Tuesday, 24 December 2013

apa dah jadi..

ahahahaah.. apa dah jadi nieh..  bila x dok depan pc macam2 benda running dalam kapla.  bila da dok depan lappy .. cam xd benda nak ditulis.. adoiii.. 

ha.. let me talk about wat i am doing right now.  skg nie agak kebizian dengan kerja.  masuk opis jer jam 8 am. ahaha cam tak percaya jer aku dok opis jam 8.  esok cuti satu malaya tapi aku kena gi kije. ahahah.. tapi nak wat camana kan sebab nak cari pitis nyer pasal.  well.. i am an insurans agent for Prudential BSN.  now am working so hard so that i can make my dream come true.  

for this while i tot kerja nya mudah.  tapi amat mencabar jiwa rupanya.  bukan semua orang boleh jadi agen sebab hanya yang cekal jer mampu.  peeerrgghhh.. periksa ajer ada 3 jenis.  uhuhu pastu nak probation jer kena bawak 5 kes! uhuhuhuhu.. aku lak lembap orang nya. cam nak nanges dah aku nieh.
nak balik kije kat pasar malam rasa cam tak larat. uhuhu.. ahaha apa yang aku merepek nieh?  but.. mula2 mmg agak susah sebab aku ni pemalu dasarnya.. muahahaha *blueekkk* tapi skg rasanya kemaluan tu da berkurangan dah.  yang pasti.. aku dah set dalam kepala hotak aku nieh.. aku bekerja kerana allah.  aku kesian dengan orang yang tidak mengambil insurans lagi2 bila fikirkan apa yang jadi pada dia bila dia sakit? bagaimana dia nak bayar bil hospital? macamana nak menampung nak beli keperluan? aku cakap macam ni sebab.. aku dulu amat negative dengan insurans.  so.. bila aku dah terkena sakit.. baru aku rasa menyesal.  aku tak punya wang untuk beli ubat pun.  apatah lagi nak dapatkan treatment.  so.. padanlah muka aku kan? beli henbeg mahal2 mampu tapi .. nak melindungi diri x mampu.  so.. aku looser.

now.. aku amik life protection.  just protect kalau2 aku kena kritikal illness or terminal ill.  at least aku ley tampung hidup aku bila tk bekerja.  tak de lah menyusahkan orang lain.  just rm100 jer sebulan.  kalau fikir tak cukup belanja tiap2 bulan mmg la tak tapi kena put aside tak kira macamana pun sebab itu untuk diri sendiri.  just imagine.. dalam keadaan diri tak berupaya tu agak-agak ada ke sedara mara yang nak hulur RM kat kita? rm20 ada la kot tapi itu pun sekali sekala.  kalau dibuatnya umur panjang? x azab namanya?  kesian pulak yang sihat.  orang ni bila kita ada duit dia sayang la tapi bila da susah.. xd yang nak layan kita.  cam pak cik aku la.  orang masuk kan dia kat wad 3.  sekali dia tunjuk duit dia terus orang tukar dia masuk wad 1.  baru lah dokto datang tanya kabar.  nurse yang layan tu muka manieh jer.  kalu tak? uhuhu.. cam nak monopos jer muka..

and yang penting.. bila aku mati segala hutang aku pada manusia boleh dijelaskan.   seram aku kalau dorang tuntut kat akhirat nanti. uhuhuhu.  aku da wasiatkan dekat adik aku untuk dia bayarkan.  one ting.. aku x paham kenapa orang takut sangat sebut pasal mati.  nak tak nak kita akan mati kan? so.. apa persediaan kita untuk ke sana?  selain amal ibadat pernah tak terfikir.. apa yang aku tinggalkan untuk orang yang tinggal?  pernah renung diri tak kalau aku mati.. hutang2 yang sedar ngn tak sedar ni sapa nak tolong bayarkan?  hutang keta.. hutang umah hutang kad.. hutang segala hutang yang tak sedar.  aku tak nak jadi manusia yang meminta-minta sebab dalam al quran ada melarang orang islam dari hidup meminta-minta kecuali dengan allah taala.  so.. by having insurans aku mendisplin kan diri aku untuk kemudahan aku di hari tua.  so x yah lah orang tua aku masuk BERSAMA MU mintak derma ke bantuan hospital ke.  kan? nampak lojik tak?  aku mintak allah berikan aku kekuatan untuk bekerja menolong umat islam di luar sana supaya tidak menjadi insan yg meminta-minta. err.. uols.. ustaz asri yang rabbani tu pun cover life dia rm100k.  sebab apa? sebab dia tak nak susahkan anak isteri dia.  dia x nak anak isteri dia hidup kesusahan bila dia tak ada.  uols faham kan? 


Sunday, 8 December 2013

cinta itu ketololan


aku punya seorang sahabat baik.  kami masih mengaku bff walaupun kami banyak ketidak sefahaman.  paling aku tidak faham ialah ... obses dia pada cinta.  mungkin hidup nya yang berseorangan itu buat dia jadi obses dalam cinta dan selingkuh.  punya suami tapi masih ramai kekasih.  sebagai seorang sahabat aku terasa macam.. entah.. aku tak tau nak tegur macamana.  dia bangga tayang kekasih depa kami sahabat-sahabatnya.  pernah bawak datang rumah pun.  sekarag ni bercinta dengan budak umur 25 thn.  perangai pun.. ya rabbi.. aduiiii.. biasalah dapat anak ikan muda belia

entah lah.. moga allah berikan dia kesedaran.  aku nak bagi dia surah nie.. tapi cam tak berani.. ada sapa berani bagika? ekekek

