengan melakukan istikharah tapi Allah tetapkan aku dengan kerjaya aku yang ini.  Setiap hari aku melangkah dengan kepayahan.

Aku tak faham dengan tingkah manusia yang pelbagai.  Mana gadoh ngn kapten.. Mana nak cuba mngubah diri. Maklumlah .. Dok kena kuarantin ngn abah dulu berbulan.  Tetiba keluar jer terus dengan dunia yang huru hara nieh.  Aku pernah berputus asa sebab dugaan untuk insan yang masih mencari Allah ini agak berliku.  Tapi.. Aku bertanya pada Allah.. Untuk apa kau menghantar aku pada dunia yang tidak sesuai untuk aku? Aku keliru bila ustazah Delilah kata aku ini Daie untuk orang lain melalui client aku. Aku menangis dan menjerit kerana tak faham.  Kenapa aku ya allah? Aku tak hebat seperti sahabat-sahabat yg lain.  Aku amat kecil kalau dibanding mereka yang lain..  Tunjuk aku jalan ya rab.. Aku amat ingin memahami kenapa kau campakkan aku ke sini!!!  Setiap hari aku merayu.

Sehingga suatu hari hampir setiap hari Allah membuka hijab aku untuk memahami satu persatu setiap persoalan.  Segala persoalan aku selama ini ketika jahil aku terjawab satu persatu.  Allahuakbar.. Hari ini aku faham kenapa kita perlu berkahwin.  Bukan setakat nafsu atau menuntut pahala yang dijanjikan Allah di akhirat tapi lebih dari itu.  Perkahwinan itu adalah associates. Penyatuan. Its how allah memberikan rezeki itu melalui togetherness.  Menjaga antara satu sama lain.  Bukan setakat menjaga antara suami isteri tetapi juga ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan  bapa sendiri atau mertua. Dan dari situ akan menguji kekuatan kita dengan melihat bagaimana kita menerima dugaan demi dugaan dalam mencari penyelesaian.  Dari dugaan ini akan wujud satu sifat yang di panggil ikhlas.  Ikhlas itu yang dilihat Allah.  Rezeki yg diusahakan bersama itu menjadi lebih berkat.  Allah akan memunculkan jalan penyelesaian dari pelbagai arah yang tak disangka.  Banyak keajaiban yang aku saksikan.  Hari ini kalau orang bertanya nak kawin tak?  Jawab aku.. Yea.  Kerana aku telah tmelihat majik nya  Dulu kalau soalan ini ditanya aku akan jawab.. I choose not to get married.  (Maaf mama... Dulu aku tidak melihat di mana pentingnya perkhawinan itu kerana bagi aku perkhawinan itu sekadar memperolehi anak dan melayan jantan yang tak senonoh)

Allahurabi ... Moga Allah ampunkan segala dosa aku yang lalu.  Moga allah permudahkan segala laluan aku...