Monday, 10 February 2014

Janji Allah


Suatu hari aku terlalu tertekan dengan dugaan yang Allah bagi.  aku menangis kerana Kuliah Iqrak aku yang kurang kehadiran itu.  aku hampir putus asa kerana merasakan aku seorang yang gagal.  abah teringat abah pesan.. bukan mudah nak buat kebaikan sebab manusia ni sifatnya sebegitu.  walaupun kelas itu percuma tapi sebab ianya kelas agama maka agak susah manusia nak berikan komitmen.  pada masa yang sama aku juga menghadapi masa sukar dengan perniagaan Takaful aku.  entah apa dugaan Allah.  aku masih tak dapat ajen code aku.  aku tak tau macamana ku nak buat dengan client yang ada di tangan aku.  

lepas satu.. satu dugaan Allah bagi.  air mata tu jangan nak kiralah.. hmm tiba-tiba Jidah bagi aku ayat ini.  berkali-kali aku baca.  Janji Allah pada umatnya setiap kesukaran akan sertakan kemudahan kemudiannya.  allahuakbar. dan ustaz kariman juga cakap.. orang yang beriman pada Allah akan sentiasa redha dengan ujian allah kerana dia tahu semua yang ada disekelilingnya milik Allah.  orang yang beriman jika diberi bala atau musibah atau kegembiraan tidak akan merasa terlalu gembira dan terlalu sedih kerana dia tahu semua itu datang dari Dia.

sahabat.. sapu lah air mata kamu andainya kamu berduka.  sesungguhnya bila kita berusaha ke Jalan Allah pasti kita akan di duga.  Dugaan itu diberi allah kerana dia sayangkan kita.  kerana dia mahu memberikan ganjaran yang besar kepada kita sekiranya kita redha akan ketentuannya.  itu janji Allah.  percayalah.. setiap yang sukar.. akan pasti ada kemudahan.  Allahuakbar.

No comments: