Sunday 5 January 2014

kisah tentang ILLI

Baru-baru ni aku mengenali seorang sahabat baru yang aku panggil Illi.  kami bersahabat dalam grup watsap.  mula-mula aku ingatkan dia bergurau bila dia cakap dia mencari suami sebab aku tau yang dia ni Pengkid.  makin aku kenal dia aku makin kagum.  dia amat muda tapi matang.  amat tersusun bila bercakap.

dia bercerita pada aku yang bagaimana dia boleh membuat keputusan untuk meninggalkan dunia gelap nya dan kembali kepada Allah.  mendengarkan ceritanya buat aku malu pada diri dan malu pada Allah.  dari seorang Pengkid yang amat kuat minum (maklumlah dia duduk di tempat yang mudah mendapat supply arak), gila sex, pakai binder, tak pernah solat btiba-tiba hari ni bertukar menjadi seorang muslimah yang sejati.  dia menunjukkan aku gambar terdahulu yang memang abang2 (istilah kami) dan sekarang sebagai seorang muslimah yang amat ayu.  siap berlipstik ye!!  aku amat tergamam.

kata dia perubahan itu bermula bila dia bermimpikan yang nyawa dia di tarik. dia menangis kerana kesakitan dan terjaga dalam keadaan yang sakit.  mimpi tersebut meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupannya.  lepas muhasabah diri dia mengambil keputusan untuk berubah.  yang mengkagumkan aku.. dia telah TAUBAT NASUHA!!  allahuakbar.  begitu sekali.  aku malu kerana merasakan yang selama ini aku dah berubah dan berjaya tapi bila melihat dia aku rasakan betapa aku sebenarnya hanyalah 1% dari dia.  kata Illi.. setiap hari dia akan beribadah di siang hari dan menampung lagi di waktu malam kerana takut amalannya tak diterima Allah.  Allahu rabbi.. benar kata Allah jika dikehendaki ke atas umatnya untuk berubah akan diberiNya.  aku menangis membayangkan betapa aku masih lagi tak mampu untuk menolak perasaan untuk menyintai kaum sejenis aku sedangkan aku katakan diri aku sudah berubah.  kenapa aku tak seberani dia untuk melakukan taubat nasuha iaitu ikrar pada Allah untuk Taat pada rasulnya dan menjauhi kemungkaran? persoalannya..sampai bila aku akan dibayangi ketakutan sedangkan aku mahukan syurga di sana.  aku ingin merasakan keindahan di sana seperti yang ditulis di dalam alquran... (to be continued)

No comments: