Monday, 19 August 2013

pasrah

kadang2 sahabat-sahabat melihat aku jarang sekali bersedih.  jarang sekali menunjukkan kerisauan.  bagi mereka aku ni manusia yang tidak pernah ada masalah.  wahai sahabat.. andai kau tahu betapa hati aku ni dah rabak teruk.. mesti kau tidak akan berkata macam2 pada aku.  sahabat2.. dulu memang aku seorang yang akan meluahkan segala rasa aku pada kamu tapi hari ini aku memilih untuk berdiam diri.  kerana apa? kerana kadang2 kata2 aku bisa mengundang kata maki dan kejian.  

sahabat.. saat paling seronok hari ini ialah bila tiba masa dating aku 5 kali sehari dengan Dia yang dah lama aku tinggalkan.  aku menyerahkan segalanya kepadaNya.  hidup aku juga mati aku.  aku mengadu segalanya pada Nya kerana .. dia tidak pernah prejudis kepada aku seperti mana kamu sekalian.  membaca setiap kalam Nya membuat kan aku rasa lebih bijak dan berilmu.  membuatkan aku insaf.

kekasih2ku... apabila kamu rasa kan kesulitan berdoalah agar dia permudahkan segala urusan kamu.  bila kamu kesakitan.. nikmatilah sakit itu kerana sakit itu penghapus dosa2 kecil yang ada.  apabila kamu hampir putus harapan.. kembalilah kepada dia.  tidak salah melepaskan segala ego yang ada pada diri demi tuhanmu.   menangislah kepada dia kerana hanya pada dia yang patut kau bersedih hati..

maaf kalau terasa aku begitu poyo saat ini tapi aku begitu terasa sedih kerana tidak dapat mencapai apa yang patut di capai.. aku rasa hopeless sebab tidak mampu menjalankan amanah yang telah allah berikan.  apa yang aku mampu .. mendoakan kamu di setiap sujudku disetiap akhir solat ku agar kamu sentiasa dilindungi allah dan juga aku mohon diberikan kepada kamu kekuatan untuk menghadapi setiap kesulitan yang diberikanNya. Amin ya rabb


No comments: