Thursday, 29 August 2013

ustazah vs motivator

dalam menyelak2 majalah ANIS keluaran terbaru mata aku tertancap kepada satu topik yang menarik hati aku.  bila melihat penulisnya tiba-tiba aku macam nak terlompat dari kerusi! ustazah tuttttt? huh!!!!!    ustazah la sangat beliau ni kan? beliau menyebut secara detail penuh tentang kursus yang pernah aku dan sahabat anjurkan.  beliau hadir sebagai motivator yang konon tersohor!!! tersohor ke beb? uhuhuhu..

sungguh longkang betul bahasa beliau dalam artikel tu! dia dengan x senonohnya menyebut "pilot projek golongan tomboi"!! itu projek grup aku dol!!  kenapa kau menyebut benda ni dalam magazine dol?  kau tau x sekarang ni kau dah buat org marah? dah mencabar kesabaran? ahah.. seriously aku faham dia ingin melakukan dakwah.  dia ingin membantu golongan-golongan PLU diluar sana tapi.. perlukah dia menyebut setiap inci apa yang jadi ketika kursus itu?



tiba-tiba aku tringatkan sesi ketika beliau menyuruh kami menepuk dada kami dan sebut "kami suka lelaki".  dalam artikel itu menyebut kami menggeleng menolak.  padahal tak ada pun dari kami yang menolak.  kami hanya tergamam sebab kami tidak ada rasa pada lelaki! dan ustazah yang budiman.. dalam ramai2 yang senget tu .. ada 5 org yang bukan budak2 PLU! dan sorang pun x mengikut apa yang ustazah cakap!!!!  tolong ustazah jangan propa sangat kalau stakat nak sedapkan story. berdosa tau!

and one more thing ustazah.. ni nak kasi ustazah faham..  *macam la ustazah baca blog saya ni kan** ustazah .. kami tak pernah anti lelaki! kami bukan benci lelaki!  kami faham lelaki tu khalifah yang membimbing kaum hawa. no doubt.  yang tu kami faham. kami faham konsep rasul itu lelaki.  membenci lelaki sama seperti membenci rasulullah.  kami amaaaattttt paham.  fyi.. KAMI X BENCI!!! kami hanya tak SELESA.. kami x selesa bila ada lelaki di dalam kursus kami!  tak suka bukan bermakna benci!!!  samje?

ustazah tau tak.. bila ustazah pergi kursus yang khas untuk pondan sahaja.. mereka mahukan fasilitator yang berjantina lelaki.  mereka juga tidak selesa jika ada wanita dikeliling. kerana apa? kerana itu sifat kami.  tidak mahu bukan bermakna membenci! tidak mahu bukan bermakna membenci!  jgn hukum kami tanpa mengenali kami.  kalau tak puas hati cakap depan2 ustazah yea tak mau publish artikel murahan seperti itu.  bikin hati panas tau tak?










bila baca yang lain ni saya rasa nak ketawa.  banyak perbualan kita secara personal di tulis di sini. ustazah.. ustazah... *geleng kepala** saya amat nak berperasangka baik dgn ustazah selama nieh.  tapi.. well ustazah... plis .. plis.. betul kan tulisan ustazah. tolong jangan jadi hakim yang menghakimi orang lain tanpa bahan bukti dan siasatan.  ustazah... kami juga manusia yang ada maruah.  golongan seperti ustazah akan menyukarkan usaha kami untuk menarik lebih ramai golongan PLU seperti kami untuk menghadiri majlis ilmu.

err.. cik puan.. kami nak puan tahu.. kami bukan menanam perasaan yang ada ini.  ia lahir dari hati. dari kecil lagi kami memang begini.  rasa cinta pada kaum sejenis itu dah memang wujud dari kecil.  bukan ikut2an.  cuma yang ada hari ni kami cuba kembali ke jalan allah secara perlahan.  kami suka mendapat ilmu agama dari orang yang telus kami juga ingin ke jannah.

ehh awak.. ehehe rasa cam x layak lak nak panggil ustazah.. perkara pertama.. audience awak hari tu bukann kecik2 anak. most of us are professional.  and cik puan..saya sungguh-sungguh menyampah membaca cara awak describe pasal kami dan kedunguan kami.  please prepare yourself sebelum memberi nasihat kepada orang.  saya faham niat awak untuk berdakwah tapi bila begini cara nya .. saya terpaksa pangkah awak. uhuhuhu.. call saya yea kalu nak paham lebih.. err.. cik puan.. berdoa ketat2 agar anak awak nanti x dilahirkan sebagai seorang PLU.. ehehe .. kalu terjadi datang la cari kami.. ekekek

err.. anyway.. ustazah.. u have nice shape.. ahahah!!!

2 comments:

suez said...

hurmm...begini lahh dunia zaman skrg...'title' yg ade kdg kala mmg x mencerminkan keperibadian...
takpe lahh cik mawar...Yang Maha Esa shj yg mengetahui kan... :)

Unknown said...

apa yang dia katakan tu.. kadang2 hanya berdasarkan ukuran dia. sebab dia tidak menyelami dunia kami. entah lah.. moga allah mengampunnkan dosa kami dan dia..