Sunday, 13 July 2014

Ramadhan datang lagi - kelahiran semula

Ramadhan dating lagi. pantas betul masa berlalu.  salam ramadhan.  dah setahun aku dilahirkan semula.  mesti orang ingat aku giler cakap macam tu.. hmm tapi.. sesungguhnya ramadhan yang lepas merupakan titik tolak perubahan aku secara total. bagaimana? hmm.. satu malam.. allah gerak aku bangun. aku tak tahu nak buat apa.  aku cuba membuang masa aku dengan solat sunat.  nak tau macamana aku solat sunat? solat tapi henpon kat tepi aku.  belajar solat dari situ.  usai tahajud.. aku rasakan banyak lagi masa terluang.  aku piker.. nak buat apa yea?
 
tiba-tiba aku ternampak quran tafsir yang jidah bagi.  aku cuba membaca surah al-baqarah.  perlahan-lahan. tersekat-sekat.  esokkannya aku cuba lagi. aku hampir mengalah.  makin banyak aku baca makin sukar.  aku menitiskan air mata.  ya allah.. lidah aku dah keras.  aku tak mampu membaca.  aku tak kenal huruf pun.  aku malu dengan allah sebab aku dulu pernah menyara hidup aku dengan mengajar Quran tapi hari itu allah benar-benar menyedarkan aku.  aku membaca tafsir albaqarah.. aku menangis dan terus menangis.  sungguh banyak peringatan di dalam nya tentang manusia yang ingkar tentang suruhanNya. indah sungguh kalamullah... aku tak pernah tahu selama ini.  aku tak pernah ambil peduli pun.  tapi ramadhan itu benar-benar membuka mata aku.  betapa aku selama ini terlalu lama hanyut hingga aku tak sedar Allah telah mengeraskan lidah aku dari menyebut kalimah suci Allah.  betapa malunya huruf jawi itu pun aku tak kenal.  betapa jahilnya aku selama ini.
 
aku bersyukur kerana Ramadhan kali itu aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang benar-benar menyokong perubahan aku.  MGDA, Babang, Blue, Jidah .. terima kasih sebab menghadiahkan Handphone yang canggih tu.  Handphone itu banyak digunakan dalam proses perubahan itu. Dengan henpon tu aku blajar sembahyang, denga henpon tu juga aku meneruskan mengaji.  Alhamdulillah.. hari ni lidah aku dah mula lembut.  mengaji pun agak laju berbanding tahun lepas.  hmm... lately ramai artis yang dah berhijrah.  aku kagum dengan mereka yang berhijrah.  tak mudah untuk berubah.  lagi2 mereka tu artis.  tapi mereka teruskan.  hanya mereka yang berdosa saja tahu bagaimana rasanya Allah berada di tengkuk.  Allahuakbar.... doakan agar aku diberikan istiqamah.
 
moga berjumpa di Jannah.





Wednesday, 2 July 2014

salam ramadhan 2014

Assalamualaikum.....
 
lama tak menulis.  huii... puasa lagi.. hmm.. puasa kali ni agak berbeza.  aku dah tak berniaga.  aku sometimes rindu dengan suasana bazar ramadhan. aku rindukan kesibukannya. rindukan berbuka di dalam gelap.  makanan percuma yang dibagi oleh jiran sebelah menyebelah.  hmmm.. rindu murtabak cheese. ehhh.. ahaha. sekarang ni aku berpuasa sebagai seorang ejen.  agak berdebar gak sebab selama ni aku ada lebihan wang bila berniaga tapi kali ni...
 
but.. looking at the positive side.. aku dapat lebihkan masa bersama mama.  teman mama berbuka.  tolong mama masak sebab for all this while mama sendirian bila beriftar.  tapi.. ahaha.. tetiba tahun ni abah ada lak berbuka sekali.  selalu takde.  cuma kesedihan sikit sebab tak mampu nak beli macam2 kat mama cam tahun lepas. Tahun ni aku nak ibadat.  nak lebih baik dari tahun lepas.  nak terawikh.  dah bertahun aku tak terawikh.  adeii... punyalah tak senonoh perangai.  tahun ni terawikh dekat masjid kat umah.  tangga dia... ya rabbi.. maha tinggi. cam senak lutut nieh.  tetiba aku rasa cam da tua. ehehe... aku banyak teman abah.  abah dah tak sihat.  sentiasa sakit.  dah uzur dah abah.  kadang2 aku rasa letih.  menangis sendri sebab.. tak siapa yang tahu apa yang bermain dalam kepala aku.  aku menanggung tanpa boleh memberitahu pada adik beradik yang lain.  melihat abah sakit seperti terasa kena tikam berkali2.  aku selalu terfikir... sempat ke?
 
yang paling ngeri.. abah bagitau abah ada prostate kanser.  hmmm... abah banyak berahsia sekarang nieh.  bila cucu-cucu datang dia tetiba macho teramat sangat.  tetiba sihat.  bila dorang balik.. merengkot balik.  hmmm... cucu-cucu itu sebenarnya kebahagiaan dia.  cuma... mereka tak faham.  aku pulak .. ahah entah bila dapat bagi cucu kat dia.  nak bagi cucu angkat dia tak nak. 
 
mama? hmm... hari ni da berapa kali nak jatuh.  sebab? aku rasa low sugar.  dia x makan sangat skg nieh.  takut sugar level dia naik.  mama amat menjaga.  tapi... hmmm.. nak cakap banyak pun tak boleh.  pastu dia pas sema makanan at aku.  dalam dia bebel kata soh jaga kesihatan tuh.. dia bagi aku makan.  cam x senonoh pun ada gak kan?  tapi itu lah mama... dia akan sentiasa membebel dekat aku.  tapi aku tak pernah kisah sebab... kalau itu boleh membahagiakan dia.. teruskan....
 
ok.. puasa kali nie... hmmm... aku dapat satu doa yang amat indah... ahhh kenapa aku jadi pemalas sangat nieh... aduyaiiii.... nak taip doa tu pun malas.  jap..
 
MUNAJAT RAMADHAN
 
Ya allah ya rahman ya Rahim
 
dalam dakapan dakapan ramadhan yang suci ini dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada mu ya allah semoga engkausudi mendengar permintaan kami kerana sesungguhnya engkau maha pendengar
 
ya fattahu ya alim
 
ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan eluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu.  ya allah.. takdirkanlah yang baik2 untuk kami, jangan lah kau menguji kami pada apa yang tak mampu kami lalui.  bukakanlah pintu-pintu rahmatmu untuk kami ya allah
 
ya allah rabbul jalil
 
sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadamu.  ya allah ampunkanlah segala dosa kami kerana terlalu banyak dosa kepada mu.  kami lupa pada Mu ketika kami senang.. kami kembali kepada mu ketika kami susah
 
Ya allah Ya rahman Ya Rahim
 
ampunkan lah dosa kedua ibu bapa kami.  setiap titik susu ibu yang mengalir ke dalam diri kami kau gantikanlah dengan syurga.  pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurga mu
 
ya allah ..
 
kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami, guru2 kami yang terdahulu pergi mengadap mu.  golongkanlah mereka dalam orang2 yang kau redhai.  apabila tiba pula giliran ku maka kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2.
 
ya allah ya malikal mulk.. ya razak ya fattahu ya alim
 
kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati.. dan jadikan lah rezeki itu semakin dekat dengan mu.. sebaliknya jangan lah jadikan kami dari golongan yang lupakan mu setelah mendapat kurnia mu
 
ya allah ya zal jalaliwal ikram...
 
jangan lah jadikan ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat kami.  ketemukanlah kami dengan ramadhan yang akan dating.  tetapi andai ini ramadha ku yang terakhir, jadikan lah puasa ini yang di rahmati, yang paling bererti, penuh dengan cahaya keimanan.  hapuskan lah dosa2 kami.  ya allah.. temukan lah kami dengan lailatul qadar.  terimalah amalan kami.  kurniakan lah kami syurga mu yang luas.
 
aamiin...
 
itu doa yang aku dah pendekkan... setiap kali baca doa ini air mata mengalir.  mengenang dosa dan hubungan dengan allah, ibu bapa dan sahabat2 yang lain.  hmmm.... ampunkan aku ye kengkawan.  moga kita semua bertemu di jannah...