Friday, 7 June 2013

SATU HUKUMAN

Mama & abah..

ampun kan anak mu ini.  aku gagal menjadi anak yang baik.  aku gagal menghantar mama dengan abah pergi UTC.  allah... bdosa nya akk abah.  akak amat terpukul dengan kata-kata mama dan abah tadi bila abah sebut "abah x nak gerak anak abah.  anak abah sibuk.  anak abah baru balik.  nanti sakit.  abah terpaksa jaga hati anak abah.  anak tak payah jaga hati abah"

abah.. ampunkan akak abah. tak terbayang di benak ini macamana abah memandu ke Puduraya. keadaan yang jem dan sesak.  ampunkan akak sebab mementingkan diri sendiri.  akak tau akak tak patut balik lambat.

bdosanya aku membiarkan orang tua aku pergi ke tempat sesak itu berdua.  abah x boleh memandu dalam jem.  doktor tak membenarkan kerana dikhuatiri terkena strok.  lagi pun abah dah tak kuat.  lagi pun aku dah berjanji pada allah yang aku akan sentiasa menjaga abah dan mama.  tapi hari ini aku GAGAL. Sepatutnya aku tahu aku tak boleh balik lambat kerana aku dah berjanji dengan abah dan mama.  sepatutnya aku ikut gerak hati aku untuk pulang awal.  kenapa aku boleh tewas dengan kehendak akal?

dan hari ini aku menanggung akibatnya.  aku tak tahu sama ada aku berpuas hati dengan keputusannya. aku tahu apa yang bakal aku hadapi sepanjang hari ini. abah tidak pernah bersuara begitu telah mengeluarkan isi hatinya.  dia kecewa dengan aku.  allah....  aku tahu apa yang bakal aku hadapi selepas ini.  abah dan mama akan tidak menghiraukan aku lagi di dalam rumah itu.  aku boleh bayangkan kemarahan adik beradik aku yang lain kerana gagal menunaikan tanggungjawab aku.

allahurabbi.. sakit nya hidup tanpa redha org tua.  aku tidak mahu kembali pada kehidupan itu.  aku tidak mahu hidup tanpa senyuman mama dan abah.  aku tak mahu rasa hidup dalam keasingan.  aku tak mahu hidup tanpa redha allah kerana tiada keampunan dari orang tua aku.  aku tidak mahu kembali pada zaman gelap itu.

kadang-kadang aku terikir.. tidakkah aku mendapat pengajaran yang secukupnya dari kisah-kisah aku yang silam?  apa sebenarnya yang aku kejarkan? kenapa aku jadi begini?  kenapa aku tidak belajar untuk berkata NO?  kenapa aku lebih mementingkan org lain dari orang tua aku yang pasti2nya akan bersama aku seumur hidup aku selagi nyawa mereka panjang?  kenapa rose?  kenapa?

*menangisairmatadarahpundahtakguna***


No comments: