After mengharungi ujian semester yang diberi Allah (sebab kerja of course). Kali ni agak besar gak tapi moga allah berikan aku jalan keluar yang terbaik utk aku. HUSNUZON.... haaa...talking about husnuzon.. Eversince kenal husnuzon aku banyak berubah dari sudut kesabaran dan perspektif terhadap Allah. Padahal selama ni mmg dah ditanam pada setiap umat islam yang setiap apa berlaku itu dugaan Allah tapi.. Kita sebagai manusia ini amat suka dengan perkataan TIDAK dan TAK.
Apakah itu husnuzon? Husnuzon dalam bahasa jawa bermaksud bersangka baik. Lebih spesifik lagi bersangka baik pada Allah. Allah dah kata "aku adalah apa yang engkau fikirkan". Maknanya kita kena kawal minda kita. Akal kita adalah tools yang paling berkuasa. Dia akan membentuk apa yang kita fikirkan. Kita kena percaya apa saja yang berlaku dan menimpa kita adalah kerana Allah sayangkan kita. Kalau dia tak sayang dia tak mnguji. Bak kata mama.. "Orang yang menegur tu kerana sayang kan kita .. Org yg x sayang kita dia akan buat tak tau jer. Paling bahaya ialah orang yang sentiasa memuji kerana pujian itu akan menghanyutkan kita" cerdikkan mama?
Walaubagaiman pun tidak ramai yang mencapai husnuzon. Kenapa? Ramai yang masih belum dapat memahami sifat yang satu ini. Tak percaya? Kita amat percaya yang allah akan menduga mngikut kemampuan kita tapi berApa ramai yang bila terkena dugaan Allah kita akan cakap "Alhamdulillah. Allah memberikan jalan untuk menghapus dosa-dosa aku yang kecil"? Atau.. Berapa ramai dari kita yang melihat sesuatu tanpa berdetik dari hati dan terus merendahkan pandangan mata? Atau .. Berapa ramai dari kita bebas dari judgemental? Tya pada diri... Di manakah kita?
Sahabat.. Mari kita sentiasa bersangka baik terhadap apa pun. Gantikan segala ayat negatif kepada positif. Contoh - Jika kita ditimpa dugaan allah.. Jgn sesekali menyebut BALA tapi sebut lah allah sedang menduga aku. Jika dalam terhimpit.. Berzikirlah. Berdoalah pada allah agar diberikan jalan keluar kerana allah tidak sesekali menduga umat nya kecuali dengan kemampuan kamu (albaqarah). Yakin pada Allah.. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan ( alam nashrah).
Paham kengkawan? X paham pm or we go for coffee hokeyyy

No comments:
Post a Comment