agaknya betul kata orang tua.. bila muka mak ngan anak pompuan sama hidup mereka mesti kepanasan! huh! aku rasa benda tu amat benar sebab muka aku ngan mama cam fotostat. cuma yang beza kan kami warna kulit je. kulit mama agak kopi susu sebab mama mix India + Arab (ayah mama is Indian and nenek is Arabic .. uuhuhuhuhu nenek aku lawa giler.. ahah) dan aku cerah banyak banding ngan mama ehehehe sebab tone kulit aku ikut abah (siam + mynmar). ehehe.. cam best bunyikan? banyak sangat campurannya.. tapi tak de la lawa sangat pun aku nieh tapi boleh la.. ahahaha saja nak puji diri sendiri sebab.. xd yang nak puji. ekeke... err.. penah satu masa dulu kan.. masa tu raya tak silap. aku pegi tesco beli barang umah. aku pakai tudung mama (masa tu aku free hair lagi). tetiba miang nak pakai tudung mama. tetiba lalu kat ada tempat cermin besar. aku boleh terkejut tengok cermin tu. MAMA!!!! camana boleh ada kat sini? huh.. naik panik aku sebab ingat mama kat depan.. uhuhu.. seb bek sedar cepat.. ahahah.. mengong! err .. aku yang mengong
korang percaya tak.. sampai umo aku dah nak masuk 40 ni.. aku hanya pernah tidur rumah orang baru 2 kali? mama aku terlalu mengawal anak-anaknya. balik rumah tak boleh lambat. ehehe.. tapi .. aku ada cara aku untuk lepas. anak paling nakal. tapi aku hormat orang tua.. ehehe..
okeh.. tentang mama.. hmm.. sepanjang hidup aku .. aku mmg agak menjauhkan diri dari mama sebab asal kami jumpa jer mesti gado. ada jer benda nak digaduhkan. benda kecil boleh jadi besar. in fact.. haiisshhh..aku ni jadi punching back mama. asal dia nak membebel jer dia cari aku. uhuhuhu... aku lah jadi tempat dia membebel. dia nak marah orang lain pun aku yang kena. dia nak marah aku.. lagi la teruk kena. kadang-kadang aku jeles tengok orang yang ada mak yang agak sempoi yang tak terlalu strict sangat. mama aku kalah abah yang da memang askar! and.. aku tak pernah sedar pun selama hidup ni gaya bahasa aku ngan mama sama rupanya! ahaha.. thanx to incek yan sebab sedar kan aku. kata yan.. mama kadang-kadang dia tak maksudkan apa yang dia cakap. dia cuba being nice tapi bunyi sinis. errr.. aku cenggitu ke yan? uhuhuhu.. kata yan.. sebab tu orang selalu salah faham dengan aku. uhuhu ooooooo.... but aku rasa aku better sebab aku ada ramai kawan berbanding ngan mama.. mama memang tak de kawan sebab dia jenis malas berkawan dan tak percaya orang. pergi haji baru-baru ni banyak mengubah perspektif dia tentang kawan. kata dia.. orang-orang kat sana anggap dia macam mak sendiri. *ada jugak orang macam tu ye? semua orang jaga mama - dialog mama* laaaa... uhuhu.. mama.. akak ada kawan yang begitu yang menjaga akak sebaiknya yang menyayangi akak lebih dari adik beradik akak sendiri. uhuhuhu... (tenkiu guys... terima kasih kerana jaga aku sebaiknya)
mama aku is result orientation jenisnya. dia nak tau hujung taun jer anak2 mesti dapat top 3. aku sorang jer yang tak macam tu. hmmm.. aku lembab. tak secerdik adik beradik lain. tapi.. mama punya impian yang terlalu tinggi terhadap aku. mama selalu kata.. dia impikan aku duduk kije kat bilik besar.. be someone. hmmm.. entah lah.. aku kadang-kadang memohon pada allah agar berikan mama ketenangan jiwa. dan aku memohon allah agar beri aku kekuatan untuk terus bersabar dengan mama. sejak mama balik dari haji aku kesihatan mama makin teruk. kaki dia berlobang akibat diabetik. doktor dah tak kasi mama bergerak. sekarang aku dah jadi suri rumah ahahaha.. memasak mengemas.. huhuhu sema nya kerja yang memenatkan rupanya. aku berdoa setiap hari semoga allah berikan aku kekuatan agar dapat bersabar dengan kerenah mama. agar aku tidak merungut. agar aku diberikan kekuatan setiap hari kerana kata abah..syurga bagi aku adalah dari redha ibu dan bapa aku.
sejak mama balik dari haji.. aku tengok mama cuba berubah. alhamdulillah. hari tu abah masa on the way balik kelantan abah bercerita pada aku betapa mama amat menyayangi aku. abah kata.. masa di sana mama sentiasa membeli barang untuk aku. setiap apayang dipegangnya disebut nama aku. waaahhhhhhh.. cam terharu jer. harus la kan sebab aku ni anak tunggal uhuhu katanya. abah kata.. mama tak akan balik kampung kalau akak tak ikut. dia kata tak best kalau akak tak ada. uhuhuhu.. macam pelik kan statement mama.. bila aku amik keputusan berenti kerja dan jadi henbeg mama ngan abah dia marah. sampai skg dia still marah aku. suruh aku pegi kije makan gaji tapi.. bila aku kerja aku dah tak boleh jadi henbeg dia!! konpius la mama! abah kata lagi "awak kena jaga kesihatan. awak tu bukan la sihat sangat" abah kata mama cukup risau dengan kesihatan aku cuma.. mama tak pandai nak express dengan cara baik. uhuhu.. yeap.. mama terlalu panas mulutnya. aduiyaii.. kadang-kadang bila adik-adik terasa hati ngan mama aku sentiasa tenangkan mereka. sebab.. hanya aku sorang jer faham gaya bahasa mama ahaha.. kadang-kadang mama terlalu dramatik.. drama queen sangat. now i know la kenapa anak perempuan mama sema kaki buat drama ahahaha... abah pesan.. sabar je dengan mama. kalau dia marah tu dia just nak release tense dia. uhuhu.. boleh jer gitu kan?
aku percaya.. bukan aku sorang yang punya ibu sebegini. nasihat aku.. sabarlah. rahmat allah tu ada jika kita bersabar. apa pun yang mama kata.. diam kan aje. telan dalam-dalam. percaya lah.. dia sayang kita sebenarnya.. kan mama kan? sayang kan? ahahaha.. akak sayang mama.. doakan kita jumpa di sana In Sha allah..