Thursday 30 January 2014

pensucian jiwa

okey... aku rasa aku dah tak boleh lagi menaip.  nope... bukan menaip tapi bercerita.  aku dah hilang punca.  aku nak bercerita yang aku melalui proses pensucian jiwa pun dah berjam-jam.  aku taip aku delete... aku taip aku delete... cam apa pun tatau.  huh... ni aku salah kan ke atas manja yang da tinggalkan aku tanpa sebab.  sejak dia tak de aku pun jadi cam takde jer.  cam lahanat gak rasanya.  ha.. kan da keluar bahasa pasar malam aku.  seksa giler kot sekarang ni aku terpaksa belajar jadi pompuan ayu.  perrgghhh.... penat siot.  bahasa amat lah kena sempurna.  kang tak pasal orang cakap aku amat immature dan childish.  uhuhuhu... aku immature dan childish?  itu aku pnyer introducer aku cakap sebab aku buat hal.  iye la... every morning Isnin, Rabu dan Jumaat ajen sema kena berkumpul jam 8 pagi.  aku plak sampai lambat. tapi tak de la lambat sangat.  jam 8.15 am aku da tengah search parking kat area Jaya 1 tu.  huiiiii... sampai jam 9.30 am tunggu tak de gak aku pun gi ler kat parking mahal kat opis Jaya 33.  and.. tak de.  aku tunggu sampai jam 11 am.  sakit ati plus rasa nak kencing pnyer pasal aku blah dari opis.  ekeke ... aku gi jupa si Nadya.

uhuhuhuhuhu... perrggghhh... tengok jer hp si Sara dok membebel panjang baiiiiikkkk pnyerrrrr.... lepas jupa nadya aku sakit hati aku balik jer lah umah.  mmg rasa pedih baca bahasa dia.  yeap... atitude aku teruk i have to admit that.  and .. i believe i born to be someone better than this.  sejak join benda ni aku amat tertekan.  tertekan kerana jiwa aku amat keliru.  penah tak korang rasa badan yang amat berat?  itu yang aku rasa sertiap hari.  aku rasa gelisah setiap hari kerana aku tak mampu solat sunat sebab takut bangun lambat pagi.  subuh tu biasa jer terlajak.  cam .. entah.lah.  aku penat jadi plastik.  aku tak tau camana nak bangunkan balik diri aku.  aku tak tau camana rasa nak punya keyakinan diri tahap dewata macam dulu.  aku hari ini seorang yang hopeless!!!!  aku rindu nak mengaji aku rindu nak bertadarus dengan abah.  aku rindukan ustaz kariman!  aku terpaksa meninggalkan semua itu kerana nak achieve target.  kena jumpa client

percayalah.. penah aku rasa aku amat tertekan hingga rasa aku ni tak berguna satu sen untuk hidup.  akibat yang ditinggalkan oleh Manja juga membuat aku tenggelam.  aku cuba pujuk anak kecil yang ada dalam diri aku untuk keluar untuk membuatkan aku lebih bersemangat untuk hidup.  tapi dia tak mahu.  aku sudah tak mampu untuk melihat dunia dengan lebih indah.  semua yang aku lakukan amat palsu.  tak campur lagi dengan tekanan dri mama.  itu tak payah cakap lah.  nak terjun bangunan pun ada rasanya.  and... kronik atau tak aku ketika itu.. aku cari pertolongan dengan telefon kaunselor masjid al Taqwa.  aku merayu mohon bantuan agar punya seseorang untuk mendengar dan memberikan bantuan pada aku.  aku nak allah balik.  aku nak ketenangan aku.  tapi aku tak dapat bantuan itu.  aku bertanya keliling mana nak cari kaunselor.  aku terpaksa mengaku yang aku dah sakit jiwa. 

dan.. akhirnya... kelmarin.. allah pertemukan aku dengan seseorang.  aku menjalani proses mensucikan hati aku.  untuk pertama kali aku membiarkan air mata aku mengalir depan publik.  aku manusia yang amat egois selama ini.  aku takkan biarkan orang melihat air mata aku.  aku menjadi manusia paling jujur ketika itu.  dan sepanjang malam aku menangis.  untuk pertama kali setelah beberapa lama .. aku solat taubat dan membaca al quran.  ya rabbi.. rindunya aku dengan Allah.  dan.. paling ajaib.. bangun pagi.. segalanya hilang

aku rasa seperti jatuh cinta.  aku jatuh cinta pada allah dan rasul.  aku jumpa diri aku semula.  allahhhh.... aku maafkan semua org dalam hidup aku terutama manja.  awak.. saya maafkan awak dengan nama allah.  dan rasa itu amat indah.  badan ini rasa amat ringan.  aku ketemu cinta aku yang hakiki.  dan aku telah menyerahkan segalanya pada Allah agar dia menguruskan segalanya tentang hidup aku.  dan ... sesungguhnya allah maha penyayang kerana tidak pernah meninggalkn aku.  menjawab segala doa aku.  dan ... untuk pertama kali.. aku tak risau lagi tentang duit... allahuakbar... 

sahabat... terima kasih kerana bersama dalam susah dan senang.  andai aku terpaksa pergi.. untuk berkelana mencari diri dan stabilkan emosi.. halalkan makan minum aku.  aku sayang kamu.  tunggu aku kerana aku akan pulang .... jazakallahukhairan...

(bahasa yang kelamkabut... maaf kan aku.. hmmm.. )

31/1/13 ... 5.41 am... 

No comments: