aku tak tahu kenapa aku rasa muak bila buka fb senget sekarang ni baca status tentang putus cinta. paling kelakar bila ada pulak yang berdoa minta macam-macam dari Allah. dalam hati tiba-tiba terdetik.. mereka ini sedar tak apa yang mereka minta dari Allah?
untuk golongan senget dan lurus.. pernah tak terfikir yang apabila kita memohon pada Allah dan Allah memakbulkan permintaan kita bermaksud Allah sayangkan kita? kenapa bila putus cinta saja kita meraung macam dunia dah berakhir? pernah tak kita melihat setiap apa yang terjadi pada kita itu adalah hasil dari doa kita? kenapa tidak melihat dari sudut yang positif? pernah terfikir tak yang Allah memberikan kita kesakitan putus cinta untuk apa? pernah tak kita terfikir yang diputuskan hubungan itu kerana dia sebenarnya bukan untuk kita? kalau kita melawan takdir.. apa kah yang terjadi? hubugan itu tetap tak ke mana. tetap akan berakhir di situ sahaja. Insya allah.. allah akan beri yang lebih baik untuk kita sebab dia lebih tahu apa yang telah dirancangkannya.
bagi aku.. apa yang telah terjadi aku redha. mungkin itu yang aku pernah minnta pada Allah. kenapa mesti hendak meraung? bagi aku.. Allah telah menentukan yang terbaik untuk aku maka aku akan menikmati kesakitan itu. rasa sakit putus cinta itu jika dilihat secara positif banyak hikmahnya. salah satu.. kita akan lebih rapat dengan Dia sebab hanya dengan dia kita mengadu nasib. hanya dengan dia kita bercerita. aku redha atas cinta yang telah hilang. aku percaya allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik. itu janji Allah jika kita redha akan ujian yang diberikanNya.
faham kengkangawan? samje? tak mau nangis sebab putus cinta. baik nanges sebab tercucuk paku.. ahahah.. jangan membazir air mata yea. simpan jer dalam hati. nangis bawah katil.. tau? tau? tau?
No comments:
Post a Comment