Wednesday, 4 December 2013

LA TAHZAN - bila putus cinta

aku tak tahu kenapa aku rasa muak bila buka fb senget sekarang ni baca status tentang putus cinta. paling kelakar bila ada pulak yang berdoa minta macam-macam dari Allah.  dalam hati tiba-tiba terdetik.. mereka ini sedar tak apa yang mereka minta dari Allah? 

untuk golongan senget dan lurus.. pernah tak terfikir yang apabila kita memohon pada Allah dan Allah memakbulkan permintaan kita bermaksud Allah sayangkan kita?  kenapa bila putus cinta saja kita meraung macam dunia dah berakhir?  pernah tak kita melihat setiap apa yang terjadi pada kita itu adalah hasil dari doa kita?  kenapa tidak melihat dari sudut yang positif?  pernah terfikir tak yang Allah memberikan kita kesakitan putus cinta untuk apa?  pernah tak kita terfikir yang diputuskan hubungan itu kerana dia sebenarnya bukan untuk kita?  kalau kita melawan takdir.. apa kah yang terjadi? hubugan itu tetap tak ke mana.  tetap akan  berakhir di situ sahaja.  Insya allah.. allah akan beri yang lebih baik untuk kita sebab dia lebih tahu apa yang telah dirancangkannya.  

bagi aku.. apa yang telah terjadi aku redha.  mungkin itu yang aku pernah minnta pada Allah.  kenapa mesti hendak meraung?  bagi aku.. Allah telah menentukan yang terbaik untuk aku maka aku akan menikmati kesakitan itu.  rasa sakit putus cinta itu jika dilihat secara positif banyak hikmahnya.  salah satu.. kita akan lebih rapat dengan Dia sebab hanya dengan dia kita mengadu nasib.  hanya dengan dia kita bercerita.  aku redha atas cinta yang telah hilang.  aku percaya allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik.  itu janji Allah jika kita redha akan ujian yang diberikanNya.  

faham kengkangawan? samje? tak mau nangis sebab putus cinta. baik nanges sebab tercucuk paku.. ahahah.. jangan membazir air mata yea.  simpan jer dalam hati.  nangis bawah katil.. tau? tau? tau?

nak cakapr muka orang rasa nya niehhhh!!!!

aku kan .. tiap kali kalau nama bekas madu aku naik aku mesti nmpak asap kat telinga aku.  y? sebab sepanjang hidup aku .. aku tak pernah jumpa orang yag amat boleh buat aku rasa bila dengar dia bercakap atau apa saja aku akan rasa nak muntah!  

ok.. citer dia cenggini.. aku still baik dengan ex aku yang sulung tuh.  aku rasa tak salah berbaik dengan dia sebab.. banyak yang masih kami kongsikan.  ex aku ni dia ni bila dengan aku dia agak kurang ajar la.  mesti bagi cakap panas nyer sampai aku rasa nak singgah jer penampar kat dia.  cuma dalam tiga pat minggu ni dia cam baik jer.  cam sopan cam ayu.  aku cam pelik gak.  tapi satu hari .. aku ternampak ada status dia kat moment buat aku terdiam.  aku belek gambar2 kat fb dia.. ahahah.. rupa-rupanya dia gi uss Singapore ngan bekas maduan aku tuh! sepatut aku gi dengan dia tapi aku lebih sayangkan duit aku so.. tak payah la pergi.  hmmm... tetiba satu hari dia telefon cam manja-manja dengan aku. ko napa nie senah? dalam hati aku berkata-kata.  siap naik status yang rindukan aku la apa la.. hmmm.. last kantoi bila aku tengok ada posting gambar yang pompuan tu bagi jam kat ex aku rege dekat rm1000.  ehehe.. bila aku tanya ex aku tu dia leh lak nafikan.  tak ke bodoh tu? last-last kantoi ngan aku gak la.. pastu kelmarin bila dia cakap pompuan tu tak kasi ex aku bercuti gan aku.. aku rasa cam.. ok.. fine.. aku tak heran kot tak pergi bcuti ngan ex aku tapi siap soh sampai pesan pulakk!!! pehal? takut aku amik ex aku ke? sekarang ko da kapel ngan ex aku secara rasmi tanpa gangguan kan? takut aku hamik ke? hello!! ko tak perlu suruh sampaikan amanat macam tu kot.  siap mintak maaf bagai. aku muak dengan mintak maaf dia! apa pun mintak maaf.  benda tak perlu mintak maaf x payah la mintak maaf.  cukup lah banyak kau lukakan hati aku dulu.  kau orang yang pernah buat hati aku amat hancur.  dan.. ex aku amat suka bermadu.  perempuan ni tak lepaskan partner dia sekarang dan berkasih dengan ex aku.. uhuhuhu hebat sungguh kau ni la... ehh .. aku memang sakit ati lah dengan dia.  jgn tanya kenapa.  ok.. dia bikin aku sakit jantung dengan kata-kata manis dia. eeerrrgggghhhhh!!!!!  aku watsap dia cakap.. "u dun hv to wori.  shes all yours.  im not interested"  tau dia jawab apa? " eh.. awak jangan salah faham.  saya kasi dia jumpa kawan-kawan dia cuma untuk melepaskan dia pergi bercuti dengan awak saya masih belum bersedia.  maafkan saya awak"  aku benci ayat maaf dan ayat seolah2 dia tu amat baik. padahal... adoi.. dari zaman dulu lagi aku memang cukup annoyed dengan ayat baik dia.  ahhh... 

hmmm... sabar lahhhhh... jangan kau tutup rezeki aku dah lah senah oiii...  errr.. aku dah memang tak nak ex aku tu senah.  ko jagalah dia. aku lebih suka dengan hidup aku yang ada hari ni.  aku lebih tenang.  aku harap korang dapat apa yang pernah korang impikan.